Satu pengalaman yang tak patut dilepaskan sementara ada di negara kita ni iaitu makan malam di restoran terapung di langit terbuka !
Heee… cam sedap je bunyi dia kan ? Hahahaha.. Tapi itulah yang aku rasa semalam ! Secara jujurnya aku ni sebenarnya agak takut dengan ketinggian namun aku keringkan hati dan ikut naik juga ! Tertanya gak aku apakah akan dapat aku menikmati juadah bila di atas sana nanti ? Huhuh.. tinggi kot ! Walaupun cuma 45 meter atau setinggi tingkat 12 , bagi aku tu dah cukup tinggi. Aku tak nak bicara soal negatif di sini.. semua tu kehendak Allah ! Lebih baik aku menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di malam hari selepas hujan ! Hhuhuh..
Oh ya.. ada video viral pasal Dinner In The Sky ni yang negatif kan ? Tu fake video yer.. Jangan percaya sama sekali ! Biasalah laa kaann ! Heee..
Bagaimana rupa bentuk Dinner In The Sky ?
Keselamatan adalah paling utama ! Dan pastinya mereka yang ikut sama berada di meja makan ni , jenis manusia beradab dan berdisiplin punya ! Hee…
Dari jauh. Meja makan ditarik dek kren.
Dari dekat. Meja makan dan kerusi.
Amacam ? Best tak ? Best ok ! Aku duduk terus. Tak pikir panjang dah. Dengan perut lapar , pastinya makan malam kali nii adalah dari chef terbaik punya ! .. Ditambah lagi dengan baru lepas workout ! Hehehe..
Ok.. sedap ke ? Seperti biasa.. ada pembuka selera , hidangan utama dan pemanis mulut ! Semuanya tip top sangat !
Ok.. Jom naik ! Hahahahaah.. Aku buat Go Live Facebook masa ni. Dan ramai rakan rakan , gayat ! Hahahaa…
Dan makan di langit malam ! Wowwwww.. romantik gituu.. hahaha.. Pastinya makanan akan bertambah lazat gituuu.. heeee…
Amacam ? Kalau nak tengok video dia , boleh tengok di SINI. Heee… Harga seorang ? Info mengenai Dinner In The Sky Malaysia ni boleh check di web mereka , Dinner In The Sky Malaysia.
Terima kasih buat En. Zain Azrai , Pengarah Matic kerana sudi menjemput saya untuk merasai pengalaman sekali seumur hidup. Kalau wife nak rasa , boleh gi sekali lagi tapi dia penakut ! Hahahaha…