Hotel yang patuh syariah. Tahniah ! Penting wooo bab ni sebab hotel hotel patuh syariah ni semakin mendapat permintaan masakini. Terbaik ! Sapa kata hotel patuh syariah ni tak akan dapat sambutan ? Nah.... PNB Perdana Hotel & Suites On The Garden Kuala Lumpur telah buktikan. Aku check in pada hari Jumaat.. ramai turut check in ! Sabtu ? Jangan cerita laaa.. 10 Binjai Restaurant , penuh ! Beratur sampai luar pintu woooo masa breakfast dia ! Tapi jangan risau.. sini ada dua restoran bertaraf international gitu ! Satu lagi , The 39 Restaurant. Maka ada pilihan la kalau nak sarapan , makan tengahari atau makan malam..
Intro yang panas ! Hahahaa.. Ok ok.. aku cerita serba sedikit pengalaman aku tidur di sini semalam. Dan bilik aku , di tingkat 35. Oh ya , untuk pengetahuan korang.. terdapat 338 unit apartmen terdiri daripada unit ' Studio' , ' Superior' , 'Deluxe' , ' Premier' dan ' Lifestyle Residence' di mana kemudahan setiap unit dibezakan melalui tingkat ' Premier dan Club'. Dan aku di level Club. Heee..
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur , dahulunya dikenali dengan PNB Darby Park Executive Suites terletak berhampiran dengan KLCC menawarkan pilihan penginapan yang sesuai untuk ahli perniagaan dan juga yang berkeluarga.
Dengan kawalan keselamatan yang tinggi , setiap tingkap dilengkapi dengan CCTV dan kawalan 24 jam serta pelbagai lagi kemudahan seperti gym , kolam renang , kedai serbaneka , taman kanak kanak dan banyak lagi.. demi memastikan keselesaan pelanggan mereka.
Ok.. jom tengok jenis bilik aku dulu..
Best ! Selesa ! Tandas ada 3. Free Wifi. TV setiap bilik. Astro... byk channel ! Boleh masak. Tapi jangan buat kenduri lak. Dan kalau boring duduk dalam bilik , boleh gi mandi kolam atau bermain di taman kanak kanak.
Seronok anak anak...
Kemudian aku dibawa melihat bilik bilik lain yang ada di hotel ini. Huhuh... Kalau datang berkeluarga dan inginkan keselesaan.. yer , hotel ini adalah pilihan yang tepat ! Kalau nak tengok bilik bilik yang lain , boleh ke laman web mereka, klik SINI dan buat masa sekarang , mereka ada promosi khas sempena cuti sekolah dan tahun baru.
Harga memang menarik ! Kalau ikut harga asal , boleh garu kepala la.. Syok sini... dekat je ngan KLCC. Tahun baru , leh tengok bunga api dekat jer.
Makan malam.. macam aku ceritakan tadi , ada pilihan restoran. Boleh baca di entri Cuba ke 10 Binjai Restaurant atau The 39 Restaurant.
Selamat bercuti ! Moga percutian anda sekeluarga , mengamit kenangan manis !
PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK KUALA LUMPUR ,
10 , Jalan Binjai , 50450. Kuala Lumpur.
No Tel : 03 7490 3333
Fax : 03 7490 3838
Email : reservations@pnbperdanaonthepark.com
Web : www.pnbperdanaonthepark.com
Facebook : @PNBPerdanaOnTheParkKualaLumpur
Instagram : @PNBPerdanaKualaLumpur