Poyo ? Orang lain pon gi pernah gi Phuket tapi tak la ‘bising’ cam.. kitorang kan ? Hehehehe.. Yer , memang.. ramai je orang pernah g Phuket.. tapi masalahnya apa yang kitorang buat kat sini , adalah berbeza sangat ! Kitorang datang sini ‘berehat sambil mengubah kehidupan’ kitorang ! Haaa…
Ini adalah trip travel antarabangsa #KembaraKBBA9 yang pertama. 4 blogger terlibat termasuk aku. Mereka ialah Sohoque , Shiqeen Sattar dan Ayue.
Sapa sangka kan ? Aku memang berazam lama dah nak dapatkan trip travel berkumpulan begini.. Dan akhirnya tercapai ! Alhamdulillah. Dan menariknya , kitorang bukan sekadar travel tetapi mempelajari sesuatu yang lama dah aku nak buat ! Menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang betul. Hanya untuk mengekalkan kesihatan serta tubuh badan yang muda.. dan yang penting , tiada lagi tekanan !
Tapi bukan mudah woo.. Cabaran dia memang gempak laa ! Hahahaha.. Aku pernah buat dulu.. mampu tahan seminggu jer ! Tu pon curik curik makan nasi atau daging ayam ! Yang ni , sayur semata mata !
Kitorang di The LifeCo Phuket. Kalau rasa nak punya badan yang sihat , sila ikuti perkembangan seterusnya aku dan rakan rakan blogger di Facebook , Instagram dan blog !
Badan ringan n sedap jer makan sayur. Sendawa pon wangi ! Hahahaha..