Dok godek page page utama di Malaysia.. Baca komen dan pendapat rakyat Malaysia mengenai GST yang dah berkuatkuasa hari ni ( 1 April 2015 ).
Hurmmm… Topup kena GST ? Aku tengok sekeping gambar yang dihantar oleh pembaca… Fuh.. berpeluh ketiak aku jap..
Aku ni dah la jenis topup sebulan banyak kali ! Bayangkan cukai yang aku kena hanya beli prepaid ! Adoiyaiii.. Tiba-tiba ada satu komen mengatakan topup tidak dikenakan GST ! Ada gambar sekali haaa ..
Surat dari Kastam bertarikh 15 Mac 2015 menyatakan pihak telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar tapi yang menjadi isu ialah yang mengenakan GST adalah peniaga yang menjual , bukannya telco tuu.. Hurmm..
Benda benda ginilah yang menakutkan pengguna. Walaupun pengguna boleh buat aduan ke KPDNKK tapi dalam keadaaan terdesak , nampaknya pengguna tiada pilihan ! Contohnya tengah malam buta nak telefon atau gunakan internet melalui telefon pintar.. nak nak kena gi 7 Eleven untuk membeli top up disebabkan kredit dah abis !
GST dah dilaksanakan , apakah kerajaan mampu kawal peniaga yang suka suka amik kesempatan dan perlukah pengguna amik langkah bijak dengan mula hadkan perbelanjaan ? Ada peniaga dah mula bersuara akan gulung tikar..
Bagi aku , mudah jer.. Inilah masa kita berjimat cermat dengan membeli barangan yang benar benar perlu sahaja ! PERLU saja yer.. Hentikan seketika membeli barangan yang dah ada seperti baju baru.. seluar , kasut dan sebagainya.. Bila barangan mula dah tak laris , mereka akan turunkan harga barang seperti mana kita boikot McD baru baru ni.. Mereka terpaksa turunkan harga tak masuk akal untuk menarik kembali pelanggan !
Kuasa ada di tangan kita ! Bab kerajaan dah laksanakan GST , kita boleh jeling pada mereka yang menyokong sangat GST ni ! Sekarang , pandai pulak dok bercakap pasal agama.. Suruh betulkan hubungan dengan Tuhan la… suh bersyukur laaa ! Padahal sendiri dah tergamam ! Kena tipu dek bos sendiri ? Hahahaha…
No komen… Aku bukan blogger politik ! Tapi rata rata dalam fan page utama , tiada pulak mereka yang selama ni lantang menyokong kerajaan , terus menerus backup ! Apa dah jadi ???
Tak larat nak garu kepala dah !