Gambar ni diambil oleh wife.. Dia jaga Zahra masa tu.. Dia siap rekod Zahra melakukan projek pembesaran ini tanpa bantuan sapa sapa .. Dan… tadaaaa..
Kembang hidung terus !! Bangga giler la tuuuu .. Maunya tak bangga ! Hhahaha.. Bukan mudah nak meniarap ni haaaa… Hahahaha .. Gud job ! Nanti daddy banjer eskrim magnum gold satu ! Daddy tolong makan kan yer ? Heeee..
Pasni merangkak lak tau…
Kids SoCun menerima tempahan baju kurung kanak-kanak, gaun kanak-kanak, Jubah kanak-kanak dan kaftan kanak-kanak.
- Kami menerima order setiap masa, kami hanya akan tutup tempahan sekiranya tempahan sudah penuh.
- Kami juga menerima tempahan jahitan butang comel pada baju anak anda.
- Kami akan datangkan pelbagai lagi design comel untuk kanak-kanak dari masa ke semasa.
Silalah melayari dan like page FACEBOOK kami : Baju Bayi dan Kanak-kanak
INSTAGRAM : kids_socun_wfs
Whatsapp : 012-4843463
Msg : 012-4636750
Gi bawak Qhaliff klinik sekali lagi pagi tadi.. Hurm… Kali ni rawatan diberikan lebih detail. Doktor syak dia dapat penyakit ni selepas aku bgtau dia sakit kat belah dlm mulut.
Pastu dia periksa tangan dan kaki .. Hurm.. dia kata , ni antara simptomnya ..Tapi tak merbahaya. Kena banyak berehat di rumah. Dia bagi ubat supaya Qhaliff dapat tidur lebih nyenyak dan mudah ! Terus terang , mmg payah dia nak tidur ketika ni.. Kesian pon ada…. Bila dia tak dapat tidur , aku pon sama la.. Wife lagi laaa tak dpt tidur.
Dari mana dia dapat ? Aku syak dia dapat dari sepupu dia yang turut sama kena ! Sekarang adik dia pulak kena.. Anak buah aku tu la.. Tapi yang abang dah beransur pulih kata mak aku .. hur..
Penyakit ni turut dikenali sebagai HFMD , mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
Menurut artikal dari blog Dr.Azwan , HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Antara simptom yang ada pada Qhaliff ketika ni ialah kelihatan penat , tidak mahu makan , menangis.. Hurm.. Kalau dia menangis , kita pon leh turut sama menangis.. haaa , tamo berenti kooo ..
Cara rawatan ? Menurut dari artikal Dr.Azwan lagi , biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Sila rujuk artikal beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut yer ..
Hurm… Zahra camana pulak ? Doktor menasihatkan aku supaya jangan benarkan Qhaliff cium adik dia .. Elakkan ada persentuhan diantara mereka. Sila kerap basuh tangan .. Jaga kebersihan..
Bila anak kita disahkan ada penyakit ini , jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. Dalam erti kata lain , kena kuarantin la di rumah.. Hurmm ..
Kena tidur asing diorang ni .. Hurm.. Esok dah la ada dgn interview Harian Metro.. hurmm…
Hehehe.. Selfie sebagai tanda bukti ni ! Bukti nak ke Picc , Putrajaya untuk tengok Pro Shop Demo #2 .. live depan depan diorang buat magic… Leh tangkap la camana diorang punya trick yang selama ni kita anggap mereka mengamalkan sihir ! Haaaaaa !!
Semalam dah tengok persembahan pertandingan punya tapi yang ni di booth masing masing .. Ada banyak booth yer !
Esok hari terakhir tau ! Teringin nak mencuba atau jadi ahli silap mata pada anak anak anda ? Sila la beli barangan silap mata yang dijual di situ.. hehehe ..
Untuk jadual esok , boleh la rujuk entri aku Jom ke ‘ Magic Fest Putrajaya’ ni. Gi la bawak anak anak.. Jangan lupa tengok persembahan diorang sekali … Ada di jadual esok tau ..
Bangun seawal subuh. Lepas solat terus update blog. Pastu gerak ke Cheras utk ke rumah kawan aku. Adiknya kawin .. Dan aku kena kembali ke Sepang sebelum kul 2 sebab nak kena gi PICC lak .. Dalam tempoh tu , semalam.. aku sangat terkejar kejar ! Dengan Qhaliff yang demam , ikut sama ..
Selepas kerja di PICC jam 6 petang , balik rumah.. sambung lak kerja di rumah.. Qhaliff yang merengek tak nak duduk di rumah , aku bawak keluar jalan jalan dan beli makan malam ..
Dalam kereta dia diam.. tenang ! Berbeza bila di rumah !! Asyik menangis dan menunjuk bahagian dalam mulut ! Aku syak ulser sbb anak buah aku pun kena gak.. Aku sendiri pon dok ada satu bijik naik kat belakng bibir ! Hurmm..
Lepas pusing pusing tak tentu arah .. aku balik rumah.. Tapi Qhaliff tak nak turun .. aku keluar balik gi lepak mamak.. Nasi yang beli tadi , aku pass kat wife. Dia kata dah sangat lapar .. Suruh dia makan dulu dan aku layan si Qhaliff.. Balik , tukar syif.. Aku dah sangat penat dan mengantuk.
Lepak minum.. Qhaliff berselera nak telan air milo tu.. Tapi baru satu sedut , dia menangis ! Hurmmm.. sakit la tu.. hurm.. Terus aku abiskan air dan balik ..
Naik kereta dia diam.. Sampai rumah dia menangis ! Aiyok.. kalau gini , baik kita gi Kelantan jer !! Huhuhu.. Aku dah tak leh bukak mata dah.. Kang kalau memandu lagi , aku risau jadi kes lain lak ..
Di rumah , wife amik alih tengokkan Qhaliff.. Qhaliff menangis jer.. Aku jaga Zahra. Letak dalam buaian .. buai.. Tak sampai 5 minit terus tidur.. Wife kata Zahra seharian tak nak tidur.. nak berkepit ngan mak dia .. Ngan aku , asyik tidur jer.. heheheh..
Qhaliff , asyik menangis sehingga jam 4 pagi.. Memang naik antu gak aku … Wife kata dia sakit.. memang la sakit aku tau tapi nape dalam kereta tak nangis ??
Aku yang dah separuh sedar tu .. rasa geram je kat Qhaliff ! Astagfirullah.. Bahaya tuu.. Salah aku ! Tapi bila dalam keadaan penat , merbahaya sungguh uruskan anak yang sedang merengek ni .. Memang mintak la sapa sapa yang ada di rumah tu , uruskan .. Nasib baik ada wife yang uruskan Qhaliff… Zahra dah selamat aku tidurkan .. hurmm..
Sian kat Qhaliff .. Aku sendiri pon kena rehat sbb hari ni kena gi kerja lagi.. Humm.. Bawak dia ? Macam best gak je jenjalan ngan dia… Tapi apa pun , kena gi klinik dulu..
Sori sayang ..
Banyak kali berlaku pada aku dan aku spontan ‘melatah’ dengan terlupa Qhaliff disebelah sedang memerhati ! Wife pantas menegur perbuatan aku tu..
Hurm… geram ! Sangat geram ! Tapi sayang perbuatan kita tu , sedang dirakam oleh anak kecil kita dan jangan hairan bila mereka akan ‘melakonkan’ kembali atau melafazkannya semula di satu saat ! Jangan terpaku dan salahkan diri sendiri ! Hurmm..
Hurmmm.. Qhaliff sangat pantas belajar dan aku kena berhati hati atas setiap tindak tanduk aku .. atau kesannya , pada Qhaliff jika aku buta hati !
Kena perbanyakkan istighfar …
Aku baru balik dari PICC , Putrajaya . Kenapa ke sana ? Rasanya dah tau kan ? Baca tajuk pon dah tau kan ? Heee.. Serius , aku tak tau apa menda Magic Fest ni pada awalnya. Walaupun ada perkataan ‘ Magic’ , aku tak berani nak kaitkan dengan persembahan silap mata yang selalu aku tengok di tv tu ..
Dan , setibanya aku di sana petang tadi.. Rupanya , memang benarlah … silap mata ! Teruja jap aku .. hehehe .. Tapi segan nak aku nak tengok dekat dekat .. nanti aku disilap matakan oleh mereka .. Hahaha.. Tak pasal pasal sampai ke malam aku terfikir camana mereka buat trick tuuu !
Tapi alang alang dah kat situ , rugi la tak tengok demo yang mereka tunjukkan .. Hurmm… Oh ya , apa sebenarnya Magic Fest Putrajaya ni ??
Magic Fest Putrajaya yang sedang diadakan di PICC selama 4 hari bermula semalam hinggalah hari Isnin ni ( 12-15 Sept 2014 ) adalah program yang menghiburkan terutamanya khas untuk cuti sekolah ini yang mana menyediakan aktiviti menarik seperti pertandingan silap mata , bengkel , gerai barangan silap mata dan juga Malam Gala iaitu persembahan jemputan ahli silap mata ternama atau International All Star ‘ sebagai acara kemuncak.
Jadual aktiviti pada 14 dan 15 September… 12 aku tak bagi sebab dah lepas.. Heheheh .. Jadi , amik la yang esok dan lusa yer ..
Tiket tiket berharga RM8 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak kanak .. Tapi untuk Malam Gala , harga tiket RM50 dan kanak kanak RM25.
Tiket tiket boleh dibeli melalui pembelian tunai atau kredit kad dari tiket kaunter ' Business Centre @PICC ‘ yg dibuka setiap hari.. Setiap hari yer .. Takde cuti.. Dari jam 9 pagi hingga 8 malam ! Tiket terhad yer ! Sapa cepat dia dapat .. Tak dapat , cuba lagi lain kali.. Jangan marah staff jual tiket tu yer.. Ahaa..
Kalau tak nak masuk tengok persembahan , boleh berjalan jalan tengok booth jualan dan pameran silap mata ! Memanggggg best ! Mintak diorang tunjukkan demo ! Kalau berkenan , beli dan mereka akan ajarkan trick tu .. hehehe .. Serius , aku sendiri pun terpukau tadi..
Amacam ? Best kan ? Apa lagi…Ajak ramai ramai turun , esok dan lusa ! Bukan selalu boleh tengok ‘magic’ depan mata ! Kan kan ? Hehehehe ..
Bermula jam 9 pagi hingga 11 malam ! Tinggal dua hari lagi ni !! Cepat cepattt …
Aku pelik.. Masa aku umur 17 tahun dulu , kawan kawan sekolah .. kawan sepermainan , cukup giler nak berkacamata Ray Ban ! Aku tak minat !! Aku lebih berkonsepkan ‘futuristik’ .. Hehehe.. spek ala ala Mi2 gituuu .. hehehe .. Sport punya la.. kena ngan muka aku !
Dan akhirnya , aku memilikinya ! Tu sebab aku ada satu spek kacamata rabun Ray Ban. Selesa pakai ! Disebabkan tu la , aku beli satu Ray Ban RB3052 Aviator , bercermin polarized.
Nampak sesuai samada dengan pakai head gear atau tanpanya ! Haaaa… Terasa Tom Cruise jap ! Hahahahaha … Barulah aku tau nape ramai tergila nak pakai jenama Ray Ban yang original ni .. hurmmm..
Nampak gayanya .. berkongsi la jap ngan wife. Ada duit lebih , leh sambar satu lagi ! Ada satu yang aku berkenan kat Glassesonline tu .. hehehe.. harap tak abis stok atau abis sale.. huhu .. Banyak jenama dan banyak pilihan. Dah semua nampak best pulak !
“Ala .. beli je tiruan punya ! “.
Kalau tak sayang mata , beli la tiruan ! Rosak mata , baru tauuu .. Haaa…
Dah rasa pelik tengok dia semalam.Tak beberapa aktif seperti hari sebelumnya. Slow jer pergerakkannya. Mak dia gi kerja pon dia tengok jer.. Takde la terjerit nak ikut seperti biasa ..
Pegang dahi.. takde panas.. tapi perut dia mula dah rasa suam suam panas.. Hurmmm.. Masuk je petang , confirm demam .. Dia dah tak selesa .. Tidur pon tak nyenyak ..
Cek suhu badan dia .. 37.2
Lepas Maghrib gi klinik An Nur kat Presint Diplomatik. Nasib baik tak ramai pesakit.. Jadi , cepat skit proses.. Qhaliff bila keluar dari rumah , terus segar … huu.. Nampak sangat boring kat rumah.. cam bapak dia.. heee..
Sampai je rumah , aku bagi ubat dan mintak wife tidurkan dia dan Zahra. Aku kena keluar balik gi futsal . Bukan nak sangat berfutsal tapi dah janji nak jumpa orang kat sana. Ada sedikit perbincangan pasal kerja dan dah jugak ajak kawan kawan datang main.. Kang tak datang , diorang segan nak main. Maklumlah , masing masing tak kenal antara satu sama lain.. Main pon tak lama.. Kejap je.. Hee..
Kali ni , team futsal diserikan dengan 2 pemain wanita dan beberapa wanita yang datang tunjuk muka kejap pastu balik .. Apa tujuan datang pon aku tak tau .. hahahah .. Tak pe tak pe.. sokongan moral tu penting !
Kul 12 malam abis , aku terus memecut balik.. Dalam 12.30 sampai rumah , tengok Qhaliff dan Zahra dok menangis menangis ayam.. Hurm..
Qhaliff datang kat aku. Dia tunjuk laci baju.. Hurm… Aku paham dah apa dia nak.. Aku tukar baju , pakaikan dia baju dan .. bawak dia keluar jenjalan jam 1 pagi ! Kasi ubat sebelum tu ..Perghhhh .. dengan ngantuk , penat .. aku ikut kehendak dia .. hahaha .. Aku suh wife tidurkan Zahra ..
Sampai rumah , hampir jam 2 pagi .. Barulah dia tenang.. Oloh , nak keluar rumah rupanya.. Terus tenang dia ..
Dia ngantuk.. tengok layan tab pon dah terbalik.. Tapi sebab sakit tekak dia tu kan .. tak selesa nak tidur ! Hurmmm ..Tak sampai 10 minit pastu , dia masuk tidur ngan ibu dia ..
Dan aku , selamat di ruang tamu.. Tak ingat dunia dah !
Lama dah nampak gerai ni tapi tiap kali nak beli , tak bukak ! Dan hari ni , wife berjaya membawa pulang 2 bungkus nasi mandy ni .. Dia tau aku cukup suka nasi mandy ni .. Ditambah lagi , lauknya adalah kambing ! ( Dulu tak suka kambing.. skang giler kambing lak ! )
Aku makan dulu.. Wife layan Qhaliff jap.. Nak makan sama , tak tau bila boleh.. tengah malam baru dapat kot ? Hehehe.. gitulah bila ada anak kecil..
Sesuap masuk ke mulut… dua , tiga dan .. hurm…
“ Sedap laaa … Daging kambing dia pun lembut jer ! “.
“ Haa.. memang laa.. tadi dia buat pon ada beberapa bungkus je.. memang tak buat banyak banyak pon.. “
Dan akhirnya tinggal tulang ! Aku jeling wife punya nasi yang tak terusik.. Kang aku makan nasi tu kang , ada jugak gi cari batu belah batu bertangkup.. hahaha ..
Ok.. memang sedap nasi ni ! Kat mana beli ? Hurm… Kalau aku cakap pon , bukan korang tau.. Cuba call je nombor pakcik Abu Hussein tu.. Kot kot la nak buat tempahan anak nikah ke.. ke korang nak nikah lagi ke..
Alaa.. nak tau gak kat mana ? Korang tau Jenderam Hilir tak ? Tau kan ? Ok.. takde kaitan dengan Jenderam Hilir .. Tapi dekat dekat area tu la.. Ala , kalau dari Putrajaya tu , masuk ikut Kajang Lama tuuu.. Huh , tak tau ? Aku kata daaahhhh … penat jer cerita ! Dah , call ke pakcik tuuu.. tempah la sekawah … wat jamu masa raya nanti.. hehehe … Jangan lupa jemput aku yer..
Patutlah ramai orang suka beli online jer sekarang ni ! Masuk web , tengok mana berkenan .. pilih.. dan bayar ! Pastu tunggu ! Tak puashati , sila hubungi mereka untuk dapatkan penjelasan ! Ahaaa .. Tak yah nak ulang alik kedai gitu ..
Maka , aku gi tgk la design design cermin mata yang ada di Glassesonline setelah dicadangkan oleh seorang rakan blogger. Terus terang , aku tak suka beli cermin mata melalui online ni.. Tak puas ! Tapi aku nak try gak setelah dia tunjukkan kat aku spek yang dia dapat ! Amboiii ..
Aku berkenan Ray-Ban. Lama dah nak try tapi belum terbuka hati nak cuba .. hehhe.. Aku lebih berminat dengan gaya Oakley yg lebih moden rekabentuknya.. Tapi apa salahnya cuba gaya lama kan ?
Masuk ke laman web Glassesonline , aku belek satu persatu .. Perghh.. Giler murah ! Siap bagi diskaun lagi .. Aku selalu je tengok kat kedai cermin mata.. Harga , mmg telan air liur je laa.. Huhuh..
Ada banyak brand kat sana.. antaranya ,Ray Ban ,Oakley , Prada , Persol , Carrera ,Super , Gucci ,Emporio Armani ,Maui Jim ,Tom Ford , Police .. iskh.. banyak laa.. Dari A-Z punya jenama !
Ok.. aku dah buat keputusan ! Aku nak amik Ray-Ban RB3025 Aviator Large Metal 001/57 Polarized ni !
Harga ?? Mahal ke ???
Amacam ??? Hehheheh .. Murah kan ? Aaahh .. Kata dah .. Selesai part pilih barang , checkout .. settlekan part pembayaran dan .. tunggu barang sampai ! Penghantaran , percuma yer .. Kita akan dapat email pemberitahuan mengenai pembelian dan juga penghantaran ! Jangan risau ..
Tak sampai seminggu ( macam aku punya dah bagitau 2-3 hari jer ) , cermin mata aku tiba jugaaa di tangan aku ! Happy laa … sebab kali pertama nak pakai Ray-Ban ..Ala ala Tom Cruise dalam Top Gun gitu.. hahahaha .. Asyik tengok kawan kawan je pakai kan ?
Terus bukak .. dan try !!
Amacam ? Sesuai tak ?? Hehehehe… Orang kata , Ray-Ban ni , perempuan pakai pon sesuai ! Hurmmm.. aku kasi test wife pakai.. Amacam ? Dia sesuai tak ?
Memandangkan sekarang ni , dia je yang memandu kereta .. maka cermin mata yang aku dah jatuh cinta ni , aku kasi dia je la.. Aku beli lain nanti ! huhuhuh… Sukaaaa dia !!
Ray-Ban tiruan ke yang aku beli ni ? Hurm.. aku dah tgk kat Youtube dan bandingkan.. Aku senyum selepas tu .. Lalalalala …
Amacam ? Berminat gak ? Hehehe.. Gi survey je dulu.. Tengok tengok .. Kot ada yang berkenan atau leh syor pada kawan kawan .. Yelah , kalau dah murah , beli la kan ?
Nak tau lebih lanjut , sila ke http://www.glassesonline.com.my/ .. Cepat , kang abis stok kang… Haaa… Aku syorkan , amik yang polarized !
Yummy… Terima kasih kak D’Lalila ( tokey Mee Udang di MMA Santai Corner , Nilai ) , sebab tapaukan kari kambing semalam .. Gi sana semalam sbb dia kirim beli Nutri Goat Miracle 8. Dekat je ngan rumah , tu yang leh gi antar ..
Sedap mee udang dia ! Serius .. Kalau kat rumah , memang aku hirup abis kuah mee tu.. hahahaha ..
Haaa… dia bagi aku kari kambing ! Wife panaskan pagi tadi.. Siap dengan nasi panas.. Pastu dia gi keja.. Dan aku keseorangan ! Hehehe.. Yang lain masih tidur..
Masa untuk sarapan.. Letak nasi , taruk kuah.. Bau semerbak ! Hurmmm.. sedapppp ! Duduk , bismillah… Satu suap ke dalam mulut ! Allah.. sedapnyaaaa..
Nak masuk ke dua jer .. terdengar sesuatu .. dan !
Budak ni dah jaga ! Dok memangggil dari dalam bilik ! Cepat cepat basuh tangan dan gi amik dia ! Mampu tengok nasi dari jauh jer ! Hahahaha !! Adehhh ..
Tak kiraaaaa … aku duduk dan pangku dia .. makan tetap makan ! Aku letak atas tilam , menjerit dia ! Tamooo .. nak dukung gak.. Adehhh …
Patutlah banyak ibu ibu kurus walaupun beranak pinak.. Tapi bila anak anak dah besar panjang , berubah terus bentuk badan.. Dah boleh makan dengan tenang ..siap tambah lagi.. kan ? Hahahaha ..
Awal pagi .. yakni subuh .. Pastikan bangun dalam keadaan yang cukup segar ! Kalau tidak , akan menganggu emosi seharian ! Dan mangsanya adalah anak anak ..
Mandi .. siap siap ! Wife keluar je dari rumah , confirm Zahra akan bukak mata .. Confirm ! Bila dia dah jaga , aku dah mula dup dap dup dap ! Budak ni , bangun tidur mmg comel.. tapi nak tidur balik lagi comel ! Bangun , diiringi dengan senyuman. Nak tidur, diiringi dengan tangisan ! Kenapa gitu ? Sebab dia nak menyusu badan ! No botol botol ! Daddy nak bagi , tak leh.. lama dah ‘susu menjadi keju ! ‘.
Part mandikan dia tu , senang jer .. Suka dia kena mandi .. Aku dapat rasakan dia ni nanti berjam dalam bilik air bila dah dewasa ! Sila tinggalkan handphone di luar ! No handphone handphone dalam bilik air !
Bila dia dah settle , abang dia lak.. Abang dia ni kalau jaga , sejam jugak nak kasi fresh ! Mengeliat sana sini dulu. Tengok sana sini . Pandang sana sini. Apa dia mimpi pon tak tau laaa … Dah la kuat ngingau .. ikut mak dia la tu ( Mesti wife kata.. Semua diaaa.. walhal aku ! Hahahaha )
Zahra akan tidur selepas mandi hingga tengahari. Dia bangun , aku letak atas tilam. Masa ni dia akan sengih sengih selama sejam. Pastu nak tidur balik ! Camana la pipi tak tembam ! Nak tidur tu , aku kena berusaha kasi dia susu.. Masa ni laaaaaa aku mula diduga ! Adeh.. Tak semua orang boleh yer ! Mak aku pun cuak bila dia nangis.. Aku sendiri pun , kalau boleh nak pakai ear plug .. bingit siut ! Berdesing kepala kejap.
Dan Qhaliff , masa ni jugak dia buat bising .. Adoiyaiiii… Puas la aku suh dia diam , dia suh aku diam .
“ Qhaliff… syyyyy… adik nak tidur ! “. Sambil aku letakkan jari di hujung bibir.
“ Syyy…. “. Dia buat balik kat aku.. Kecik besar kecik besar jeee tengok dia ni !
Kalau aku dapat tidurkan dua dua , dalam kul 2 petang tu , satu kenikmatan tak terhingga ! Aku baru boleh tarik nafas lega .. Baru boleh nak solat .. kemas kemas sikit rumah setelah ditunggang terbalikkan dek Qhaliff ! Aku nampak Zahra pon akan join sama sebab setiap kali abang dia wat sepahan , dia akan sengih ! Daddy pon sengih gak.. sengih nak jadi Tarzan ..
Aku harap dua dua dapat bangun jam 5 petang. Zahra bangun jer , akan nak susu ! Lapar dah tuu.. Tunggu mak dia balik.. Dapat je susu badan , kaki dia akan terangkat naik punyalaahhh ! Tu diaaa.. punya nikmat susu badan ni pada baby.. huhu ..
Qhaliff ? Hurm.. join sama Zahra dan aku ?? Ni la masa aku untuk berehat seketika.. hehehehe ..
Ni la rutin aku dari hari Isnin hingga Jumaat. Syukur giler kalau ada cuti umum .. Huhuhh..
Bayangkan isteri anda di rumah .. yang jadi suri rumah sepenuh masa atau yang bekerja , balik rumah tapi tak rehat .. terus buat kerja rumah .. Suami ? Kalau membantu , Alhamdulillah .. Kalau sampai je rumah , gi sambung kat kedai makan .. kononnya nak release tension.. acaner ? Orang lain punya tension nak release gak.. Haa..
Bila dah berumahtangga ni , buat perangai berumahtangga .. sesekali tu , ok la.. kalau hari hari , rumah boleh hilang tangga tauu ! Haa..
Ok… Jom mulakan bersegmen pagi ni !
Aku bagi tips untuk korang ‘berjaya’ dalam setiap segmen yang aku anjurkan ini . Korang tak leh harap orang sangat akan masuk ke entri korang buat tu .Apa yang korang kena buat , blogwalking satu satu , baca entri mereka dan ulas ! Ulasan yang menarik akan membuatkan si blogger dan pembaca mereka ke blog anda pulak ! Itu cara untuk mendapatkan reader yang baru untuk blog korang !
Ikut jer syarat syarat ni .. Tak ikut , aku tak senaraikan yer .. Jangan marah nooooo.. Sapa suruh tak lengkapkan ‘borang’ !
1 . Letakkan header blog aku ni di permulaan entri .. Tujuan supaya orang kenal ni segmen dari Ben Ashaari . Jadi takde la nak keliru dengan segmen rakan rakan lain .
2. Tajuk SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER ! dan linkkan ke entri ini ..
3. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !
4. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?
5. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?
Tu jer .. ! Senang kan ? Kalau dok takde idea nak update blog , boleh la layan segmen ni ! Ok ?
Tarikh tutup ? 12/9/2014 , jam 6 petang ! Lebih dari masa yang aku bagi ni , aku tak dapat nak up link tu yer.. Sebab masa tu.. aku nak rehat dari tengok laptop.. hehehe ..
Senarai blog yang join :
Tamaatt !! Yeayyyy .. Selamat membaca !