Gi lepak Cheras sbb cuti sekolah .. Ada ramai kawannnnn.. bestttt .. daddy pon leh rehat skit .. heeee..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Gi lepak Cheras sbb cuti sekolah .. Ada ramai kawannnnn.. bestttt .. daddy pon leh rehat skit .. heeee..
Hurmm .. pemaju antar orangnya ke rumah aku tepat jam 10 pagi . Aku pun dah standby dah .. Selepas hantar wife ke pejabat , aku terus gi rumah aku. Semalam , tidur lagi di rumah orang tua aku . Qhaliff seronok la.. ramai kawan .. huhu .. Sepupu2 dia dari penang pon ada ..
Jadi apa kesnya ? Plumber tu pon check.. Dia kata saluram yang pecah tu berkemungkin dari paip yang disambung dari paip asal sbb air keluar dari saluran sambungan. Maknanya bukan salah kontraktor pemaju . Aku terus call konraktor yang buat renovation rumah aku. Masih aku ingat lagi kata kata dia ..
“ Kalau ada apa apa problem walaupun dah abis tempoh waranti , bagitau je. Diorang datang buat.. “ .
Dan sejak minggu lepas , segalanya menghampakan ! Hampeehh ! Janji apa ? Tolong sambung sendiri .. Ok , sambung cerita.. Plumber tu call bos dia .. Bagitau apa kes.. Kemudian dia dengan sendirinya gi panjat bumbung rumah.
Pastu dia jerit.. Haaa .. Paip sambungan atas ni yang pecah ! Air keluar ikut saluran air hujan ! Aku tanya dia camana ? Dia kata dia boleh buatkan .. Cuma bayar upah dia je la.. Barang dia gi beli sendiri ..
Syukur , alhamdulillah !! Lega sungguh dengar . Maklumlah , dari kena pecah dinding atau tiles tu yang makan beribu tu , baik kena beratus je pon.. Tak mahal mana kalau rajin nak buat sendiri tapi aku malas ! Jadi aku bayar upah dia jer .. Selesai !
Punca sebenarnya !! Tu je pon !! Perghh… lega tapi lom selesai sbb aku lom test air lagi .. Dia kata lepas 2-3 jam , baru leh bukak air sbb takut gam tak elok melekat nanti ..
Ceritanya gini .. Ada la sorang kawan aku ni cerita. Katanya ada kawan dia , gi tapau satay .. Tiba tiba ada la sorang hamba Allah ni datang kat dia bagitau dia yang dia ternampak salah satu satay yang dia order tu terjatuh ke lantai dan dikutip kembali lalu dibungkus bersama sama yang hendak diberikan kepada pelanggan ..
Automatik , dia batalkan pesanan dia dan hamba Allah tu pon begitu juga .. Haaa .. Sila jadikan pengajaran yer ! Aku tak kata semua satay yer.. Ini yang berlaku di depan mata .. Apa jua makanan yang dijual pada orang lain , tolonglah jaga kebersihan. Sungguhpun pelanggan anda tak nampak , tetapi Allah nampak ! Carilah rezeki berkat. Tak kira la kuli atau bos , jangan fikir soal kekayaan .. Keberkatan tu yang penting.
Satu kes .. dengar kata lidi satay pon ada yang direcycle .. Basuh dan digunakan kembali.. Ada kata straw pon begitu juga .. Jadi harapnya pasni bila kita makan satay tu , sila patahkan batang lidi tu yer ..
Aku tak kata semua yer ! Harap maklum.. Ini umum. Tak kira apa yang kita makan , jual sama sama jaga kebersihanannya ..
Hehehe .. Yeke ? Ada kawan tanya aku .. “ Qhaliff duk umah mmg pakai pampers je ke ? Tak dipakaikan baju ke ? “.
Menyentapkah dengan soalan gitu ? Ehh , idok laaaa .. Nak sentap apa.. Kalau boleh , aku pun nak amik gambar aku pakai pampers kat rumah .. Cuma tak leh je.. nanti ada orang amik , buat pic profile lak .. Mengaku tu gambar dia pastu wat onar dengan id begitu. Tanggung la dosa tu nanti yer . Aku dapat pahalaaa .. Huhu ..
Berbalik pada Qhaliff .. Gambar yg aku amik , adalah spontan . Aku takkan pakaikan dia baju lawa lawa , bunga bunga di telinga dan mahkota di kepala pastu amik gambar seterusnya edit di 360 untuk nampak comeyyyy !!
Bukan gaya aku ok ! Aku bukan juga nak aniaya anak aku. Sememangnya aku nak bagai yang anak aku ni , masih baby. Gambar yang aku amik tu , dia baru nak mandi , atau selepas mandi .. Takkan la dia nak duduk rumah begitu jer .. Tahukah yang dia tukar lampin 3 jam sekali .. Kalau berak , terus je tukar ! Haaa .. Mungkin ramai ibu buat gitu tapi aku bapa yer .. heee ..
Dan satu lagi .. mana la tau kot kot PET PET , DRPERS , atau pembuat lampin pakai buang ni nak sponsor Qhaliff atau adik dia nanti.. Hahaha .. Mana laaa tauuuu ..
Jangan risau kawan .. Anak aku tu , senantiasa dipakaikan baju .. Cer tengok gambar dia .. Tiap kali dia berpampers je , dia beraksi. Semangnya gitu. bila dibukakkan baju seluar dia .. terus dia gi buat kerja.. Lari sana sini untuk kasi aku kejar dia . Tu pasal aku rakam perbuatan dia tu . Cute oke ! Cuba korang buat gitu. Pakai pampers jer pastu lari sana sini .. cute tak ? Tak kan ? Hahahahha …
Gegarrrr dongg !! Hahaaha .. mmg giler la kali ni .. Siap bakar pengadil lagi sbb arahan tak tepat .. Hahaahaha .. Saja je kasi dia stress ..
Kali ni punya game , mmg thorbaekkk .. hahaha .. Menang ke ? Grrrrr .. ?@$*/£^£ !!
Woww .. semakin mendapat tempat yer blogger di dalam negara kita ni. Alhamdulillah .. Ramai dah bukak mata termasuklah ‘mereka-mereka’ itu ! Nampak dah kelebihan blog ini kan ? Tak kira la positif penulisannya atau pun sebaliknya.
Dulu kann.. masa mula mula aku berblog , ada laaa diorang buat satu anugerah ala ala surat berantai tu.. Dia bagi anugerah blog tercantik laa.. blog best laa tapi kena tag rakan rakan yang lain ! Aku yang lurus bendul dalam dunia blog ketika itu , punyaaa la happy ! Hahahahah .. Tak tau rupanya aku tertipu haaa .. hahaha .. Tak kisah la.. Janji enjoyyyy ..
Kemudian wujud DIGI WWWOW lak .. Aku join.. Sampai ke final 3 .. Tapi takde rezeki kat situ. Aku tak kisah sbb aku tau kenal blog aku dan kekuatan blog aku. Aku tak perlu award untuk meningkatkan lagi semangat menulis ..
Dan kemudian ada lagi award untuk blogger.. Makin banyak la pulak eh ? Aku malas dh nak amik tau semua ni .. Kenapa ? Sebabnya , kekuatan sesebuah blog tu bukan terletak pada award ! Tetapi apa yang nak disampaikan pada pembaca , masyarakat dan manfaatnya !
Ok .. ada yang tanya kat aku .. aku cerita pasal anak ! Apa yang menariknya ? Apakah yg bagusnya gitu ? Mudah jer .. Lelaki zaman ni atau dari dulu lagi di negara kita ini , menyerahkan tugas menjaga anak ni pada isteri ! Kan ? Maka bila aku bercerita begini , lelaki di luar sana atau perempuan yang bergelar isteri di luar sana nampak perasaan lelaki yang menjaga anak.. Sama tak ? Takkk .. lain wooo ! Dari situ , pengajara serta info baru akan diperolehi andai bijak mengolahnya. Jangan pandan sambil lalu. Memang tak jumpa apa apa.
Kesimpulan .. Award ni , bagus.. Satu penghargaan buat blogger cuma yang tak dapat atau kalah tu , tak perlu la nak frust .. Award paling penting adalah pembaca blog kita ! Hargai dengan memberikan penulisan yg bermanfaat dan berguna pada rakan rakan pembaca kita ..
Aku nak award aku .. pahala !