Aku naik ke tingkat atas.. Dan mereka mengekorinya dari belakang.. Inilah yang terjadi !
Dah tu , camana aku nak bersenam ? Aku kena perhati mereka berdua lak.. untuk elak dari kecederaan ! Adehhh…
Sebab tu aku semakin booolat !
Aku naik ke tingkat atas.. Dan mereka mengekorinya dari belakang.. Inilah yang terjadi !
Dah tu , camana aku nak bersenam ? Aku kena perhati mereka berdua lak.. untuk elak dari kecederaan ! Adehhh…
Sebab tu aku semakin booolat !
Semalam wife bagi amaran kat aku yang Zahra mula masukkan barang barang ke dalam baldi yang dipenuhi air ! Dan barang pertama kena ialah remote Astro ! Mula mula dia gempakkan aku dengan mengatakan Zahra masukkan handphone aku. Aku tenang je. Pastu dia kata bukan handphone aku sebaliknya dia punya Iphone 6 Plus. Aku pun tenang gak. Kenapa ? Sebab aku kenal dia.. dia tak reti menipu ! Hehehehe..
Kenapa aku tak risau Zahra masukkan handphone aku ke dalam air ??? Jawapannya ? Sejak Zahra masukkan Nokia Lumia 1320 aku ke dalam bekas minuman yang berisi air , aku serik dah nak beli telefon pintar yang tak tahan lasak ! Maka aku mula beralih arah ke Sony Xperia Z series dan aku beli Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3. Terbaru aku ada Sony Xperia Z3+ !
Kenapa ? Dengan selamba aku leh rendam ke tiga tiga phone tu ke dalam air.. dan selalu je aku bawak masuk phone ke dalam bilik air tanpa rasa risau..
Kamera pon boleh beroperasi dalam air , yer kawan kawan..
Dan.. beroperasi dengan baik je selepas dikeluarkan !
Tak perlu risau jatuh dalam sungai.. kolam air. Tapi laut tak leh la.. hehehe…
Cool , kan ?
Bila aku post gambar makanan.. atau sesuatu produk.. tak kiralah samada berbayar atau tidak , risikonya pasti akan ada yang menidakkan kata kata anda itu..
Hakikatnya ? Hurm.. contohnya , semalam aku mempromosikan nasi lemak segera.. Makanan ! Bukan mudah untuk promote kerana tekak lain lain. Bagi aku sedap tetapi belum tentu bagi orang lain , ianya sedap ! Maka , tak boleh terus nak kata aku menipu atau si polan tu cuba nak menjatuhkan bisnis yang aku cuba naikkan tu. Tekak lain lain ! Perut lain lain.. Kalau aku makan tak sedap , aku takkan buat entri mengenainya lalu bagitau .. WOW , SEDAPNYA ! . Risikonya besar ! Nanti akan ada rakan pergi cari dan makan pastu..
‘Ler , macam ni Ben kata sedap ? ‘.
Sama jugak bila aku promote gadget. Semalam ada kenalan bagitau produk tu tak berbaloi untuk dibeli. Berdasarkan pengalaman aku , bab gadget ni bukan semua orang setuju ianya berbaloi untuk dibeli. Pengalaman pengguna tu lain lain. Terpaksa terima hakikat. Teruskan buat kerja anda ! Tak semua perkara kita akan dapat persetujuan. Apa saja !
Yang penting , bila kita tak setuju.. gunakan saluran yang betul ! Contohnya , aku makan mee goreng mamak . Aku kenal tokey dia tetapi aku amik gambar mee goreng tu , aku post ke Facebook !
“ Hekler.. Apa punya mee goreng la ni ! Dah la skit , mahal lak tu ! “.
Hurm.. apa salahnya kita cari tokey dia dan bagitau depan depan. Kalau dia tak nak terima , haaaaaaaa.. baru kasi up di media sosial. Kan ? Kalau nak jadi pengkritik atau penulis .. belajar kritik depan depan.. tengok reaksi pemiliknya camana.. Bukan apa , kekadang dia dah keluarkan modal untuk promosikan produknya. Tapi dengan kritikan kita di media sosial , secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menjatuhkan kredibiliti dia.. Sian la kan ?
Kalau nak kritik gak.. tulislah dengan berhemah. Jangan sampai jatuhkan airmukanya. Tulis dengan niat untuk buka mata pengusaha atau tokey yang lain.. gitu lebih matang dan bijak. Mata pena lebih tajam dari mata pedang..
Hati hari bila nak promote sesuatu produk. Kalau rasa tak bagus , bagitau tokey dia. Kalau bagus , tulis bagus bagus tapi angan sampai ke langit pujiannya.. Ala kadar dan berinfomasi.
Teringat kata seorang rakan.. Tak silap aku , 2 tahun lepas.. Bila aku berada di kemuncak karier , akan ada yang cuba mematahkan semangat.. dan kata katanya itu satu kenyataan.. Berapa ramai selebriti yang popular akhirnya terjunam ke lautan.. tanpa sebarang berita. Tapi jangan lupa , masih ada yang terus berada di kemuncak seperti Dato Siti Nurhaliza… Bukan semua tenggelam !
Ambil sebagai satu cabaran ! Terus kekalkan momentum di samping terus berusaha selagi termampu. Aku sahut cabarannya.. Aku bukan ‘tak sengaja’ untuk berada di kemuncak … aku berusaha mendaki dan mengapainya ! Aku ada cita cita.. Aku ada impian dan aku ada perancangan ! Dan aku tak pernah anggap aku dah berjaya !
Sepatutnya ‘muka’ ni terpacak di billboard salah satu highway di Johor Bahru tetapi tak jadi sebab ada company lain dah berjaya booking dulu.. Tapi tak kisah la.. Janji terpacak gak dua buah premis farmasi terkenal di negara kita.. Janji hado kan ? Dari takde langsung !
Secara tidak langsung , aku masih membuktikan ‘aku masih relevan’ dan terus terang makin dapat banyak job ! Bukan nak angkuh atau berlagak sombong tapi bila kita tahu apa yang kita buat , inshaAllah.. Allah akan membantu !
Apa pun , kejayaan aku sekarang bukanlah milik aku.. Ramai yang membantu dan memberikan sokongan terutama ahli keluarga , rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , sahabat handai terdekat seperti Mat Gebu dan ramai lagi.. Jutaan terima kasih buat mereka semua. Hanya Allah saja mampu membalas budi baik mereka..
Dan paling utama ialah.. rakan rakan pembaca dan ‘penyokong setia’ blog aku ni .. Yang setia dari awal dulu hingga sekarang ! Aku amat terhutang budi pada korang semua !
“ Sampai bila kau nak popular ? “ .. aku bukan mengejar populariti tetapi inilah kerjaya aku.. aku cari makan melalui penulisan..
Wahhhh.. Pertama kali aku mencubanya ! Ni pon sebab aku dapat hamper dari bengkel bersama Wawa Idris , baru baru ni. Nampak menarik tapi lom berkesempatan nak mencubanya.
Dan tadi.. aku tengah boring. Qhaliff lak dok ikut bontot aku ke sana sini.. aku ternampak Nasi Lemak Segera keluaran Salees Food.
Baca arahan.. dan .. mudah je rupanya !
Ikut je apa yang dia suruh buat.. Tak sampai 10 minit pon , dah settle ! Sapa sapa yang teringin nak makan nasi lemak malam malam buta tapi malas nak masak atau keluar rumah , sila simpan banyak banyak stok ni ! Hehehehe..
Gaulkan .. dan boleh makan dah ! Nak lagi sedap , leh letak telur mata kerbau.. hahahaha …
Nampak simple kan ? Tapi serius sedap ! Hahahha.. Aku terus berenti makan dan update dalam blog.. semata mata nak berkongsi dengan korang ! Huhuhuh…
Ok, nak sambung makan..