Alhamdulillah.. Projek terbaru aku bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dengan Riezman Khuzaimi , inshaAllah akan jadi kenyataan.. Setelah 2 kali meeting , nampaknya bro Riezman bersetuju menggunakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk memasarkan produk mereka melalui media sosial. Satu lagi kejayaan yang .. hurmm .. Heeehehe.. Terima kasih blogger #KBBA !
Riezman Khuzaimi.. pelakon tak perlu lagi aku kenalkan …sudah punya banyak produk dan juga cafe makanan. Satu perkembangan yang sihat dimana dia ingin kongsikan pengalaman bisnes bersama rakan artis dan juga mereka yang tercari cari kerja termasuk juga penganggur yg berminat untuk memulakan bisnis mereka sendiri !
Ini bukan MLM yer.. Tak menjanjikan kekayaan jika tiada usaha dari diri sendiri !
Banyak ilmu yang dia kongsikan tadi selepas tamat perbincangan. Berbual santai kami di mana dia menceritakan bagaimana saat mula mula naik dan cara dia naik tu , sama seperti yang aku pernah buat bersama rakan rakan blogger yang lain ! Network !
Menariknya dia turut bercerita rahsia rahsia dunia lakonan dan byk lagi la.. Dia turut bercerita tentang filem baru yang akan keluar nanti.. JENGKA yang diarahkan oleh Aziz M. Osman. Huuhhhu.. Cerita pasal apa ? Jeng jeng jeng.. Tu biarlah diorang cerita sendiri nanti.. hehee..
Apa pun tahniah buat rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari atas usaha berterusan memajukan diri sendiri dan juga KELAB BLOGGER BEN ASHARI ..
Satu lagi pencapaian di luar jangkaan .. Dulu , kena gelak je kan ? Sama macam bro Riezman… Sekarang , baru orang nampak.. Segalanya kena ada perancangan dan tahu hala tuju setiap langkah kehidupan ni..