PENJARA SEJAHTERA ? Apa tu ?

 

Hee.. aku pernah cerita kat korang kan ? Mengenai lawatan rakan rakan blogger ke Penjara Kajang baru baru ni untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala sendiri , penjara yang dihuni oleh pesalah pesalah dari pelbagai bangsa dan agama..

Tujuan utama semua ni adalah untuk mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai projek yang ingin dilaksanakan oleh Penjara Malaysia yakni Penjara Sejahtera.

Apa itu Penjara Sejahtera ?

MEMPASTIKAN PENAHANAN YANG SELAMAT DAN MENYEDIAKAN PROGRAM PEMULIHAN YANG EFEKKTIF KEPADA PENGHUNI. 

Maksudnya banduan yang ditempatkan ke penjara tertentu , akan dipastikan keselamatan mereka dan mereka juga turut diberikan program pemulihan agar mampu berdaya saing bila tamat tempoh  penahanan.

Blogger yang join , dah tengok sendiri antara program yang diberikan pada banduan yang terpilih . Maksudnya banduan yang dipilih perlu berdisiplin dan juga punya pemarkahan yg bagus.

Jadi tugas aku ialah mendapatkan pandangan masyarakat mengenai banduan dan juga program ini andaikata bila mereka dibebaskan nanti , apakah masyarakat akan menerima mereka berbanding sekarang ni , masyarakat memandang sinis terhadap bekas banduan walaupun mereka telah punya kemahiran atau skill dalam bidang tertentu.

Aku ada buat sedikit survey di FACEBOOK .. Ini antara respon rakan rakan :

  1. Apa pendapat anda mengenai bekas banduan yang punya kemahiran yang di belajar semasa di penjara ? Apakah anda sanggup amik mereka bekerja dengan anda andai kata anda punya perniagaan yang memerlukan kemahiran seperti tukang jahit atau pun tukang masak ?  Andai kata bekas banduan itu rekod jenayahnya adalah pengedar dadah atau pembunuh..
  • kalau dah taubat, dah jadi baik, ap salahnya, tp kena jaga2 je la.. tk de hak kita nk judge org tu siapa dan siapa dia kini. sedangkan Rasulullah dahulu pun berurus niaga dgn yahudi even tahu perangai mereka macam ni.
  • Peluang saja mampu mengubah seseorang yang ingin berubah untuk jadi lebih baik jadi tak salah kita bagi peluang kepada bekas banduan.. Kalau rasa berisiko, orang yang takde rekod jenayah pun belum tentu tak berisiko bila kita ambil dia bekerja.
  • Nk dptkn kpercayaan tu myb susah... sepatutnya gomen lh wujudkn satu tmt yg bole mmbntu mrk2 ni tuk bkerja... msykt cuma dpt mmbntu dr segi sokongn n galakn je kot...
  • Kalau takde org sanggup ambil kerja permudahkan mereka guna kemahiran mereka buat bisnes sendiri.
  • Saya pernah ada bekas banduan kerja dgn kami
    Saya tau dia bekas banduan sebab dia kene buang daerah..x boleh balik kampung dia.. dan kene ada dirumah sebelum pukul 7 malam dan setiap hari kene tandatangan kat balai polis sebelum masuk kerja..
    Saya tanya jugaks dia buat apa dulu. . Dia xnak cerita Hihihihihi
    Ade 2 orang pernah kerja dgn saya.. pengalaman Alhamdulillah xde apa apa yg berlaku.
    Walaupun saya punya pembantu Indonesia 2 orang anak dara..pun dorang x kacau..
    Harta benda saya Alhamdulillah pun tiada apa apa yg hilang...

  • peratus berulang tu mgkin ada,, tp sykt2 perlu minta bantuan kerjasama balai polis untuk buat pemerhatian bulanan,, supaya dpt knal pasti behaviour
  • Alhamdulillah I pakai 5org bekas banduan utk keja kantin tak pernah ada masalah. Kdg2 org mcm nie lebih baik dr budak2 biasa dan lebih rajin.

Andai kata anda punya perniagaan ..cam .. hurmm... Kedai kek .. Anda dapat tau salah seorang pekerja anda ,bekas banduan .. dan kes jenayah lampaunya adalah samun bersenjata ..
Apa tindakan anda ?

  • saya penah ambil banduan kerja dengan saya, ok jer. sebab saya selalu cakap saya percayakan dia... dan selalu tanya dia perlukan apa n tanya gaji dia mencukupi or not supaya dia tidak mencuri...
  • kita memang x bole me neraka kan org .. cuma jika situasi itu kena pada sy... ambil langkah berjaga2.. jika prestasi kerjanya ok beri peluang dan pantau selalu. apa2 pon x semua bekas banduan itu x bole berubah jd baik.
  • its ok..teruskanlah bekerja dgn saya.. yg lepas tu biarkan berlalu.. sbb saya pegang "benci dosanya bukan pelakunya.." tak salah ambil mereka bekerja.. beri peluang utk mereka bina baru.. Allah SWT ampunkan dosa hamba-Nya yg bertaubat. Nabi SAW ampunkan ummat..
  • Suruh dia blaja buat kek then jual sndri...

Ok… Sebab tu perlukan pandangan blogger dan juga rakan rakan pembaca .. Kenapa masyarakat terutama ahli keluarga sendiri  sukar benar menerima bekas banduan .. Tiada peluang kedua untuk mereka hingga ada antara mereka pilih jalan untuk kembali ke perbuatan jenayah agar dapat masuk balik dalam penjara..

Dan .. kenapa ada syarikat sukar amik mereka ini bekerja ? Dan aku ada tanya juga .. kenapa kerajaan sendiri tidak gajikan mereka ? Letak di bahagian pertanian , perikanan atau juga mana mana bahagian yang tidak melibatkan keselamatan negara ? Hehehe..

Apa pendapat korang ? Lawatan hari tu diakhiri dengan aku tak nak masuk penjara ! Atau buat jenayah ! Tamo wooo …

4 ulasan:

  1. Kerana mereka takut banduan akan menjadi banduan semula. Kerana mereka malu mempunyai kenalan ataupun ahli keluarga yang bekas banduan. Kerana tiada pendedahan umum untuk menerima mereka kembali. Kerana syarikat dan kerajaan tidak pernah memberikan contoh untuk mengambil mereka sebagai pekerja. Kerana masyarakat fikir "kita mesti berhati-hati dengan banduan supaya pisang tak berbuah dua kali". Kerana memikirkan banduan ini jijik dan tiada guna. Kerana jika seseorang dah buat jahat, susah untuk pulihkan nama baiknya.

    Yang Jahat Tak Semestinya Jahat Sentiasa, Yang Baik Tak Semestinya Baik Selamanya. Peganglah kata-kata ini. Semoga kita boleh ubah mindset orang lain yang berfikiran negatif terhadap banduan.

    BalasPadam
  2. Saya percaya semua orang boleh berubah. Dulu kat tempat kerja lama ada seorang bekas banduan bekerja takde masalah, dia tak pernah buat hal yang serius, nakal2 sikit adalah...



    BalasPadam
  3. tidak salah kalau mereka dah berubah.. tidak sume jahat.. kalau kita baik dgn dia.. mybe dia akan baik dgn kita..

    BalasPadam
  4. Bila mereka ini tidak berpeluang atau tidak langsung diberi peluang untuk bekerja dan bercampur dengan masyarakat mmg tak mustahil diorang akan pilih jalan yang salah semula.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.