Lama gile tunggu nak lawan .. Kalau masuk babak lawan , aku jadi mangsa.. atau mak dia ! Hakkk ,hakkkk .. bunyinya ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Lama gile tunggu nak lawan .. Kalau masuk babak lawan , aku jadi mangsa.. atau mak dia ! Hakkk ,hakkkk .. bunyinya ..
Budak ni kaaannnn ..
Dia bawak botol air yang wife punya , kasi kat aku .. Tujuannya ? Dia nak minum air laa .. Aku buka penutup dan tuangkan sedikit air ke dlm penutup tu lalu bg Qhaliff minum.
Dia minum sedikit pastu nak pegang penutup tu seolah nak minum sendiri. Bila aku lepaskan , dia undur sedikit pastu tuang air tu ke atas lantai !!
Pastu dia pon ..
"Wuuuu... " . Try n error tuuuu ..
Kecik besar kecik besar je aku tgk diaaaa ..
Seronok dia main ..
Nak amik abjab yang jatuh .. Dia berdiri , perut dia terlanggar papan ..
Jatuh dan muka cuak ! Hahahah ..
Hahaahha.. muka berubah abis ! Dia takut aku marah .. huhu ..Sian diaa .. dah reti rasa takut kat daddy skang ni ..heee..
Sesekali kena bgtau sapa 'boss ' dlm rumah ni .. hurmm
Alhamdulillah .. Rezeki Qhaliff awal pagi .. Terima kasih buat Diya Nadia , suami dan keluarganya kerana sudi hadiahkan Qhaliff bahan untuk Qhaliff cepat pandai .. heee .. Nanti nak beli lagi mainan untuk Qhaliff .. Sila tag saya lagi yer nanti ! Heeheeee.. Macam macam ada wooo .. Dan maaf yer sbb terlewat ! Sesat nak cari tempat walhal tau sangat tempat tu. Perubahan jalan raya .. Bersimpang siur skang ni ..
Buat Diya sekeluarga , semoga murah rezeki dan diberkati Allah hendaknya
Ok , selepas jumpa mereka .. wife ajak gi makan sbb ‘baby’ dalam perut lapar. Menendang nendang dah .. Macam Qhaliff dulu dulu .. huhuhu.. Teringat dia .. Memang kuat makan .. sampai sekarang !
Sampai satu tempat tu , yang mmg penuh dengan orang .. cari la meja kosong dan jumpa. Terus order air untuk aku sekeluarga. Air , sampai tak lama kemudian. Wife gi cari makan yang dia suka.
“ Kena bayar terus ke ? . Aku tanya adik tu.
“ Aah .. “. Dia jawab.
“ Berapa yer ? “ . Tanya aku lagi.
“RM4. “ . Jawabnya.
Aku cari duit kecil yang ada di dalam poket aku. Ada RM1 , tiga keping dan sekeping RM50. Alahai , tak cukup la pulak .. Camana eh ? Wife aku lambat pulak ..
Aku dah kalut . Budak tu pergi , mak dia pulak kebetulan ada situ. Aku bagi terus duit aku tu.. Aku letak atas meja dan kira .. Ada RM3 jer ! Tak cukup seringgit lagi .
Aku cari duit lagi. Jumpa syiling. Ada 60 sen. Makcik tu suruh makan dulu. Nanti ada duit kecil , bagi jer kat dia di kedai. Aku jawab terima kasih.
Wife datang . Aku tanya dia , duit kecil. Dia suruh amik dalam beg tangannya. Dia tanya aku , aku takde duit ke ? Jawab aku ada RM50 je lagi .. Aku cari duit tu ..
TAKDE ! Aku amik 40 sen dan gi bayar baki duit air tadi di gerai air makcik tadi tu ..
ARghhhhhhh !! Geram betul aku …Mana la pulakkk .. Abis aku selak poket .. Memang takde ! Haih.. Jatuh ? Hurmmm .. Aku tanya wife berapa duit dia ada ? Katanya tak sampai pon RM10. Tak cukup untuk bayar makanan sbb dia ingat aku ada duit.
Aku suruh dia makan dulu dan aku gi ke ATM di stesen BP.. Nasib baik dekat je. Tak sempat peluh , sampai dah .. Heee.. Keluarkan duit , dan bayar kesemua ..
Hurmm.. takde rezeki utk aku tapi untuk Qhaliff , ada namun aku tetap bersyukur kerana rezeki aku belah lain ada iaitu sahabat Facebook yang baik hati !
Pengajaran untuk aku , simpan duit dalam beg duit elok elok dan jangan mudah kalut !
Tidur sebelah siang .. Aku saja pasang kuat kuat tv siap dengan sistem home teater .. Nak tengok camana dia punya reaksi . Kalau sebelum ni , waktu dia kecik dulu .. mmg dia tak leh tidur .. Tak leh ada bunyi langsung ! Terkejut .
Sekarang ? Tarak kisah dahh.. Dia nak tidur , maka dia tidur dan menariknya , dia tak perlukan dah buaian untuk tidur ! Hehehehe .. Sapa kata kalau budak dah tidur dalam buaian , maka sukar dah nak tidur tanpanya ! Boleh je tapi jangan mulakan dari kecil .. Kalau dah diajar dari kecik , mmg la payah ..
Ada aku kisah ? Dia tidurrr .. nyenyakk .. Dan aku kembali perlahankan suara …
Betul ke naik ? Olohh .. Sikit je pon .. Dari senarai kenaikkan tak rasmi yang aku terima tu , tak tinggi mana pon naik .. Takat laluan tiap kali aku ke rumah mak aku tu , naik RM1 je.. Pergi balik, baru RM2 .. Sebulan baru berapa je kan ? Kira ok la.. Aku cuma perlu kurang makan je la pasni .. Nak gi gym pon , kira tak perlu dah .. Aku angkat batu depan rumah aku je pon , ok dah .. Asalkan negara kita tak terjejas dan hutang boleh dilangsaikan .. Pastu leh buat hutang balik kan ? Leh bina banyak lagi menda menda yang berfaedah pada rakyat seperti jambatan berlampu untuk rakyat lepak malam malam ..
Ok , bila tol naik .. harga barang pon akan naik juga sbb akan dikira kos juga kan ? Alaaa.. apa aku kisah ! Aku Mr. MaMa jer pon. Duduk rumah jaga anak .. Orang lain ? Ada aku kisah ? Bukan hal aku . Yang penting , aku sekeluarga ok !
Hurmm .. Tanah lapang depan rumah aku ni leh dibuat ladang ni.. Nak tanam sayur sayuran. Best kan ? Aku terasa macam hidup di zaman Hang Tuah dah .. Memadai dengan imaginasi dari filem P.Ramlee ..
Pasni nak naik apa lagi ? Tak sabar nak abiskan segala duit yang ada dalam bank .. Duit dalam KWSP ? Selamat dh keluarkan. Kalau tak , kena cukai wooo .. huhuuh …
Tadaaaa.. nikah dah ! Dari dok kenen kenenkan diorg berdua , akhirnya menjadi pasangan halal dah !!
Buat Sunah dan Adi Budika , semoga pernikahan ini satu permulaan bg permulaan segalanya. Jalani kehidupan berkeluarga dan tolak tepi segala ego . Selamat pengantin baru !
Maaf aku sekeluarga tak dpt hadir ke dua dua belah pihak sbb wife tak leh jalan jauh sangat .. huhu ..
Gembira hati tgk gambar ni ..
Hehehe .. Baca betul betul tuuuu .. Wife dah 6 bulan .. Aku lak dah nak masuk 8 bulan ! Satu post mengelirukan yang meminta rakan rakan baca dengan betul betul. Bukan sambil lalu dan paling penting , baca komen rakan rakan yang lain sebelum turut sama menurunkan komen !
Nehhh .. aku bukan cari salah sapa sapa. Aku kekadang pon jarang nak baca komen kawan kawan hingga tersalah gak bagi pandangan . Tapi jarang la berlaku. Sekali setahun je kot sbb aku mmg suka baca komen komen kawan kawan pada status rakan rakan yang lain. Kekadang ada ilmu dan info di situ yang berguna untuk aku jugak.
Bukanlah dapat kembar pon .. aku ‘mengandung’ tiap kali wife mengandung ! Huhuh.. Kenapa boleh jadi gitu ? Sbb aku tak ke gym. Kena jaga Qhaliff dan dia di rumah. Tak boleh tinggalkan sangat berdua.
Hurm.. Istilah tiada masa utk bersenam tu takde ! Antara nak atau tidak je , kan ? Cam kes aku .. aku semakin berat nak bersenam .. Hehehe. Tapi aku kena bersenam utk elakkan penyakit singgah ! Kan kan ? Heee ..
Baru balik dari rumah orang tua aku. Minggu lepas , seminggu kat sana .. Minggu ni , 2 hari .. Sepanjang kat sana , aku tak tengok tv ! Kalau tengok pon , sekadar tumpu babak babak tertentu je .. Kenapa ?
Jawapannya , aku tak rasa seperti menonton tv pon ! Ini kerana setelah aku memiliki set sistem home teater berjenama Pioneer , segalanya berubah ! Setiap bunyian memainkan peranan terutama menaikkan rasa keinginan menonton tv !
Aku tanya wife .. Apakah dia rasa sepanjang duduk di rumah orang tu aku .. Apakah dia juga rasa begitu ? Ya ! Dia sendiri rasa perbezaan dengan menonton tv tanpa menggunakan sistem dengan menggunakan sistem home teater ! Sangat berbeza. Bunyian sangat jitu dan memuaskan hati !
Dulu , wife aku tertanya tanya kenapa aku cukup teruja bila wakil Pioneer menghubungi aku. Sekarang , dia faham dah ! Hehehehe .. Baru dia tauuuu betapa Pioneer ni sangat best bila berada di ruang tamu rumah ..
Meh aku citer skit mengenai punca keseronokkan menonton tv di rumah ! Hehehe .. Sila beli AV RECEIVER PIONEER VSX 923 !
Apa yang menariknya VSX 923 ni ?? Huhuhu … Salah soalan tu ! Hahaha .. Apa yang menariknya ? Sila tonton video dibawah ni ..
Dah tonton dah ? Heehehe .. Lengkap kan ? Aku nak terangkan lagi pon , confirm korang dah tau kenapa aku syorkan VSX 923 ni .. Serius , aku kata .. bila adanya set ni di rumah korang , nak keluar rumah pon fikir banyak kali !
Sekarang ni , aku cuma nak cari Wifi Adaptor untuk layan muzik , dari tab ke AV Receiver VSX 923 ! Aku takkan syorkan kalau ianya cuma ‘ ok ok jer ‘ ..
Linkkan tv , blu ray , Astro , smartphone korang seperti Iphone , Ipad , HTC dan sebagainya ke AV Receiver VSX 923 ini dan korang akan tau , betapa bezanya segala-galanya !! Pasti tidak akan menyesal memilikinya !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai VX 923 ni , sila ke web PIONEER ..
Selagi aku tak menyahut , ‘Yaa sayang.. ‘ , selagi tu dia dok pegang aku dan panggil , ‘ Baaa , baaaa .. ‘ , pastu cakap Jerman .. Aku tak faham tapi jawab jer .. ‘ Yeerr… ok… ‘ .. Pastu dia gi sambung main …
Kalau dia gi tegur mak dia la… Mak dia tak menyahut dan berpura pura tidur , dia capai sejemput rambut mak dia dan tarik ! Hahahahhaha …. Mana belajar pon tak tau laaa .. Pastu dia sengih..
-iklan-
sumber gambar - Laman Amazon.com
Ingin jadikan buku sebagai satu hadiah untuk sahabat handai dan saudara mara? Bolehlah beli buku “A Priceless Princess”.. Buku Islamik Santai untuk remaja dan dewasa.Ia bukan buku cerita biasa… ia koleksi berpesan-pesan dengan kebenaran sesama kita.
Berikut ialah keratan isi kandungan:
Harga sebuah termasuk kos penghantaran RM19.90. Beli secara pos daripada penulis, sms 019 6745742 atau pm Facebook “Nasiroh Omar” atau pm fanpage “A Priceless Princess”.
Apakah sebab dia tau dia akan menjadi along ? Atau sebab faktor persekitaran seperti .. er , duduk lama kat rumah mak aku ? Hahahah ..
Serius , dia dah berubah sekarang ni.. Semakin ‘matang’ dan boleh disuruh. Kalau gi shopping , kasi barang kat dia .. dia tau dah nak letak mana barang tu .. Kalau suruh salam , dia akan pergi salam dan cium tangan ..
Hurm.. besar dah anak aku. Makin banyak dia serap ilmu dunia .. Kena hati hati aku sekarang ni .. Apa saja yang aku buat , dia perhati dan dia lakukan selepas itu ..
Alasan , solo tak leh pakai ! Sebelum ni dia ‘berpasukan’ pon kelihatan teruk.. Nabil kembali solo .. Aku rasakan , dia perlukan udara baru ! Dia kena rehat dari mengadap kamera dan pergi bercuti atau lepak mana mana untuk lihat dunia yang mana sebelum ni dia lihat dari mata orang biasa ..
Jambu .. hurmm… Aku rasa Jambu lawaknya semakin menurun. Aku tengok live kedua duanya baru baru ni di Lawak Ke Der 3 , mmg mengecewakan..
Apakah terlalu popular menyebabkan mereka pandang remeh pertandingan ni ? Nasib baik ada ramai penyokong kan ? Hehehe .. Aku sokong kata kata Boboi .. Kesian kat pelawak senior .. huhu..
Aku tengok Douglas Lim di Lawak Ke Der 3 .. Lawaknya sangat best .. Tak perlu guna sebarang prop atau lawak slaptik untuk kasi penonton ketawa ..
Aku peminat Nabil dan Jambu tapi kecewa sejak mereka top .. Lawaknya semakin merundum .. Mereka perlukan pembaharuan .. Maaf yer , ni sekadar pendapat seorang peminat. Bukan haters yer .. Teruskan berikan yang terbaik ! Anda pernah buat saya terbahak bahak satu tika dulu ..
Cantik ! Aku hampir nak borong barang barang yg dijual di Galeri Seni , Penjara Kajang semalam. Kawal nafsu ... aku beli alas kaki dan begedel frozen utk percubaan .. Tadi , adik aku masak .. sedap katanya !!
Sewaktu melawat .. er , nanti la citer .. Cerita sekali gus , baru best kan ? Hehee..
"Assalamualaikum .. " .. Aku bg salam sebelum memasuki teksi yg dipandu oleh seorang lelaki berkopiah.
Dijawab salam aku dgn lembut sekali.
"Tuan nak ke mana ? ". Tanya pemandu teksi tersebut.
Bila aku dengar dia sebut 'Tuan' , aku pasti orangnya bukan calang calang.Aku hulurkan tiket yang aku beli tadi.
"Ke Kementerian Pelancongan". Aku balas dengan senyuman , walaupun dia tak nampak senyuman manis aku tu..
Bermula dari situ , kami mula berbual. Perbagai cerita dibuka dan segalanya berubah bila keluar cerita pasal blog. Segalanya bermula bila aku ditanya status aku yakni ..
"Cuti ke hari ni ? " ..
Hurmm .. katanya dia juga gemar membaca blog. Tapi agak kurang gemar blog politik sbb 'agak kotor' . Aku akui kata kata itu. Walaupun sesetengah blog politik ada menceritakan hakikat sebenarnya tetapi penyampaian agak kurang sesuai dan risau juga jadi fitnah. Katanya.
Aku tanya dia samada dia ada blog ? Dia ada tetapi lebih menulis sbg catatan kehidupannya . Dia teruskan ceritanya. Serius , aku kagum !! Satu ilmu baru utk aku hari ini bgmana nak dapatkan lg pembaca .. huhu..
Baru nak panas, dah sampai pon ke destinasi aku iaitu , Kementerian Pelancongan padahal aku nak ke Kementerian Pelajaran. Risau gak nak sebut Kementerian Pelajaran sbb ada dua tempat kat Putrajaya ni . Sebab tu aku terus sebut Kementerian Pelancongan jer..
"Saya dengar tuan kata nak ke Kementerian Pelancongan. ". Katanya.
" Memang saya sebut nak ke Kementerian Pelancongan tapi sbrnya saya nak ke Kementerian Pelajaran. Tak pe , saya jalan kaki je. ".
Bersalaman dan keluar terus dari teksi..