Dulu aku ada DSLR jenama Nikon tapi dah ghaib satu pakej bersama ultrabook aku. Ok , tu cerita lamaa .. Sejak tu , aku malas nak guna kamera DSLR mahupun digital ! Ini kerana aku tak nak melecehkan diri aku untuk menjaga banyak menda. Nak jaga anak lagi kan ?
Sekarang , aku cuma gunakan telefon pintar utk amik gambar. Aku tak kisah langsung bab kualiti gambar . Apa yang aku nak ialah gambar ‘saat itu’ ! Aku perlukan segera pantas amik gambar dan simpan mahupun update terus ke media sosial termasuk blog.
Antara sebab aku malas nak guna DSLR , ialah size dan beban dia.. Leceh benar nak angkut semua tu ke satu satu tempat. Nak tinggalkan kejap pon tak tenang jiwa.Nak usung , ke hulu ke hilir .. satu hal lagi .. hurmm..
Tapi setelah aku dapat kamera Sony Alpha 5000 ni , terasa perbezaan gambar amatlah ketara sangat. Ini membuatkan aku kembali berfikir utk mendapatkan sebuah kamera digital. Telefon , tetap telefon la kan.. Bila emergency je baru guna untuk amik gambar atau amik gmbar biasa biasa jer ..
Sememangnya bagi aku .. blogger perlu ada satu digital kamera yang berkualiti utk mendapatkan ‘cerita’ yang menarik utk blog mereka. Kalau tak de ? Kalau takde , guna je la apa yang ada .. Segalanya bergantung kepada kreativiti korang sendiri..
Ramai kawan kawan di Facebook juga bersetuju bahawa sememangnya perlu lagi kamera digital atau DSLR walaupun telefon pintar dah dilengkapi dengan kamera yang canggih..