Alhamdulillah .. Best raya ? Hehehe .. Kalau aku kat Kelantan skg , confirm aku pengsan kekenyangan akibat terlebih makan daging.. hehehe .. Darah tinggi ? Er , macam takde dah jee.. huhu .. Pelik ? Magic ? Atau aku yang tak check ? Part tak check tu yang aku tak buat memandangkan takde rasa sakit kepala seperti sblm sblm ni .. hee ..
Selepas solat sunat AidilAdha , aku ajak keluarga aku pergi beraya ke rumah keluarga angkat aku .. Aku membesar dengan diorang laa.. Anak-anaknya semua kawan sepermainan .. Ayahnya , bekas AJK Masjid. Sekarang ni tak jadi dah sbb kakinya dah dipotong akibat kencing manis. Sukar dan bergerak ..
Antara topik yang dibuka ialah mengenai haiwan korban .. Apa yang aku nampak hari ini , disetiap kediaman ( flat / apartment ) dah standby lembu untuk dikorbankan .. Hurmm … Contohnya , di flat ni sediakan 2 ekor.. Flat sebelah 2 ekor .. Kenapa tak digabungkan atau diletakkan saja di masjid dan kemudiannya di bahagikan pada orang yang benar benar layak dapat ?
Hurmm… Menurut ayah angkat aku tu , ‘perangai’ yg tak bagus dibuat oleh ‘mereka’ yang terlupa ALLAH MAHA MELIHAT , ialah memilih bahagian yang mereka nak dan dibawa pulang !! Apa dah jadi ?
Berbeza zaman aku kecil dulu la.. Semua lembu dikumpulkan dan masjid penuh sesak dgn orang yang inginkan daging korban. Mereka datang bersama kupon kupon mereka dapat .. Yang benar2 layak ! Hurmm .. Sekarang ni , makin ramai layak walaupun berkereta mewah !
Aku malas nak kata lebih .. nanti ada pulak yg terasa .. Cuma , kita kena belajar balik la bab bab gini terutamanya bab amanah .. Segalanya akan disoal semula di akhirat ..
Wallahualam ..