Wow ! Lamanya aku tak buat segmen.. Rasanya kali terakhir aku bersegmen , Qhaliff lom leh berjalan lagi.. Ada jugak la masa nak buat satu dua segmen.. Pastu payah dah .. Ni aku nak try buat balik.. Dapat sekali sehari pon , ok la kan ?
Pasti ada yang bertanya apa itu SEGMEN ? Segmen ni macam .. Hurm.. macam apa eh ? Ha… senang cerita gini laa.. Aku bagi task atau assigment , blogger yang berminat , akan buat dengan ikut syarat yang aku berikan tu ! Setiap task , lain lain tajuk ! Kemudian , aku akan senaraikan link link entri mereka dalam satu kumpulan. Blogger atau reader yang berminat nak membaca atau menambah lagi kenalan blogger , sila la rajinkan diri menjengah dan meninggalkan komen mereka. Follow , juga jika rajin ! Tu jer ..
Untuk task kali ni , soalan aku mudah jer ! Setiap blogger pasti ada impian bila mereka buat blog ! Ceritakan saja apa impian korang nanti.. Tu jer !
SEGMEN bukan bertujuan menaikkan trafik ! Kang ada yang meroyan kata aku nak curik trafik mereka !
Ok… Jom mulakan bersegmen pagi ni ! Ikut jer syarat syarat ni .. Tak ikut , aku tak senaraikan yer .. Jangan marah nooooo.. Sapa suruh tak lengkapkan ‘borang’ !
1 . Letakkan header blog aku ni di permulaan entri .. Tujuan supaya orang kenal ni segmen dari Ben Ashaari . Jadi takde la nak keliru dengan segmen rakan rakan lain .
Dan linkkan ke entri ini !
2. Ceritakan serba sedikit latar belakang korang , secara ringkas.
3. Ceritakan juga kelebihan blog korang ! Kenapa blog korang patut jadi pilihan rakan pembaca ! Ahaaa… Jangan panjang panjang yer..
4. Bagitau pada rakan pembaca , apa impian korang bila jadi blogger ni.. Kot la nak dapat handphone percuma ke.. Gi melancong percuma ke.. Jadi retis ke.. Haaa.. cer citer , cer citer…
5. Submit entri korang dan copy pastekan link entri tu , di ruangan komen ni ..
Tu jer .. ! Senang kan ? Kalau dok takde idea nak update blog , boleh la layan segmen ni ! Ok ?
Tarikh tutup ? 11/9/2014 , jam 8 malam ! Lebih dari masa yang aku bagi ni , aku tak dapat nak up link tu yer.. Sebab masa tu.. aku nak rehat dari tengok laptop.. hehehe ..
Berikut senarai blog yang join segmen ni !
Tamat !! Terima kasih !!!