Ramai ingat aku bengang atau marah sangat laa kat makcik tu gara gara tindakan dia terhadap penjual penjual tudung tu .. Iskhhh , apalah hak aku nak amuk sedemikan itu.. Tak puashati kalu , gi je buat laporan polis atas tindakan mereka tu kemudian pakat pakat amik peguam , saman ! Saman lagiii .. Heee ..
Bagi aku la kan … tudung tu singkat atau labuh camana sekali pun , tapi kalau tak reti nak gayakan mengikut cara yang dianjurkan dalam Islam , maka salahkan si pemakai tu ! Tudung tak salah aihhh .. Yang salah orang yang beli dan pakai ! Beli tudung singkat tu , pakai di rumah jer ke .. Atau wat pakai ketika jemur baju ke .. Atau pakai yang labuh dulu , kemudian pakai yang .. Haaaa .. Dua sekali pakai !
Katakan aku beli tudung labuh.. kemudian aku hadiahkan pada kawan aku.. Dia pon pakai .. Dia pakai tudung labuh dengan seluar sendat ! Haaaa .. Dah pulakkk gitu fesyennyaa ! Nak salahkan seluar sendat pulak ke ?? Kalau kasi seluar dalam warna pink berambu ramba , suruh pakai di dalam .. tapi dipakainya di kepala , salah sapa ?
Ok.. dah tu apa yang aku kecohkan sangat ? Pasal hak cipta yang dikecohkan tu .. Akhirnya macam macam cerita keluar ! Bukan pasal hak cipta laaa .. bukan pasal patern laa .. Iskh.. Dah tu ?
Dan aku tak puashati cara mereka menangani di media sosial ! Cara jawapan yang cukup angkuh , video pengiklanan yang .. hurmm… Tidak menunjukkan mereka ni profesional langsung ! Aku tak merujuk pada sesiapa tapi pada mereka yang menjawab setiap persoalan dan cara membalas pada mereka yang bertanyakan soalan atau menyerang mereka .. Tunjukkan la sikap yang profesional ! Tenang dan jawab dengan tepat dan ringkas !
Buat orang besar syarikat tu .. kalau aku laa kan .. aku pecat dah admin yang menjawab soalan soalan dengan kasar dan tidak matang itu ..
Lagi ?
Er , dan tolonglah jangan suruh mengampu .. Takkan buat marketing dengan cara gitu ? Kalau gitu caranya .. satu soalan jer , produk anda tiada kualitikah ? Kalau ada kualiti , tak perlu suruh orang mengampu ..
Nak saman aku ? Aiyaakkk .. Merendahkan standard jer nak layak KEYBOARD WARRIOR cam aku ni .. Sebaiknya , amik yang positif dan buang je perangai ego tu ..