‘Backup Plan ‘ !

 

Ada kawan tanya.. sampai bila nak blogging ni ? Aku jawab.. selagi ada orang nak baca , selagi ada keyboard.. selagi ada platform untuk aku membebel , bercerita .. aku akan terus melakukannya !

Berhenti ? Banyak kali aku memikirkan faktor tu.. Bila matlamat aku mula lari dari tujuan asal , aku tahu .. semangat aku mula pudar ! Bila aku perbetulkan semula , automatik aku tahu apa yang perlu aku buat !

Tapi sebagai manusia .. aku perlu berpandangan jauh ! Perlu ada backup plan ! Maklumlah , blogkan sumber rezeki aku .. Dan sebagai permulaan .. aku dan wife buat bisnis jual susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni..

Photo: 20 kotak lg utk hari ni.. Semakin ramai percayakan susu kambing jenama Nutri Goat Miracle 8 ..

Mau order ? Sila sila.. PM ajaaaa ..

Mesti korang tertanya kenapa kan ? Kenapa aku pilih susu kambing ni berbanding bisnis lain ? Yang pertamaaaaa dan terakhir , susu kambing ni mmg best dan paling penting , berkhasiat !

Alhamdulillah.. aku mula jual hari Isnin lepas dan sehingga kini , aku dah jual .. 40 kotak ! Tu pun ada lagi yang nak dipos menjadikan hampir 50 kotak ! Terima kasih atas sokongan kawan kawan ..

Ini cuma permulaan untuk menjinakkan diri dalam bisnis setelah dua tiga kali , terbantut ! Kena fikir masak masak woooo ! Skang ni ramai je ajak bisnis dengan menjanjikan harapan , untung juta juta ! Perghhhh.. sendiri pon pakai selipar jepun tapi cerita juta juta .. Aiyok…

7 ulasan:

  1. Semoga abg ben berjaya.. teruskan USAHA!! Am always support you

    BalasPadam
  2. Selagi ada idea selagi ada daya teruskan berblogging .........

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki.. rezeki masing2 tak sama.. ada yang mudah mendapat rezeki, ada yang dah jatuh bangun baru menampakkan hasil.. apapun yang penting usaha, pastinya Allah melorongkan rezeki dari pintu yang Dia sediakan buat kita..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah semoga sentiasa sukses bro ben

    BalasPadam
  5. bp inggit sekotak...nak try rase la..kalo sedap nk jd agen gak la ...bleh

    BalasPadam
  6. Backup tu penting sebab kita tak tau apa nak jadi masa akan datang. Zumal pun teringin nak berbisnes tapi banyak yang zumal buat sebelum nie musnah di tengah jalan.

    BalasPadam
  7. tahniah ben n wife...

    syok kan berniaga?

    sy pun syok berniaga... base online... sesekala offline sikit...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009