Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 13 September 2014

Jom ke ‘ Magic Fest Putrajaya ‘ !!

 

Aku baru balik dari PICC , Putrajaya . Kenapa ke sana ? Rasanya dah tau kan ? Baca tajuk pon dah tau kan ? Heee.. Serius , aku tak tau apa menda Magic Fest ni pada awalnya. Walaupun ada perkataan ‘ Magic’ , aku tak berani nak kaitkan dengan persembahan silap mata yang selalu aku tengok di tv tu ..

Dan , setibanya aku di sana petang tadi.. Rupanya , memang benarlah … silap mata ! Teruja jap aku .. hehehe .. Tapi segan nak aku nak tengok dekat dekat .. nanti aku disilap matakan oleh mereka .. Hahaha.. Tak pasal pasal sampai ke malam aku terfikir camana mereka buat trick tuuu !

Tapi alang alang dah kat situ , rugi la tak tengok demo yang mereka tunjukkan .. Hurmm… Oh ya , apa sebenarnya Magic Fest Putrajaya ni ??

Magic  Fest Putrajaya yang sedang diadakan di PICC selama 4 hari bermula semalam hinggalah hari Isnin ni ( 12-15 Sept 2014 ) adalah program yang menghiburkan terutamanya khas untuk cuti sekolah ini  yang mana menyediakan aktiviti menarik  seperti pertandingan silap mata , bengkel , gerai barangan silap mata dan juga Malam Gala iaitu persembahan jemputan ahli silap mata ternama atau International All Star ‘ sebagai acara kemuncak.

Jadual aktiviti pada 14 dan 15 September… 12 aku tak bagi sebab dah lepas.. Heheheh .. Jadi , amik la yang esok dan lusa yer ..

Tiket tiket berharga RM8 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak kanak .. Tapi untuk Malam Gala , harga tiket RM50 dan kanak kanak RM25.

Tiket tiket boleh dibeli melalui pembelian tunai atau kredit kad dari tiket kaunter ' Business Centre @PICC ‘ yg dibuka setiap hari.. Setiap hari yer .. Takde cuti.. Dari jam 9 pagi hingga 8 malam ! Tiket terhad yer ! Sapa cepat dia dapat .. Tak dapat , cuba lagi lain kali.. Jangan marah staff jual tiket tu yer.. Ahaa..

Kalau tak nak masuk tengok persembahan , boleh berjalan jalan tengok booth jualan dan pameran silap mata ! Memanggggg best ! Mintak diorang tunjukkan demo ! Kalau berkenan , beli dan mereka akan ajarkan trick tu .. hehehe .. Serius , aku sendiri pun terpukau tadi..

 

Amacam ? Best kan ? Apa lagi…Ajak ramai ramai turun , esok dan lusa ! Bukan selalu boleh tengok ‘magic’ depan mata ! Kan kan ? Hehehehe ..

Bermula jam 9 pagi hingga 11 malam ! Tinggal dua hari lagi ni !! Cepat cepattt …

5 komen :

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Wah, cam syok je... Tak pernah lagi tengok magic depan mata nie. Teringin la nak pergi ^_^

Scarlett O'Hara berkata... [Reply to comment]

Sesuai sangatlah time cuti sekolah ni kan?

Scarlett O'Hara berkata... [Reply to comment]

Sesuai sangatlah time cuti sekolah ni kan?

Cik Aann berkata... [Reply to comment]

saya mesti akan fikir ntah apa2 kalau tengok magic ni..
smpai fikir.. diorg ni bela jin ke hantu ni..smpai boleh buat magic..hahaha

Shanghai Mooncake: A gift from my Handsome Student

Izza Jay berkata... [Reply to comment]

Ingat nak gi mlm td, tp ada hal lak. So mlm ni la tgk, pastu update kat blog....huhuhu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI