Hehehee .. Selepas berkawin.. Apakah benar hingga 0 ? Hurmm.. Sepatutnya gitu la , kan ? Pendapatan suami milik isterinya.. Manakala pendapatan isteri ? Haaa..
Hehehe.. tak yah la nak pening pening.. Kalau isteri kita tu , sanggup mengorbankan nyawanya utk memberikan waris pada kita , wahai suami.. takkan laaa kita nak berkira dengan mereka kan ?
Lagi pun , mmg itu tanggungjawab suami memberi nafkah pada mereka..
Aku bg contoh cam aku laa.. Setiap bulan , kalau rezeki aku lebih .. selepas bayar segala hutang , memang aku akan tranfer duit yang masuk ke akaun aku atas urusan blog kepada wife.. Dia akan simpan ke dalam akaun Qhaliff .. SSPN, Insuran dan Tabung Haji. Semua untuk masa depan mereka .. Nanti sorang lagi ? Haaa..
Untuk aku , ada gak .. Aku pastikan aku dah bagi kepada orang tua aku , bayar duit kereta , kutu dan sebagainya.. Baki tu , aku simpan skit untuk aku. Tu pun tak banyak mana pon. Tak lepas nak nikah lari kat Siam pun.. Hahaha..
Kalau ada yang kata , lelaki pada patut ada simpanan sendiri. Ye , patut ada.. Simpan aja dalam Tabung Haji. Tak perlu ada rasa was was pada isteri kita.
Serahkan saja selebihnya pada Allah..