“Bang , bangun bang ! Dah 6 lebih dah !! . Kang merah lagi ! Tak larat la asyik merah jer.. “. Wife bebel dah…
Adehhh ! Ngantuknyaaa .. Terus pengsan rupanya aku semalam selepas siap buat kerja aku.. Haih , hari hari cam ni leh kurus aku dibuatnya ! Lari sana sini setiap pagi.. hurmmmm ..
Aku bangun , cari seluar jeans aku.. Hurmm.. Berkedut ! Sempat ke nak keluar sebelum 630 pagi ni ! Adoiyai.. Nasib baik ada Vios tu.. Conifirm leh pecut 160kmsj punyaaa ! Kalau Livina tu , dah slow dah.. Maklumlah , dah cecah 80 ribu km.. Huhuhu..
Siap iron seluar , iron baju. Pastu mandi ala ala P.Ramlee sebab dah lewat. Aku cuma ada 6 minit untuk siapkan segalanya ! Dan tadaaaaa ..siap !
Amik wudhu , solat subuh.. Pastu bukak pintu rumah.. hidupkan enjin dan masukkan semua barang barang dalam kereta. Wife dah siap.. bawak keluar Zahra.. Aku masuk kembali dalam rumah untuk amik Qhaliff.. Waahh..nyenyak tidur diaaa .. Sian dia ! Hari hari ganggu tidur dia ..
Siap semua ! Masuk dalam kereta.. duduk.. Tiba-tiba wife tanya …
“ Bang , cuba tengok jam. Pukul berapa ni ? “ .
Ah sudahhhh.. takkan dah kul 7 lebih.. Tengok kereta jiran jiran masih ada di porch memasing .. Kemudian aku tengok jam..
5.40 pagi !!!!!!!
Aku tengok wife , kecik besar kecik besar ! Dia ketawa berdekah dekah sampai keluar air mata dia ! Grrrrr….. Aku nak berak pon tak sempat gara gara dia punya nak kejar punch card !!!!