Penat.. Qhaliff buat karenah malam tadi.. Dia tidur hampir jam 2 pagi. Terjaga dan menangis jam 4 pagi ! Tercari cari ibu dia. Aku pujuk dia .. Ajak tidur dalam buaian , dia tak nak .. Nak tidur dengan aku .. Maka tidur la aku ngan dia di atas tilam kesayangan ayah aku tuu..
Lepas subuh , aku sambung tidur jap. Dalam benak kepala aku dok fikir perancangan seawal pagi nanti ! Aku perlu ke Sungai Buloh , perlu ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan perlu ke Hospital Putrajaya . Semua tu takde masalah pon tetapi masalah aku ialah Qhaliff ! Qhaliff bila terlalu lama dalam kereta , dia akan buat karenah.. Nak keluar dari ‘car seat’ dia tu.. Masa ni confirm aku akan kalut ! Hurmm..
Kul 9 pagi..Terjaga.. Satu masalah selesai.. Adik ipar akan antar maknya ke Hospital Putrajaya. Aku hanya perlu ke Hospital Kuala Lumpur jer.. Tapi nak gi camana ? Memandu atau naik teksi ? Fikir punya fikir , nekad je memandu. Pasti susah nak cari parking !
10.30 pagi , ada dah di wad ayah aku setelah setengah jam berpusing mencari tempat parking . Tu pun parking tepi jalan berhampiran Wad Bersalin. Hurmmm ..
Borak dengan ayah mengenai pembedahan dia. 2 hari lagi. Dia semakin dah boleh terima keadaan dia tapi tergambar di wajahnya kerisauan. Hurmm.. Aku wat wat tenang je. Kalau pandang lama sangat muka dia , mau gugur air mata kat situ gak .. Huhuh..
Aku paksa dia makan. Dia takde selera. Aku kata , aku pun takde selera tapi perlu makan juga untuk ada tenaga. Dicapainya sudu dan makan bihun yang aku bawa. Dengan aku , dia tak banyak karenah. Aku dan dia boleh dikatakan hampir punya sama sikap.
Tengok jam. Aku perlu beransur sebelum jam 1130. Qhaliff di rumah mak aku akan tiada penjaga. Mak aku terpaksa keluar sebab tugas sudah memanggi. Keluarga aku usahawan bas sekolah .
Aku bersalaman dengan ayah aku. Aku cium pipi kiri dan kanan dia .. Ditariknya tangan aku dan letakkan atas dada dia . Aku terkejut dengan tindakannya itu. Dia tak pernah buat gitu. Aku tahu , dia sayangkan aku sangat sangat. Kemahuan aku , dia tak pernah tak tunaikan ..
Terpancar air mata di kelopak matanya. Aku cekalkan hati. Kawal perasaan.
“ Nanti saya mai lagi .. “ . Yer , aku perlu datang lagi kerana aku ini anaknya .
Aku berlalu pergi dengan berat hati. Aku nak je teman dia kat situ sehingga dia keluar tapi itu mustahil kerana aku juga ada tanggungjawab lain. Aku perlu ke Hospital Putrajaya sbb wife dalam wad juga.
Dalam kereta , aku mengelamun dan mengalirkan airmata.. Segala kenangan sejak kecil bersamanya , bermain ..