“ You’re fighter ! ”
Walaupun dia terlupa lirik , tapi dia kembalikan keyakinan dengan membuat persembahan yang cukup mengancam ! Ini bukan pertandingan juara lagu pon kan.. hehehe..
Kenapa aku sokong dia ? Fuhh.. gile kauuu.. Meh aku senaraikan lagu lagu dia yang aku suka..
- Cempaka Di rembulan
- Butakah Cinta
- Kita Ditakdir kan jatuh Cinta
- Pesanan Buat Kekasih
- Romantis
- Sejiwa
- Kerana Budi Ku jatuh Hati
- Bourgenvilla
- Sejujur Manakah Kata Kata
- Sepi Tanpa Cinta
- Sampai Hati
Dan banyak lagi wehh ! Lagu-lagu dia mmg jadi siulan aku sewaktu aku di sekolah dulu. Aihhh , memang payah la nak jumpa kumpulan yang boleh buat album koleksi gini.. Otai seperti Search Wings , May , Iklim , Slam , Ukays antara kumpulan yang bila buat album koleksi , lagu lagu dia memang best ! Dan Spring termasuk juga dalam senarai tu ! Huhuh..
Dan apa yang berlaku pada dia sebelum ni , amat sekali aku kesali dan dia berjaya kembali dengan penuh semangat ! Bukan mudah untuk kembali bersemangat dan diterima peminat !
Kalau dia terkeluar malam ni.. aku berhenti tengok Gegar Vaganza untuk musim ni .. walaupun aku sokong Shidi dan Gmie ! Heeee…