Alhamdulillah .. Selesai gakk .. Tak sia sia wife aku mc ari ni .. Dalam keadaan dok batuk batuk tu , aku ajak gi settle sbb akaun nama dia. Bukan apa , nanti nama dia gak buruk. Aku tamo la.. Nama aku dah lama dah buruk ! Hahahahha .. Blacklist dah kooooo ..
Ok .. Ada yang tanya camana nak settle ? Memula , korang kena tau yang masalah tu bukan dari korang .. Contoh cam kes aku ni , auto downloading yang mana pihak service provider yakni TM / Unifi buat maintenance ke atas setup box mereka. Bila dah gitu , tetiba rosak .. korang catit masa dan buat laporan. Logkan segala kejadian.. Catit apa kata CS …
Kalau rasa kerosakan berpunca dari mereka , sila pertahankan hak anda ! Buat laporan dan terus buat laporan. Kalau perlu pergi ke TMPOINT , sila pergi .. Maklumlah , bukan murah woo mau bayar !
Untuk kes aku ni , setelah 3 kali buat laporan barulah berjaya .. Semalam , sewaktu ke TMPOINT Maxisegar , Pandan Indah .. pegawai yang amik aduan kami ni check betul betul dan dia bagitau , pihak billing ( penyiasat kes ) dah approved setelah ditolak sebelum ni ..
Nasihat aku .. kalau benar korang tak bersalah , sila pertahankan hak ! Jangan ikut cakap si pengutip hutang yang suruh bayar hutang tu !
Dan , staff TMPOINT Maxisegar sangatlah peramah ! Bagus ! Tak macam kat Cyberjaya .. Garang aja mukaaa .. Macam berdepan ngan penjaga singa sarkes ..