Wife bagitau .. Setelah aku keluar gi main paintball semalam , Qhaliff tak tidur sehinggalah jam 3 petang ! Biasanya , dia akan tidur di sebelah tengahari .. bila dengan aku !
Bila aku balik , dalam jam 3 lebih tu.. Aku mandikan dia.. Siapkan dia .. Pastu kasi susu .. Pasang citer paling membosankan di tab dia .. Dia lena terus .. Tak sampai 4 minit pon ..
Sebelum tu , aku bawak dia ngan mak dia gi kedai dulu.. Dalam kereta , dia punya tenung aku macam dah berbulan tak jumpa ! Rindu sangatkah ? Huhuh..
Kesan berkepit dengan anak 24 jam.. hehehe …
-iklan berbayar -
Anda suka pakai dress tapi masih menyusu kan baby? Susah nak dapat koleksi baju menyusu yang murah? koleksi terbaru minggu ini di Butik Surf2Shop, Amna Button Long Dress.
Dress ini berpotongan 'princess', ada cuff di tangan dan sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu kan bayi. Amna Button Long Dress di buat daripada kain lycra yang berkualiti, ianye meyerap peluh dan yang paling penting,anda akan nampak kurus bila pakai dress ini..
Corak paisley dibahagian skirt dress ini dapat menyembunyikan kekurangan anda di bahagian peha dan punggung. Harga nya sangat berpatutan, iaitu RM82 sahaja.. Berita baik untuk 5 orang pelanggan pertama yang membuat tempahan, anda akan dapat 10% diskaun.. jadi jangan lepaskan peluang ini :)
untuk maklumat lanjut, boleh layari www.surf2shop.com.my
Wowww.. tiba tiba ternampak kat FB .. banner AJL28.. Eh ? Dah final ke ? Mana separuh akhir ? Lorrr… Ke aku yang terlepas pandang ? Iskhh….
Nak tengok ke tak ? Hurmm.. Takde perancangan langsung nak tengok pon .. Kebetulan pulak mak mertua datang bersama abang ipar. Diorang ada kat Sungai Buloh. Wife ajak gi jumpa .. Aku ok ajaaa ..
Maka pergi laa ke sanaaa .. Setibanya kat sana dalam jam 1030 malam .. Tv terpapar AJL28. Ketika tu persembahan sapa tah.. Malas nak layan .. Suara yang keluar dari tv pon sangatlah perlahan.. Memang tak dengar apa apa ..
Tak lama kemudian .. keputusan diumumkan.. Aku pandang skrin tv.. Hurmm.. Memula Hafiz naik.. Dia menang kategori apa tah.. Pastu Jaclyn.. Diikuti sapa lagi tah …
Bahagian yang ditunggu tunggu .. Siapakah lagu manakah yang akan dipilih menjadi JUARA LAGU KE 28 ni ? Hurmm.. Aku teka Hafiz. Kenapa ? Bila dia dah terplih dalam salah satu kategori , maka peluangnya utk bergelar juara sangatlah tinggi..
Dan dia juara ! Heheheh.. Ok la.. mmg dia berbakat .. Tiada masalah bagi aku dia juara cuma sayangnya … AJL dah macam tak relevan dah skang ni .. Kena cari idea baru ..
Hurmmm… Aku dah tutup broadband Maxis aku tu. Walaupun kelajuan cumalah 128kbps tapi itu dah memadai bagi aku untuk update blog.
Kenapa aku tutup ? Sebab aku dah gi register Maxis Home Fibre… Tapi lom la pulak diorang datang pasang ! Ni la dia … baru dengar guruh di langit , air di tempayan .. hurmm.. sambung la sendiri..
Dah tak pasal pasal susah nak update blog. Ni pon terpaksa guna hot spot dari hp aku yang mana aku guna broadband Celcom. Yang ni , cepat benar abis kuota. Dah abis , harganya lain.. Bukan pakej unlimited punya .. Hurmm..
Bila jadi menda menda gini , mmg leh buat hilang mood nak update blog .. Jauh sekali nak gi masuk blog orang baca .. hurmmm.. Tensen , tensen ..
Ditambah .. tadi dah update punya la panjang.. Tapi tak publish . Dah la tak publish , aku gi delete semua sebab ingat dah publish ! Bila cek , takde entri tu !! ARghhhh.. Serabuutttt…
Arghhh … Kalau perang betul , rasanya aku dah tak dapat dicam dah wajahnya .. Huhuh.. Nasibbb baik laaa sekadar paintball .. Patutlah perang pon kena ada ilmu.. Bukan main hentam keromo jer .. Ni pon dah birat woo.. Berbekas gitu ..
Hasilnya dua das kelihatan di badan aku. Kepala , nasib baik aku pakai snow cap .. Kalau tak , confirm gugur rambut ! Hahaha.. Kena guna Nutri M 2 kotak baru tumbuh balik.. hehehe.. InshaAllah ..
Ok.. Paintball hari ni dihadiri lagi oleh muka muka baru.. Ke aku yang baru sebenarnya ???? Hehehe ..
Taklimat sebelum main.. Takut nanti ada yang tak patuhi arahan dan mengalami kemalangan.. Haaa.. Tak ditanggung pihak pengurusan yer !
Alhamdulillah .. Walaupun ada yang hampir pitam sebab terlebih adrenalin , tapi berjaya dipulihkan oleh rakanr rakan seperjuangan .. Hehehe.. Serius , respek ar kakak kita yang satu team aku berjaya mendapatkan kemenangan.. Sapa kata perempuan tak berani ?? Haaa.. Darah Tun Teja ada mengalir kot ? Huhuh..
Sayangnya .. aku kena pulang awal sbb dapat whatsapp dari wife ..
“ Bang .. bila nak balik ? Nak gi kedai ni.. Beli barang ! “ .
Satu lagi tembakan tepat terus ke kepala aku !! Terus balik aku ! Bukan takut .. tapi dah tanggungjawab. Orang dah bagi gi bersosial , jangan lebih lebih kan ? Hehehhe ..
Kali pertama datang sini bersama ahli keluarga .. Apa yang menarik minat aku ialah di sini , layanan mereka mesra. Minta la apa pun , confirm sampai segera walaupun air suam. Haaaaa !!
Dan seperkara lagi .. Anak buah aku yang aku larang berkali kali main di dalam ni , mereka takde la nak tarik muka masam atau nak marah mereka..
Terletak di Taman Melawati , Restoran Sakura Kristal yang dipenuhi pelanggan ini menjadi pilihan adik ipar aku untuk menyambut harijadi secara kecil2an bersama keluarga aku.. Dulu kat sini ada restoran nasi kandar Kg. Pandan tak silap aku .. tapi aku tengok tadi .. takde dah..
Anak anak buah aku , cukup selesa kat sini .. Makan kenyang .. Pastu bikin macam rumah sendiri ! Nak larang , larang dah .. Takkan nak menjerit lak kan ? Nak beransur , ada yang tengah makan lagi..huhu..
Bagi layan tab. Sekejap jeeeee.. Pastu main kejar kejar dan ultraman koooo ..
Bapak memasing dok kawal anak mereka .. Huhuh.. Tengok laa Qhaliff tuuu.. Aiyooo…
Makanan kat sana camana pulak ? Aku test dua tiga makanan .. Hurm.. Boleh tahan gak la makanannya. Harga ? Hurmm.. bukan harga kat gerai tepi jalan .. hehehehe ..
Tandas dan sinki air.. Memang bersih.. Surau pun .. Jadi , restoran ni bukanlah restoran biasa biasa gitu .. Hehe .. Sesekali , ok laaa ….
Serius penat ! Awal pagi lagi , aku dah ke Penjara Kajang untuk Forum Perbahasan Bersama Blogger. Memula tu tak plan nak pergi sbb nak temankan wife beli barang baby kat Mid Valley. Nak pergi masa petang , confirm penuh giler orang . Parking situ mmg susah nak dapat..
Tapi bila berbincang semula ngan wife , dia tak kisah. Dia tau tu kerja aku dan peluang gini mmg sukar nak dapat. Yelah , peluang bekerjasama dengan jabatan kerajaan yang memainkan peranan besar dalam negara kita ni . Kalau takde diorang mana nak letak mereka yang dah dijatuhkan hukuman penjara dan sebagainya ni kan ?
Ok.. pagi dah gi sana .. Sampai tengahari.. Nanti aku cerita lagi pasal forum tu eh.. Hehehe.. Pastu balik rumah. Ingatkan lepas Zohor nak keluar balik tapi sesampainya aku kat rumah , tengok wife tak siap lagi. Katanya baru kemas rumah. Penat.. Malas pulak nak pergi. Aku suruh gak dia bersiap. Bukan apa .. dia plan lama dah. Sian pulak tak jadi gi.. hehe .. Bagus aku kan ?
Dalam kul 3 keluar rumah. Guna GPS nak ke Mid. Untung untung ada jalan pintas.. Hehehehe.. Sama je pon.. Cuma bezanya , aku tau la jalan mana jammed atau tak. Guna Waze gitu.. hehehe ..
Sampai kat Mid , hampir kul 4 petang. Susah benor cari parking.. Nak dijadikan cerita , aku termasuk salah lorong. Terpaksa menunggu kereta dari arah bertentangan clear dulu , baru aku boleh reverse kereta. Dah rezeki dari Allah. Tetiba ada kereta depan aku nak keluar.. Tu diaaa.. Tak payah abiskan minyak berpusing cari parking.. Tak yah reverse.. terus masuk parking dia je.. Rezeki baby..
Di Mid Valley , dalam 2 jam gitu termasuk makan tengahari .. huhuh.. Sian Qhaliff.. abis sepinggan nasi goreng Noodle Station koooo.. Tak peee .. Daddy banjer .. Daddy masyukkkk .. hahaha..
Pastu gi umah mak aku lak .. Diorang nak buat makan makan kat luar. Saja nak kumpul adik beradik sambil meraikan harijadi adik ipar aku .. heheh ..
Aku confirm pening kepala masa ni punya.. Semua anak buah aku berkumpul dan pastinya , Qhaliff jadi hero !
Dalam kereta lagi dah nampak dia nak jadi big boss ! Tapi sayangnya , tak sampai ke destinasi , dia dah tertido kat belakang.. hehehhe ..
Dia tu baru usia 1 tahun lebih.. lambat lagi nak masuk 2 tahun .. tapi nak bergaul dengan orang orang besar .. huhu .. Risau je aku dia yang kena belasah !
Tapi jangkaan aku silap .. abis semua orang kena serang dengan dia lak !!
Huru hara restoran tu dengan diorang . Aku tak larat dah nak larang.. Dengan sakit kepala aku lagi .. Huhuh.. Harap dapat balik rumah sebab esok ada projek lain lak .. Hurmmm .. Oh ya , terima kasih buat adik ipar aku yang open table malam ni .. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ..
Esok…
Sampai rumah.. lom sempat mandi.. update blog dulu.. huhu ..
Qhaliff dan tabnya.. Apakah dia taksub dengan tab tu ? Atau lebih pada layan Upin Ipin ? Heheheh ..
Ada pendapat pakar mengatakan jangan biasakan kanak kanak dengan tab .. Terbantut pembesarannya .. Hurmm .. Yeke ? Yelah kot .. dah pakar kata gitu ..
Qhaliff.. Walaupun aku kata aku bagi dia satu tab tapi dia lebih gemarkan tab yang ada stylus pen tu.. Dia nak menyonteng atau berkarya jer.. Main game ? Tarak .. Kartun ? Dah naik bosan dia .. Melainkan dia nak tidur , dia akan layan hingga terlena ..
Sama gak bila aku tinggalkan laptop aku ni. Cepat je dia datang dan menaip.. Bila aku datang , makin pantas dia menaip .. Dia tahu dia akan dibawa jauh dari laptop tu..
Zaman ni zaman teknologi. Sememangnya budak akan terdedah dengan menda menda gini hinggalah dia ada kawan dan ruang utk bermain seperti basikal , bolasepak dan sebagainya.
Di rumah aku ni pon aku dah mmg sediakan satu ruang utk dia bermain. Sebelah petang keluar berjalan .. Dan juga malam.. Jadi dia, tak mengadap tab 24 jam.. Lagi pun di dalam tab tu ada pelakaran utknya juga..
Sehinggalah sampai masanya yakni masuk ke kelas pembelajaran , tab hanyalah utk hujung minggu je ..
Hurm… Hurm.. Rasanya ini last aku tengok Maharaja Lawak Mega kot sbb pasni aku langgan Maxis Home Fibre + Astro , tak langgan Malay Pack punya.. hehehe .. Jadi , kena tengok kat Youtube atau streaming je la gamaknya..
Ok ok .. Malam ni punya persembahan .. Untuk persembahan pertama , aku sukakan persembahan SepahTu dan utk persembahan kedua , aku terus terang aku amik Jambu dan SepahTu.. Jambu diselamatkan dengan lawak selamba Yus ..
Okeh .. Seperkara aku tak gemar berlaku dalam Maharaja Lawak Mega .. Hurmm .. Permintaan bintang dan juga Man Of The Match ! Malam ni , Shuib mintak nak trofi tu walaupun ianya cuma sekadar gurauan.. Tapi gurau gurau pun , ada maknaa tuuu ..
Bukan apa.. Bagi aku Shuib ok tapi malam ni rasanya Yus Jambu lebih menyerlah dengan muka selamba dia dan lawak giler dia tu… Tapi aku rasa mungkin sbb nak ‘kasi’ muka kat Shuib sbb dah mintak secara halus , maka dapat kat dia. Kang tak kasi , ada lak merajuk atau malu .. huhu.. Tu pendapat aku la.. Tak sepatutnya berlaku walaupun sekadar jenaka .. Profesional maaa ..
Apa pun , malam ni antara persembahan terbaik Maharaja Lawak Mega 2013.. Aku jangka dah SYJ akan terkeluar berdasarkan popularitinya .. Walaupun ada yang kata lawak kekuningan , tapi bagi aku itu terpulang pada cara pemikiran kita. Kalau anggap kuning , maka jadi kuning .. Berfikiran positif.. Kalau nak kerana ‘kuning ‘ dia tersingkir , rasanya patut dari awal lagi terkeluar dan biarkan saja kumpulan lain yang lebih layak ke suku akhir.. Kan ?
Hurm.. Bukan jiran sebelah rumah aku yer.. Sebelah rumah aku , bagus bagus.. Hehehe.. Ini masalah yang dihadapi oleh seorang rakan aku di FB.. Dia mintak aku upkan di blog.. Sebelum tu , aku up di FB dulu utk berkongsi dan melihat apa kata ‘juri’ …
" Salam... sudilah kiranya abg ben sudi buat entry psal jiran sy ni.. mudah mudahan dia baca n berubah la.. sbb kami laki bini ni x larat nk tegur dh.. umah sewa anak dara depan umah ni.. sidai yg dlm2 x sepit.. sekarang angin kuat.. terbang la anak2 tu.. dh budak2 buat main. Siap ikat 'spek' tu kt bola lg.. pastu yg paling kurang berkenan tuh.. tgh malam bebudak motor (lelaki) melepak dgn budak2 tu sambil gelak ngalahkan cik pon.. tegur senyap la seminit.. pastu lg kuat.. kadang tu siap main mercun lg.. org surau tegur dorng gaduh ngn org surau tuh..
Tu satu hal.. tang parking.. parking smpai kami nk bukak gate nk keluar kereta pon x muat.. kalau alihkan keter cepat xper.. ni kita nk cepat tnggu dia alih kete kemain lama.. kena sekali time tu sy sakit nk berasalin... masa tu dgn tahan sakit nk bersalin lg..
fuh.. kalau abg ben sudi... buat la entry tegur dorng ni.. kot2 salah sorng dr dorang baca blog abg ben.. moga berubah la perangai tuh.. sebelum ni student laki dok menyewa elok jer perangai.. ni dpt ke perempuan.. aduhai.. mcm2 masalah...".
Ada beberapa komen serta pendapat dari rakan rakan di FB :
- pernah dpt housemate/jiran mcm ni. dengan gelak tak hengat. agak2 la kan rumah anak dara sampai jiran sebelah anak2 bujang ketuk dinding tegur. diam seminit pastu gelak balik. mengalahkan org dah kawen pulak kadang topiknya tu. benda2 lucah pun ikut keluar dari mulut. tegur kang terasa lak kan..
- sebelum ni student laki dok menyewa elok jer perangai.. ni dpt ke perempuan.. aduhai.. mcm2 masalah..."..aduhaii.....malunye dgn sttment ini =,=.
- Hahaha... macam pengalaman I housemate dengan 'anak dara' orang masa kat UTM dulu. Memang kekadang perangai segelintir 'anak dara' nih boleh bikin kita mengamuk
- Berkemungkinan besar anak2 dara itu semua pertama kali dpt tinggal berasingan dari keluarga, itu yg perangai masing2 tak ingat kat org lain....
Nak kata sgt tak berani, takut esok anak2 sendiri buat perangai sama, sbb walau setinggi manapun diberi pendidikan agama pd mereka namun iman tak boleh diwarisi.
Jadi, jalan terbaik cubalah tegur dgn cara baik secara berterusan. - Kadang2 budak bujang ni x kira lelaki ke pompuan mmg kene prihatin la keadaan sekeliling.. Dh duduk kt kejiranan yg berkeluarga, pandai2 laa bawak diri.. Ni x malu lgsg keluar rumah pkai seluar pendek. Tp pegi kuliah pkai tudung... Yg umah sewa lelaki plak lepak kt luar umah basuh motor kete pkai boxer pastu x berbaju. Org kt masjid duk azan maghrib deme duk bertepuk tampar lg kat luar... Budak2 ni dah hlg perasaan malu ke ape..
- umah sewa nis mula2 dulu pernah kena kutuk sbb ada couple sangap p cemolot depan umah kitorang. time tu kitorang xde kat umah pun. maghrib2 lak tu. kekadang geram sgt bila org lain buat org lain jd mangsa. yg lg bestnya dua2 budak tu tak duduk area tu pun.
- Ni kira salah satu usaha dia nk tegur sebab mcm2 cara dh cuba x jalan.kesian klau dpt jiran camni.tegur x jalan kang berkasar jd kes polis.klau bebudak tu baca komen ni cuma nak cakap,org x peduli sgt klau korang jenis nak bersosial.tegur korang pun macam cakap dengan mangkuk jamban jer xde effect.kalau nk buat bising tu sila buat dln kawasan umah korang yg kalis bunyi.korang byr sewa hnya umah korang bukan sampai depan pagar umah org jadi sila parking dlm kawasan umah korang melainkn korang tlg byr sewa umah umah jiran2.kalau manusia dia akan terasa tp klau x terasa tu brmkna bkn manusia la tu.samada spesis syaitan atau haiwan.haiwan pun reti tacing syaitan je x tau terasa.sekian makaseh
- Erm....selalunya yg mcmni..student..mungkin masih dlm proses menyesuaikan diri dgn suasana umh sewa..sebelum ni..mak yg buat semua perkara kt rumah..dia sibuk study..(pengalaman sendiri..stress dgn student yg sewa bilik..) tp bab halang kete tu...hihihi..faktor mentality dia..silap ckp..diorg je lah nk menang...huhuhu..susah nk tegur..
Ni ok laagi … Maksud aku keterukkan yang diceritakan mungkin sedikit .. mungkin tak berapa nak detail berbanding seorang rakan blogger yang kongsikan pengalaman hidupnya ber’jiran’ dengan anak anak dara … Baca di SINI ..
Nasihat aku .. Jangan cantik di luar jer .. Jangan dok jaga di luar je .. Dalam pon mau jaga wooo .. Kebersihan bermula dari dalam rumah …
Esok , aku akan hadiri satu forum bersama Ketua Pengarah Penjara Malaysia di Kajang.. Alang alang dah gi dari mula , sebaiknya selesaikan .. Kalau ikutkan , esok aku ada urusan peribadi nak diselesaikan dengan wife tapi setelah berbincang , maka wife tak kisah aku ke sana .. Lepas tu baru leh settle kije aku.
Apakah kandungan forum tu nanti ? Hurmm.. Ianya berkenaan dengan projek mereka yang dikenali PENJARA SEJAHTERA. Apa tu PENJARA SEJAHTERA ? Baca kat SINI ..
Ok .. dah ? Sebenarnya aku ada dua soalan ingin aku tanya pada mereka esok .. Tak pe , soalan tu aku tanya je esok .. Sebab aku masih tak berpuashati dengan jawapan yg aku terima ari tu .. hehe.. Iaitu kenapa kerajaan tak sediakan peluang pekerjaan pada bekas banduan . Jawapan mereka ialah takut rahsia bocor. Kalau kerajaan takut , bayangkan masyarakat pulak camana .. Hehehe ..
Soalan kedua ? Soalan kedua ialah gini ..
“ Kalau anda bekas banduan .. Baru dibebaskan .. Keluarga tidak menerima anda.. Nak cari kerja pon susah sedangkan anda ada skill seperti dlm pertukangan atau dlm bidang IT ..Apa yg akan anda buat ? “.
Ada beberapa jawapan dari rakan blogger / facebook :
- Buat kerja2 online, business sendiri.. Sbb kalau nk kerja bermajikan mungkin agak susah jika majikan jenis pandang serong org yg title banduan.. Kbnykkn org yg lps kluar penjara diorg buat business sndiri. Sbb dlm penjara sendiri pun diorg dh diajar dgn pelbagai kemahiran..
- Buat bisnes sendiri je.kalau pertukangan bukak kedai tukang.kalau teknologi bukak cc.pinjaman berlambak skg.tinggal sanggup dgn tak sanggup je.
- Kalau I...pandai IT...I akan buat business anonymously...bukak blog...buat business online. Niat dropship. Tak perlukan modal. Orang Bayar kita...kita baru bayar supplier. Bukannya orang kenal pun kalau buat business online. Takde tunjuk muka pun. masa establish blog ataupun website...letakla link affiliates or nuffnang banner ke apa. They dun care who u are...as long as ada traffic jalan je. But honestly... Drop shipping and online biz...or take up freelance projects macam offer design or website service pun OK jugak...since the situation is that the inmate celik IT.
- Kalau sy bekas banduan, sy keseorangan tiada hala tuju tak mustahil akan kembali smula.. Ianya bkn atas inisiatif banduan itu sendiri shja.. Jabatan penjara akan ada atau perlu ada satu skim mbantu banduan, sy rasa ada. Untuk jabatan cari banduan ni utk sertai program, ianya mmg sukar, jd inisiatif banduan tu kena rajin rujuk pihak jabatan.. Dan kalau berdasarkn scope yg bro ckp tu, ianya mcm dh trus freeze kat situ.. Apa pun ni satu perbincangan yg menarik..
Hurmm… Payah kan ? Kesian kat mereka juga.. Akhirnya ada antara mereka dihampiri rakan rakan mereka yang lepas . Kalau berniat baik , ok la.. Kalau tak ? Hurmm …
Masyarakat perlu ubah cara berfikir. Kita manusia juga .. Apa pendapat korang ?
Waduhhh ..
Hurmm.. Patut laa sejak balik dari Kelantan ari tu , dia punya tidur serupa puteri raja gitu haa ..
Nyenyakkk jer.. Kacau la camana pon .. Dia leh sambung je tidur balik.. Kalau dulu dia bgn time subuh , kali ni .. dekat nak subuh baru tidur dan hampir kul 10,11 baru bangun ! Huhuhu..
Apakah kerana faktor cuaca ? Atau kerana faktor usianya yg semakin tua ? Atau ikut style bapak dia ? Huhuhh….
Er , salji nak turun kat Malaysia ? Tak mustahil.. Kuasa Allah..
Singgah , baca dan komen di blog ini walaupun aku jarang sangat la nak membalas komen tersebut … Kenapa ? Internet slow wooo .. Hehehe ..
Satu komen yang aku terima dari seorang teman di FB BEN ASHAARI II yang buat aku terus bersemangat utk bercerita dengan lebih menarik dan berinfo .. Hehehe..
Bila nampak je status abg ben..cepat2 kalih astro oasis...mak de sekali time tu. Kebetulan time kalih tu abg ben tgh bcakap...terus mak ckp "suka baca blog dia ni. Dia selalu cerita pasal ank diakan."
Tercengang jugak la time mak ckp gitu...sbb xsangka sbnarnya mak silent reader blog Ben Ashaari.
Sy pun teranglah sikit2 pasal abg ben. Xsempat habis cerita mak celah "tahu dah...isteri dia mengandung kan skrang..."
Fuhh...sempoiilah mak...mmg xsgka mak ikut cerita blog ben..padahal mak bukan ada fb..twitter atau seangkatan dgnnya...hebatkan..heheh
Apapun..cayalah abg ben..!
Cerita anak je pon kan ? Tapi sapa sangka ? Huhu .. Terima kasih .. Terharu dan teruja jap .. heeheh ..
Bila usia nak mencapai 2 tahun , anak anak kecil kita mula meniru apa yang orang di depan mata mereka tu buat .. Mereka tak reti nak bezakan baik atau buruk… Yang mereka tahu cumalah meniru ..
Hati hati … Tak kira anak sendiri , anak jiran , anak buah , anak murid .. apa saja bergelar anak , pasti akan meniru ‘boss’ mereka ! Haaa.. termasuklah meniru kembali apa yang dilakukan pada dirinya !
Awas … letak jauh barang barang merbahaya ! Hurmm..