Kelmarin aku gi gym .. Kat sana , jumpa la kenalan lama yang dah berbulan tak jumpa. Rasanya sebelum Ramadan lagi .. hehe… Aku yang jarang ke sana sebab jimatkan petrol … Rupanya semakin kena jimat lagi skang ni ! Huhu..
Aku tanya perkembangan dirinya . Kakinya yang cedera akibat main futsal ketika mewakili tempat dia bekerja … Apakah mendapat perhatian sewajarnya ?
Dia tunjukkan kepala lututnya pada aku .. Mengerikan ! Dia kata kerosakkan dalaman tu memerlukan pembedahan yang menelan belanja RM48 ribu ! Tu pon bukan boleh pulih. Dah kira kecacatan kekal.
Aku tanya dia … ada insuran ke ? Dia geleng kepala .. Dah tu mana nak cari duit untuk buat semua tu ? Dia kata sedang berusaha dapatkan dari Socso .. Tu pun sukar sbb pejabat dia tak nak bantu dia walhal dia main tu atas tiket pejabat dia !
Muda lagi.. Baru umur 22 rasanya .. Dah berkawin dan ada anak . Nasib baik la dia keje kerajaan .. Dan ada kelebihan sedikit untuk dapatkan duit sampingan ..
Hurmm … ada yang rasa tak penting insuran ni .. Cuma masalahnya ialah bila kita dah amik insuran maka akan ada la pakej pakej tambahan .. Memula RM100 pastu agen kita kan ‘bagitau ‘ ada pakej pakej terbaru selepas itu .. Adoi ..
Insuran mmg bagus. Tapi agen insuran perlu jaga kualiti mereka . Jangan dah dapat , terus buat kerja separuh siap ! Aku dah kena dah ..