Hurm.. Baru aku paham sekarang kenapa abang aku sering ‘bertuah’ dibandingkan dengan adik adik yang lain dan juga untungnya anak perempuan andai dia seorang je perempuan dikalangan adik beradik lelaki yang lain ..
Ada yang kata , bila lahirnya Zahra .. Qhaliff pasti terabai.. Dan aku akan lebihkan anak perempuan ..
Nampaknya , setakat ni tanggapannya salah sama sekali ! Qhaliff masih melekat dengan aku dan Zahra dengan ibu dia.. Tak leh berpisan langsung laaa Zahra dengan mak dia ..
Dan Qhaliff .. aku tau dia cemburu .. Dia banyak kali cuba tarik perhatian mak ayah dia dengan buat macam macam ‘lagak ngeri’ ! Dan kalau aku tak perasan , atau buat buat tak nampak .. aku nampak Qhaliff sakat adik dia ..
Tidak la tarik hidung tapi tarik bantal ! Hahahaha .. Adoiyaii.. Dalam diam ku mencemburi mu ! Memang kena jaga jaga .. Hurmm..