Hahahaha .. Kecik je dik dunia ni rupanya..
Dik , ni abang nak habaq mai .. Abang mmg suri rumah , tapi abang bukanlah duduk makan tidur makan tidur yer .. Zaman sekarang , kerja tak semestinya kena gi pejabat .. Jadi , belajar rajin rajin la yer .. PM dan mantan PM pon blogger ..
Ok , meh sini abang nak jawab .. Kenapa nak up satu dunia ? Aiyokk .. Satu dunia tau rumah mana ke ? Rileks dik .. Nak ikutkan , abang lagiii hangin satu badan ..
Kenapa ? Kerapkali sebelum ni ada je bekas makanan di depan rumah tu.. Bila datang angin , sampah tu datang la singgah rumah jiran..
Ok , masalah ‘tolong’ kutipkan tu takde apa hal la kan.. Tapi bayangkan kalau dah masuk longkang dan mula tersumbat kemudian nyamuk mula la beranak pinak .. Aedes pon mulaa membiak .. Rasanya sapa mangsa ? Nak tunggu terperuk dalam hospital baru nak menyesal ?
Rileks dik ..Tujuan bukan sekadar nak sedarkan ‘satu kepala’ tapi banyak kepala !! Malah abang ni pon terpaksa sedarkan diri dengan periksa tong sampah dan membersihkan walaupun malas !
Jangan pandang remeh soal kebersihan apatah lagi kita ni menumpang .. Yang tinggal kat sini , bayar beribu setiap bulan . Bukan seringgit dua .. Dah tu bukan berkongsi dengan sapa sapa .. Penat keje siang malam untuk bayar duit rumah ..
Ok , malas nak ungkit hal tu .. Andai terasa , maaf la yer .. Tapi kalau dibaca kembali , takde sebut nama sapa sapa , tinggal mana malah bukan tau pon rumah kat mana .. Antara kita saja yang tau .. Jadikan pengajaran . Buktikanlah anak dara zaman ni , setanding dengan harga yang diminta yakni berpuluh ribu.
Banyak mata memandang dan tunggu masa nak menegur .. Cuma aku pilih jalan gini sebab , ramai akan dapat pengajarannya termasuk juga aku dan juga sapa sapa yang mengenali aku ..
Tiada niat nak mengaibkan melainkan jika terasa diri dan tidak mahu mengaku kesilapan .. Hidup berjiran mmg perlu beradap tapi apa kata cuba pandang cermin dan tengok sekeliling anda .. Jiran anda semua berbangsa melayu yang beragama Islam dan dah pun berkawin .. Bermakna , anda muda dan kami ni orang orang tua .. Faham tak ni ?
Jangan marah yer .. Untuk kebaikan bersama . Abang mmg tak cukup kain untuk jaga kain orang lain ..