Sian dia .. Mak dia dalam mood ‘awalan mengandung’ . Jadi tak berapa nak stabil sangat . Aku lak sibuk dok kemas rumah. Mop setelah abis 'melekit’ sana sini gara gara Qhaliff yang sengaja tumpahkan air susu dia tu ..
Bila bagi susu ori , dia gatal gi gigit mak dia . Kan dah kena maraahh .. Tapi tak la menangis cuma bila aku gi amik dia , barulah nak menangis .. Eleh , manja la sangat..
Aku , cium pipi dia .. pujuk dia terus senyum dan ketawa .. Hurm.. buah hati aku sorang ni .. Haihh .. Camana laaa nanti mak dia nak bawak dia balik berpantang kat Kelantan , nak tinggalkan aku kat sini sorang sorang .. Mau meroyan aku nanti !
Aku panaskan susu kambing untuk dia .. Letak dalam buai. Senyum dan bagi botol susu pada dia .. Selawat dan buai .. Tak sampai 10 minit , dia lena …
Sian dia .. Camana la nanti dia bila ada adik … Semoga jadi abang yang penyayang ..
Angin perempuan mengandung ni dasat wooo .. Sapa yang belum kawin tu , haaa .. siap laaa .. Jangan ingat nak menyedap jer .. Dah dapat sedap , sila la layan buah terakhir penyedap tu sebelum bermula episod baru ! Hahahahha ..