Tu diaa ! Abis seluruh ‘persatuan blogger’ mendapat tempias ! Huhuhuh.. Apa kes ni ??
“ Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, beliau masih berhak menyaman blogger yang menuduh beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri sekalipun blogger itu sudah memohon maaf.
"Memang dia sudah minta maaf dan tarik balik dakwaan yang dibuat...tetapi saya masih berhak untuk saman beliau kerana fitnah itu telah merosakkan reputasi saya," kata Azlan.
Menteri Besar itu berkata fitnah yang sengaja ditimbulkan blogger itu adalah serius kerana ia tidak hanya melibatkan rakyat di Perlis tetapi juga seluruh Malaysia.
Fitnah itu dilaporkan terkandung dalam sebuah artikel tulisan blogger tersebut bertajuk 'Pemimpin Umno Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib'.
Azlan menyatakan hal ini kepada pemberita sejurus selepas penangguhan persidangan hari kedua Dun hari ini. – Bernama “
Nasihat.. Nak update cerita tanpa bukti kukuh terutama isu politik atau orang perseorangan ni memang bahaya ! Silap silap , jadi fitnah ! Huhhh..
Bahaya zaman ni ! Fitnah di hujung jari jer. Hari ni kawan , esok lusa jadi musuh dan tersebarlah pelbagai fitnah yang mengaibkan ! Moga rakan rakan blogger berfikir panjang sebelum melakukan apa apa jua tindakan yang akan memudaratkan diri sendiri !