Dua tahun beberapa bulan yang lepas !
Orang kata , kalau baby kita tu dah mula gigit kaki .. tanda nak dapat adik tu ! Orang kata laaa .. Setakat ni tak de la pulak aku dengar monyet atau Ultraman yang kata .. Heheehe..
Benarkah ??
Tak lama kemudian .. Tadaaa … Muncul sorang lagi ! Tak sempat Qhaliff belajar lompat bintang , dia dah ada adik..
Dan , tak sempat cecah 4 bulan.. si adik mula sibuk nak gigit kaki ! Apakah nak adik juga ???
Jangan ! Kasi daddy tarik nafas dalam dalam dulu yer.. Baru gigit kaki tu ! Kalau rasa tak sampai , boleh je gigit kaki daddy .. Sila abaikan bulu kaki daddy tu ! Hahaha ..
Yer , aku tak percaya la cerita dongeng ni.. Takkan la gigit kaki tu tanda nak adik.. Tanda nak adik begini ..
“ Daddy , daddy tak nak kasi kitorang adik ke ? Asyik dok tengok laptop dan handphone tu jer.. Acaner tu ? “ .
Pergh.. Jawab daddy ketika tu..
“ Yelah , masa ni mmg la dok tengok handphone dan laptop.. Bila kamu berdua dah tidur , barulah daddy tengok ibu kamu lak.. Haaaa.. “ . Sambil kenyit mata ..
Kalau dia menjawab lagi ??
“ Daddy , kalau boleh .. nak adik kembar yer ? Baru seronok ! “ .
Dan daddy dah standby dengan jawapan ..
“ Kamu ingat mak kamu tu mesin vendor ? Masuk duit , keluar air apa nak ? Eh ? “.
Kalau dia nak menjawab lagi.. Cepat cepat guna kuasa veto !
“ Dah.. gi masuk tidur.. Esok ngantuk nak gi sekolah ! “
Kalau dia menjawab gini ..
“ Daddy , esok cuti sekolah dah laa .. Sebulan cuti ! Jom gi Paris ! Takkan daddy je nak rasa kan ? Anak anak baca kat blog je keee ?? Mana aci kan ? “ .
Ok fineee ! Daddy mirgrain !!