Minggu ni Qhaliff sangat baik.Tak buat pasal pun nak gi tadika.Cuma masa bangun tidur tu je liat skit tapi takda la buat drama pon. Bagi dia sarapan pagi , terus ok.. Pastu keluar g tadika. Semudah itu je..
“Abang nak jadi pandai..”. Kata dia.
Hurmm..tapi bila balik tu..dia mesti ajak singgah mana mana dulu..tak nak balik terus…tak kisah la mana mana pon ! Huhuh.. Mesti dia boring rutin hidup dia skang..
Camana eh.. Ada dua menda aku nak buat sebenarnya dengan dia ni tapi tak pe.. satu satu.. Maka malam tadi , aku bawak dia gi gym selepas kemlmarin dia mengamuk aku tinggalkan dia .. tak bawak gi gym !
Dan di gym.. ternyata dia pantas buat kawan di sana.. Sekejap je ada kawan dan teman bermain ! Hurmm… Walaupun pada mulanya dia agak menganggu aku dan sememangnya merbahaya tapi bila ada ada geng.. aku pun dia tak kisah kecuali part nak air jer..
Balik rumah.. dia penat ! Terus aku bersihkan dia dan… 5 minit kemudian , lena ! Tepat jam 10 malam..