Isu staff MAS ditamatkan kontrak , dalam jangkaan ramai. Tapi yang membuatkan ramai terkejut ialah jumlah yang ditamatkan ! Hurmmm.. Ada yang meluahkan di Facebook mengenai isu ini terutama mereka yang dah berkhidmat bertahun lamanya ! Hurmm..
Aku merasai apa yang mereka rasai. Aku dah pernah kena dulu.. Kerja bagai nak rak.. Balik lewat malam.. Dengan harapan , diberi pulangan yang diharapkan !
Yer, bertahun lamanya menabur bakti.. akhirnya aku ditanya..
“ Ben , bila kamu nak berenti ? “
Ibarat halilintar membelah dada aku ni weh ! Dalam bilik meeting yang dihadiri ramai pegawai.. Malu ? Takde la.. aku memang nak berenti pon ! Dah naik bosan jadi hipokrit ! Aku dah memang sediakan jambatan untuk aku buktikan , aku tetap bernafas tanpa mereka !
Dan , aku kembali berjumpa dengannya tapi kali ni bukan sebagai orang bawahnya lagi ! Hehehe.. aku kembali sebagai orang yang bakal mengkritik apa yang aku nampak ! Hehehehe.. lama dah nak buat gitu tapi tak boleh ! Terikat gituuu..
Pengajaran yang aku dapat.. Jangan sesekali korbankan masa dan jiwa pada syarikat ! Tak berbaloi !!! Gi kerja , buat kerja sungguh sungguh.. Cukup masa , balik ! Dapatkan kehidupan sebelum kehilangan kehidupan !! Tau tau .. dah tuaa woiii ! Hahaha.. Baru nak jalani kehidupan ??? Aiseymannn..