Kali pertama aku ceritakan di blog atau di FB , ramai tak tau akan kewujudan cendol bakar ni .. Mereka tau burger bakar , Ais krim bakar … Cendol bakar ni lak camana ?
Hari tu, aku gagal membelinya kerana tokey kedai cuti lagi. Tapi hari ni , aku berjaya membelinya setelah wife teringin nak makan !!!
Berbekalkan tak sampai RM10 , aku berjaya dapatkan cendol bakar + pulut durian dan cendol bakar biasa !
Camana ? Sedap tak ?
Terus terang ianya berjaya menghilangkan mengantuknya diri ini !! Sangt mengantuk , okeh ! Jadi tak hairanlah banyak kereta berhenti makan minum kat sini ..
Haaa.. lupa lak .. Apa yang dibakarnya ?? Menurut orang , yang dibakarnya adalah gula merah .. hehehe .. Wallahualam ..
Published with Blogger-droid v2.0.10