Bagi yang bekerja , lepas subuh dah kalut bersiap nak gi kerja. Melainkan pejabat dia depan umah je.. maka boleh la sambung buat setengah jam gitu.. hehehe.. kan kan ? Tapi buat mereka yang bergelar suri rumah dan punya anak.. pastinya tak boleh gitu dah sebab... sebab.... dah kena mula bertugas ! Melainkan ada 'orang gaji' !
Pengalaman aku menjadi suri rumah selama 5 tahun , memang hurmm.. kalau boleh tu kan , aku nak je gi kerja ! Tak sanggup duduk rumah hari hari ! Seriussss !! Maaf , aku bukan mengeluh tauu.. tapi sekadar nak bagitau.. suri rumah ni bukan duduk rumah 'mengangkang ' sambil tengok telenovela atau drama bersiri yang bila dah abis, bersambung cerita lain lak ! Fuhhh...
Aku ada 3 orang anak kecik..
Serius seronok tengok diorang membesar depan mata tapi dikala mereka membesar , pelbagai ujian dilalui. Jujur aku kata , ikutkan ujian yang aku alami ni kecik jer. Alhamdulillah.. mungkin Allah tau had aku kat mana kan..huhu.. Ni pun dah buat aku hari hari rasa cam... "Ya Allah , Kau hantarlah seorang orang gaji untuk membantu aku mengemas rumah ini... setiap hari ! ".
Nasib baik si abang tu dah bersekolah.. kalau tak ? Macam semalam.. dia balik awal. Si Zahra suka laa.. bila ada geng kat rumah... fuh , rumah serupa kapal karam ! Dan si kecil ni pon dah mula nak join dah !! Senyum tengok abang n kakak dia mengkaramkan rumah. Adehhh..
kat bahagian ni saja semalam 3-4 kali aku kemas. Dia kasi tumpah nasi... kasi tumpah air.. apa saja yang dia dapat , confirm akan tumpah ! Mengingatkan aku pada diri aku sewaktu kecik dulu. Aku rasa dia ni memang dapat ciri ciri aku ni ! Adehh.. bahaya ni.
Walaubagaimana pun , aku pasti sangat.. sepenat penat suri rumah.. mereka ikhlas 'menjaga' rumah dan membesarkan anak anak tanpa berbelah bagi perasaan ! Sesungguhnya , nak gi kerja tu lagi membosankan dari mengemas rumah. Cuma bezanya , suri rumah tak nampak dunia tapi dikatakan duduk berehat sambil jaga anak je ! Amboiii..mulut !!! Aku takda gaji tauuuuu !