Masa mula mula disiarkan apada awal Ogos ari tu , aku dah nampak dahhh.. wife aku akan melekap depan tv jer ! Aku tak leh tengok citer citer Hollywood dah pasni ! Huhuhuhu.. Aduh , rosak tul la diorang gi letak channel Korea ni ! Dah la Kpop ! Huhhhh !
Tapi masalahnya , wife tak sempat nak tonton apa apa citer kalau hari kerja. Aku je sempat tu pun selepas jam 11 malam. Sebelum tu , memang bukak karton untuk tenangkan 3 orang anak anak aku. Karton cam Baby TV dan yang simple simple je.. Ada pon tak pe , tak da pon ok jer !
Segalanya bermula dengan satu filem di TVN Movies... The Last Ride ! Aku tonton.. dan pada awalnya memang aku nampak cam.. mengarutnya ! Pastu pelakon tak kacak kacak pon ? Heroin pon tak cun macam drama drama Korea yang aku pernah tengok ! Eh , pelik ni !!
Aku terus tonton dan tonton.. Rupa-rupanya ni lah pelakon pelakon asli Korea. Cerita aksi mereka dasat. Cerita lawak , memang melucukan. Cerita romantis memang menjadi. Cerita teladan , memang sampai dan cerita perli mereka , memang sinis !
Semalam , memang rosak teruk aku ! Aku tonton 3 movie di TVN Movies. Tak hingin dah nak tengok citer HBO dan seangkatan dengannya. Aku terjebak dari jam 11 malam hingga jam 6 pagi ! Hahahaha.. Terus subuh aku. Pastu nak sambung tengok The Last Princess.. cerita pasal dinasti Korea yang terakhir yang memang best ! Baru aku tau pasal sejarah Korea Jepun ni. Huhuhuh.. Sebabnya aku pernah tanya kat seorang pemandu pelancong ketika aku di Korea tahun lepas , rasanya.. mengenai sejarah Korea Jepun ni.. huhu.. Soalan yang aku tak tau tapi sangat sensitif ! Hurmmm.
Tapi kan... kalau nak tengok rangkaian ni bersama anak anak bawah umur , kena standby remote di tangan. Kadang kadang over gak filem ni. Babak 18+ boleh menjelma tanpa disedari. Makanya , untuk anak anak bawah 18 ni , kena pantau la.. tak leh main kasi gitu jer.
Bagi yang dewasa cam aku.. rangkaian ni memang berhantu ! Hahahaha... Tak jadi kerja dibuatnya.