Uban bukanlah pengukur usia sebaliknya adalah suatu penyakit yang perlu dirawat kerana uban juga adakalanya boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri,menjejas hubungan antara pasangan serta mengundang stress yang seterusnya membawa kepada beberapa masalah lain seperti kegatalan kulit kepala, keguguran dan kebotakan rambut.
Merawat dan mencegah ada ketikanya lebih memudaratkan memandangkan terdapat banyak produk rawatan rambut berasaskan bahan kimia yang sebenarnya merosakkan struktur sel dan pertumbuhan rambut.
Nutri M Black Shampoo yang berasaskan 100% herba mampu menyingkir uban sepantas 10 minit serta semudah rutin cucian biasa yang hanya perlu dilakukan dirumah dan hasilnya dapat dilihat pada cucian pertama.
Dihasilkan dari 19 jenis herba terpilih antaranya minyak kelapa, daun urang aring dan kayu beluru yang juga dikenali sebagai sintok bukan sahaja mampu untuk merawat uban malah ia juga melembutkan rambut menjadikannya mudah diurus. Nutri M Black Shampoo ini hanya perlu digunakan seminggu sekali pada bulan pertama dan 2 minggu sekali pada bulan seterusnya.
Untuk mendapatkan kesan yang optimum, pengguna dicadangkan untuk mencuba syampu Nutri M Anti Hairloss Regimen yang boleh digunakan setiap hari bagi melambatkan proses pertumbuhan uban, membersihkan kulit kepala dari masalah kelemumur dan seterusnya meggelak dan mengatasi keguguran dan kebotakan rambut disamping menjadikan rambut lebih,kuat, sihat dan bersinar. Kebiasaannya selepas 2 atau 3 kali cucian pengguna dapat merasakan keguguran rambut semakin berkurangan.
Pati bunga saffron,estrak daun pudina adalah bahan utama yang terdapat dalam syampu ini selain 9 jenis lagi herba terpilih yang dirumus khas bagi memberi kesan yang pantas dan menyejukkan kulit kepala.kerana kulit kepala yang panas dan kering adalah juga merupakan punca rambut mudah rosak dan gugur.
Gel esen yang didatangkan bersama syampu Nutri M Anti Hair Loss Regimen pula berfungsi untuk mempercepatkan proses pertumbuhan rambut bagi semua peringkat usia lelaki dan wanita serta boleh digunakan setiap kali selepas mencuci rambut tanpa perlu dibilas.
Untuk sebarang pesanan dan info lanjut, cari kami di
FB: www.facebook.com/nutrienterprise
Insta: @nutri_m
Whatsapp/sms : 0193117254
Sekelip mata ! Dapat kat dia , tau tau hilang ! Berpusing mencari satu rumah .. Hurm.. silap silap leh menimbulkan pertengkaran laki bini selama 5 minit ! Haaa..
Yang amik.. dan sorok .. muka tenang jer ! Takde rasa bersalah langsung ! Huhhhh..
Perhatikan kat mana dia selalu main.. pasti akan ada sesuatu yang menarik di situ !! Dan .. benarlah !!
Macam macam ada dalam tu rupanya ! Perghhhhhh .. losyen kurus aku pun ada situ ! Opsss…
Nampaknya , aku dah semakin berani mandikan Zahra .. Dulu pun berani cuba dah lama tak buat kan.. mandikan bayi ni kena hati hati.. sangat berhati hati !
Teringat kes baru baru ni di sebuah hospital yang mana bayi dimandikan juru rawat tu melecur.. Aku tak tau kisah penuhnya dan tak nak berprasangka buruk tapi amik pengajaran dari situ iaitu , hati hati ! Air mandian kena pastikan dalam keadaan yg suam suam kuku.. kulit bayi dan kulit bapak bayi jauh beza.. bapak bayi dah macam kulit tenggiling.. haaa ! Ada yang terlupa tu !!
Lepas mandikan Zahra , mandikan Qhaliff lak.. Yang ni pon kena hati hati gak sbb dia akan serbu masuk tandas ! Tandas kena pastikan dalam keadaan kering atau tidak licin.. Hurmmm ..
Selesai part ni , baru leh tarik nafas lega.. Zahra kasi susu walaupun dia tolak ngan lidah dia .. Qhaliff kasi roti telur.. pastu layan phonics video sama sama ..
Fuh… nampak mudah .. tapi ???
Layan buku yang aku dapat dari UmmWalliya ! Qhaliff tertarik pada audio dan visual berbanding buku tu ..
Hurmm…. Dia tak tumpu perhatian pon.. Tiap kali aku pandang dia , dia segan .. terus dia gomol aku.. Kalau aku buat tak tau , dia diam diam ikut ! Hahahaha … Pemalu rupanya anak aku ni ..
Dapat abiskan satu buku pon ok dah .. Pastu mesti nak tengok cerita dia sebelum tidur ! Hurmmm… Pandai dah kasi remote kat aku .. Nak bukak youtube kat tv tak reti.. heh …
Hurm.. sian dia .. Tiap malam ‘bergaduh’ ngan mak dia .. Mak dia , nak bangun awal.. Kena tidurkan Zahra .. Dia lak , nak main lagi.. hurmm..
Aku ? Hurm.. masa masa ginilah aku nak update blog.. Kang lewat sangat , masalah ngantuk di pagi hari. Diorang , tak pe la.. leh bangun sesuka hati jer .. uhuhuh..
Nak tak nak , aku kena layan dia dulu sampai dia terlena ..
Dah jadi tabiat , tiap malam gini.. Cari aku , tidur .. Dah tidur, terjaga.. masuk bilik… cari mak dia ..
Camana la aku nak gi jauh lagi pasni ? Qhaliff makin manja.. makin banyak cakap.. makin … hurmm.. panjang kaki ! Nak berlari je keje dia ! Tak kasi orang lain uruskan dia
Tak kisah la.. sekarang ni la saat saat indah.. Walaupun geram tapi kenangan inilah akan dibawa semasa tua nanti ! Sekarang ni pon kalau tengok video video dia masa kecik , aku pasti akan ketawa.. Huhuhu..
Wow ! Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma AirAsia , saya akan ke Langkawi dan akan membawa bersama ahli keluarga saya sendiri dan termasuk ibu bapa serta keluarga adik perempuan saya.
Kenapa ? Ini kerana ibu bapa saya kali terakhir menaiki kapal terbang pada awal perkahwinan mereka iaitu hampir 40 tahun dahulu dan amat teringin kembali merasai detik detik menaiki kapal terbang terutama ayah saya yang baru saja selesai menjalani pembedahan kanser lidahnya dan amat teringin ke Pulau Langkawi.
Manakala adik perempuan saya serta keluarganya masih belum pernah ke mana mana destinasi dengan kapal terbang dan amat teringin sekali menggunakan perkhidmatan tersebut.
Dan pastinya keluarga saya sendiri yang telah pun mencapai 4 orang. Anak lelaki saya yang cukup teruja apabila ternampak kapal terbang pastinya ingin merasai keseronokan bila berada di dalam kapal terbang.
Semoga impian mereka tercapai , satu hari nanti ! InshaAllah.
Aku pandang jari jemari aku ..
Perghh.. ada panjang.. ada pendek kuku aku ! Mak aihhh !! Dulu aku tak macam ni pon haaa .. Kemas jer dulu.. Tu belum masuk part rambut yang gunting 2 minggu sekali.. Dan baju serta seluar baru ..asal ada koyak skit ! Tengok wayang , seminggu sekali ..
Sekarang ? Hurmm… Baru nak potong kuku , anak menangis.. Baru nak potong kuku.. anak datang datang kacau.. Tu belum part nak update blog ! Update blog ni , kerja aku ! Kalau blog tak jalan , orang pon tak nak letak iklan atau bagi job pada aku.. Hurm.. Kena selalu update..
Dulu , aku pernah up status di Facebook.. Isteri , kalau bizi camana sekali pun , janganlah abaikan diri sendiri. Biarlah kemas , cantik setiap kali suami balik rumah ! Tak la serabai macam mak limah !
Tapi tu duluuuu.. sekarang baru aku rasa ! Baru padan muka aku ..Hehehe…
Mengenangkan si isteri yg 'bertugas' sbg suri rumah sepenuh masa , kelihatan selekeh sepanjang hari bg memastikan tumahtangganya terurus ..anak cukup makan..bersih pakaiannya.. Si suami patut bersyukur !!
Jgnlah komplen si isteri malas menghiaskan diri.. Cubalah bantu meringankan beban.. Jgn sangka bekerja cari duit , dah memadai memenuhi tanggungjawab !
Bawa bawa la bantu isteri..hargai mereka.. Hiburkan hati mereka sbg hadiah menjaga waris kita..Kurangkan komplen .. banyakkan kerjasama !
Bila ada anak dua orang ni , baru tahu betapa nikmatnya tidur itu ! Nikmatnya dapat makan dengan tenang ! Tapi semua tu tak dapat tandingnya nikmatnya berkeluarga ini !!
Minggu lepas , aku cuak giler bila dengar Zahra menangis ! Aku kelam kabut amik dan dukung.. Pastu dia pasti akan meronta ronta ! Berpeluh di dahi…
Minggu ni ? Segalanya telah aku tahu ! Jangan kau permainkan lagi daddy mu ini ! Telah rahsiamu itu dibongkari ! Hehehehe.. Hehehehhe.. Hahahahahhahahah !
Giler kejam punya ketawa ..
Dia akan menangis untuk mendapatkan perhatian aku ! Bila dukung , terus senyum ! Atau membebel dulu.. Seolah macam nak kata..
“ Ya Allah… lambat betul laaaa nak dukung kitew nieee.. “
Kalau atas jam 2 petang.. dia punya perangai lain skit ! Dia nak tidur tapi payah ! Caranya ? Mudah jer.. Biarkan dia menangis dalam 4-5 minit.. Pantau la .. bukan biarkan..
Kemudian , gi amik dia .. dukung.. terus duduk atas bola gym.. InshaAllah , dia akan lena hingga jam 5 petang ! Huhuhuh…
Manakala abangnya ? Kalau belah petang tu.. mudah jer.. Mandikan dan bagi susu kambing NGM8 ! Inshallah akan lena punya ..
Dan daddy baru boleh update blog ..
Terkejut ? Rilekss … Murah ? Rilekssss .. heehehhe …
Rambang bijik mata ? Yer .. aku tau…. aku pun ! Hahahahah .. Tapi aku nak pakai camana kan ? Heehee… Wife ? Nanti dia order sendiri laa..
sila ke web http://www.crazybeautysale.com/ terlebih dahulu. Ok… aku rasa korang lebih bijak dari aku bab ni kan.. Jenama So Susan dan Jelly Pong Pong ni rasanya ramai dah kenal kan ? Ok .. berminat nak beli ? Stok terhad ni.. Dibuka khas untuk rakan BA saja.. Kalau bukan rakan pon boleh je beli.. asalkan bayar.. hee..
Camana nak beli ? Mula mula klik mana mana pakej set yang korang nak.. Contohnya #2 .. klik pakej tu kemudian klik ADD TO CART ..
Kalau dah abis memilih barang .. sila ke bahagian atas web dan akan nampak di bahagian Cart ada nombor.. Tu tandanya korang dah pilih dan tunggu nak bayar jer ..
Klik Checkout !
Isi ruangan kosong tu yer.. Bila dah diisi , akan keluar berapa bayaran penuhnya .
Pastu …. pastu…. isi butiran peribadi anda dengan tepat yer ! Kang barang tak sampai lak ..
Pastu SUBMIT ORDER ! Selesai part order barang ..
Cara pembayaran ..
Pastikan nama , no akaun tu betul yer …
MAYBANK ( Lim Kah Yoong - AC NO: 114495002529 )
Kemudian email slip kepada crazybeautysale@gmail.com dengan subject : kelabblogger ( nama ) . Jangan lupa letak ‘KelabBlogger' & nama’ agar melayakkan korang untuk memenangi lucky draw iaitu Samsung Tablet ( dalam masa 4 hari saja .. sehingga 31hb Ogos ! )
Pastikan segalanya betul yer. Simpan bukti pembelian untuk memudahkan urusan ..
Jimat jika masak sendiri ! Pastinya ramai setuju , kan ? Alangkah beruntung dapat isteri atau suami yang pandai masak dan rajin nak memasak..
Sampai je rumah , terus masak untuk makan malam. Tak kisah la simple atau beraneka juadah .. Sebelum tu dia tanya aku dulu samada nak makan kat rumah atau makan di luar..
Semalam dah makan kat luar.. Hari ni , makan kat rumah je la.. Aku tak kisah la bab makan terutama sekali bila dah berpengalaman di luar negara… walaupun beberapa hari tapi dah cukup mengajar aku betapa nikmat beruntungnya aku lahir di negara yang cukup makmur ini.. Makanan bersepah di sana sini.. Segalanya mengiurkan ..
Masak bihun sup … Heee.. Tak banyak pon.. cukup untuk aku tambah sekali jer.. Alhamdulillah.. perut tak penuh ..
Rasanya , malam ni saja dah jimat RM40 .. heheeh.. Sekali keluar makan , bukan murah dik oii ! Nak kena makan dengan pantas lagi satu hal ..
Baru baru ni , wife ajak aku gi ke Alamanda. Dia nak beli alat mekap. Katanya dah lama tak beli.. Abis dah.. Aku , ok jer. Takde masalah.. hehehe… Belilah selagi mampu..
Esoknya , wife bersiap nak gi kerja. Dia mengadap depan cermin. Beria ‘mencontengkan’ dirinya.. Aku senyum jer.. Aku yang masih berkain pelikat sambil dukung Zahra berkata..
“ Wah.. beria mekap.. “.
“ Saja test mekap baru.. heee..”.
“ Oh.. ok la.. Tapi mekap lawa lawa ni , nak tunjuk kat sapa di opis tu ? Abang duk kat umah je ni.. jaga anak .. “.
Terus berenti dia .. Senyum. Dia paham maksud aku.. Heheheeh.. Takde la dia nak marah atau tersentap.
Bersiap ala kadar , asalkan kemas , berpenampilan .. memadai. Nak buat kerja pon , tenang. Takde la menimbulkan rasa kurang senang mana mana pihak di pejabat nanti.. kan kan ?
Kekadang aku terfikir laa .. Perempuan yg bersungguh bermekap ni , nak tunjuk kat sapa sebenarnya ? Ada yang kata nak berkeyakinan lebih tinggi.. Apakah tanpa mekap , tidak berkeyakinan ? Hurm… Bukankah bermekap over ni akan menarik perhatian orang lelaki seterusnya dia akan ‘mendapat’ masalah sendiri !
Ok.. hak masing masing .. Aku tak kisah .. Masing masing , ada' ‘penjaga’ .. Sapalah aku nak cakap pasal ni kan ?
Satu lagi .. Aku try gak mengayakan satu jenis gaya ni ..
Ternyata.. tak mudah nak jadi ‘perempuan’ sebenarnya.. Hingga ada yang ada jadi mangsa fesyen semata mata nak kelihatan anggun dan cun di mata .. er.. mata sapa ?
Tak perlu nak marah atau melenting.. Berfikiran logik la skit yer.. Bersederhana tu jauh lebih cantik dari mereka yang over berhias .. Umpama pelita dengan bunga api .. bunga api ni kalau selalu tengok , lama lama jadi bosan. Tkde kelebihan pon.. Berbanding pelita.. nampak biasa tapi menerangi tempat yang gelap..
Hurm… ikutkan Jumaat ni , aku kena gi Taman Negara dengan kawan aku. Dia mintak aku promosikan pakej pelancongannya di sana. Hurm… Aku suka sebenarnya tapi sejak kebelakangan ni , aku sukar sungguh la nak tinggalkan mereka berdua ni..
Rasa lain semacam bila bangun tidur , diorang takde .. Hurm.. Kalau dah bersama diorang sejak lahir lagi.. jaga.. kasi makan.. tukar lampin .. hari hari !! Bila sehari tak buat gitu .. hurmm…
Teringat aku di Paris hari tu ..Tak sabar sungguh nak balik jumpa diorang ! 16 jam dalam kapal terbang , terasa berhari lamanya ! Ni nak pergi tinggalkan diorang 2 hari lagi ! Tamo laaa.. tak sanggup dah !
Baru aku tau perasaan seorang ibu bila anak mereka nak sambung belajar di luar negeri atau negeri orang .. Dekat sekali pun , tapi jauh di mata .. mmg mendatangkan perasaan yang .. rindu sangat !
Kensel gi Taman Negara !
Ada 8 potong pizza kambing ni.. 6 potong aku sorang je makan ! Serius , aku dah lama tak bernafsu makan gini sejak bulan puasa ari tu.. Kalau gi rumah terbuka pon , tak de selera makan ..
Tapi semalam, aku makan sekenyang kenyanganya ! Huhuhu.. Pizza kambing yang aku gi makan kat restoran pak arab , Presint Diplomatik di Putrajaya ni mmg kegemaran aku sekeluarga andaikata bila teringin nak makan sesuatu yang mengenyangkan..
Harga pon leh tahan la.. Nak kata murah tu , tak gak la.. Nak kata mahal pon tak gak.. Semalam makan pizza , briyani kambing sepinggan , air tiga gelas .. tak sampai RM50.. Mahal ? Kot .. tapi berbaloi..
Sesekali , boleh laa kan ?
Set pembelajaran Islam untuk Qhaliff.. Asas tapi menarik !
Aku baru sempat bacakan buku The Way to Jannah bersama Qhaliff.. Ternyata dia diam dan memberi tumpuan. Buku ni tak banyak tulisan yang membuatkan kanak kanak boleh beri tumpuan selain dari gambar serta warna yang menarik untuk menarik minat mereka melihatnya ..
Aku disyorkan oleh mereka mencuba buku Phonics Junction for Little Muslims . Aku rasa Qhaliff mesti suka sbb dia mmg dok layan kaedah pembelajaran gitu di youtube. Sambil main , mata dok tengok tv… dalam diam dia ikut.. heee…
Nanti aku bagitau lagi kat korang eh.. Apakah Qhaliff minat atau tidak terhadap buku buku ni.. InshaAllah dia akan selalu bagi kat aku untuk sama sama membacanya..
Terima kasih Umm Waliyya.. Jika berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang terdapat di butik mereka , sila kunjungi ..
FACEBOOK : https://www.facebook.com/byummwaliyya
Instagram : www.instagram.com/byummwaliyya
web : www.byummwaliyya.com
atau email ke ummwaliyya@gmail.com