“ Ben.. saya nak beli handphone.. tapi tak tau mana satu saya nak pilih ? Semua best ! “
Aku pakai Sony Xperia Z3 dan juga Oppo Find 7. Sekarang ni aku pengemar Sony. Kenapa Sony ? Terus terang dulu aku tak suka sangat ngan Sony hinggalah aku guna sendiri dan baru tau kenapa Sony ada pencintanya sendiri.
Kenapa aku guna Oppo ? Sebab promosi marketing yang sangat kuat dan juga rekemen dari si tukang jual.. Aku tanya dia , selain Sony apa jenis hp yang ok ? Maka dia syorkan tu sebab dia sendiri guna ! Hurm..
Setelah berbulan aku pakai dua dua hp ni.. Masing masing ada kelebihan tapi aku tetap memilih Sony Xperia Z3. Kenapa ??? Yang pertama ialah.. lebih nipis dan ringan dari Oppo Find 7. Kualiti gambar sebenarnya pon lebih ok. Oppo Find 7 ada filter.. maka sebab tu gambar nampak cantik.. Tak caya ?
Flawless gitu ! Guna filter Beautify.. Haahaha.. Ada yang tak suka gambar gini. Lebih gemarkan kualiti gambar seperti dari DSLR maka Sony Xperia Z3 adalah sesuai.
Satu ketika aku pernah nyatakan gambar Oppo cantik tetapi setelah aku memahami ‘cantik’ tu dari sudut sebenar.. maka aku syorkan Sony.
Dan paling penting.. baru baru ni aku mimpi.. Qhaliff masukkan Oppo ke dalam takungan air.. Aku cuma mampu tepuk dahi jer ! Huk huk… Kalau Xperia ? Aku tenang jer la.. hahaha.. Sebab aku tau Xperia Z3 memang boleh masuk air..
Ingat lagi kes Xperia Z3 aku ‘bermasalah ‘ ? Aku dah tau puncanya.. Suhu air kolam ketika tu terlalu sejuk. Sedangkan aku sendiri yang berada di dalam kolam tu pon leh mengigil , ni kan pulak telefon pintar ? Hahahaa.. Nasib baik ada waranti pengeluar. Dapatkan yang ori.
Kualiti video dan gambar dari kedua dua pon berbeza sebenarnya.. Xperia Z3 lebih terang dan jelas. Dan Oppo kebelakangan ni kerap hang terutama bila bukak Instagram dan Facebook.. Hurmm..
Maka , pilih la betul betul.. Semua aspek kena amik kira sebelum nak beli telefon pintar..
Iphone ? Hurm.. aku tak nak terikat dengan satu jenama.. Takde kepuasan dalam kehidupan ! Hahahahha…