Cuba ke 10 Binjai Restaurant atau The 39 Restaurant , PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur

Aku tak pernah singgah hotel ni sepanjang hidup aku. Pernah dengar tapi rasa macam tak mampu je nak masuk dan makan kat hotel ni apatah lagi nak menginap kat sini. Nama gah ! Pastinya harganya pon segah namanya ! Paham paham je la kan... area KLCC kot ??? 

Dan baru-baru ni , aku dapat pelawaan untuk ke hotel ni dan terus mengubah persepsi mengenai hotel ni. Cerita jujur ni ! Dan barulah aku tau rupanya yang kat sini , harganya sangatlah boleh bayar tapi makanannya.. hurm... yummy ! Serius ! Kalau korang biasa makan kat cafe cafe sekitar KL terutama KLCC tu , korang akan dapati harga kat dua restoran di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur iaitu 10 Binjai Restaurant dan The 39 Restaurant, mampu membeliakkan mata korang ! Murah ! Tapi bukanlah semurah kedai mamak tu atau akak jual nasi lemak tepi jalan tu. Agak agak laa gak kan ! 

10 Binjai Restaurant @ PNB Perdana Hotel & Suies On The Park. Kemas dan bersih.








Ok.. aku cerita dulu 10 Binjai Restaurant yang mana aku try dah ! Sarapan , makan tengahari dan makan malam di sini. Banyak pilihan . itu paling penting. Menariknya sekarang ni mereka sedang buat promosi East Meets West di 10 Binjai Restaurant. Apa yang menarik ? Aku syor korang cuba makan Perdana Crab Kway Teow yang mana korang akan rasa kemanisan ketam di dalam kway teow basah. Sedap dan manis je rasanya ! Haaa.. 

Selain Perdana Crab Kway Teow , korang leh cuba Laksam Kelantan, Daging Salai Lemak Cili Api atau Half Bird Roasted Chicken. Dua dua ni aku dah rasa.. memang kena la sangat dengan tekak aku. Aku tak nak cerita mak aku buat lagi sedap !! Mak kita masak air suam pon sedap dah ! Nama pon mak kan ? Tapi sekarang ni kita cerita makanan yang bukak mak kita masak.. Haa , ni antara yang sedap ! Hahahaha.. Try la kalau tau percaya.. ajak aku sekali ehhh ! 

Setakat ni , makanan yang dihidangkan oleh Hotel Perdana , tak kira la KL atau Kota Bharu , tidak sama sekali mengecewakan tekak aku. 

Half Bird Roasted Chicken

Laksam  Kelantan


Daging Salai Lemak Cili Api

Ada beberapa jenis lagi yang sedap di pandang , enak di makan ! Boleh cuba Grilled Fish Fillet , Meatball Pasta , Sweet And Sour Fish ,  10 Binjai Chicken Curry dan Fresh Gardan Salad. Semua tu menu di bawah promosi East Meets West. 

Harga ? Antara RM15 hingga RM25  ! Oh yaa.. semua tu set yer ! Haaaa... giler laa.. set semurah tu je kot ! Korang akan dapat iced lemon tea segelas dan buah buahan sebagai pencuci mulut. Murah kan ? Haa.. aku kata dahhh..  


Boleh buat tempahan utk jumlah yang besar tau ! Kalau nak open table dengan kawan kawan , memang dialukan sangat di sini. Dan bayaran parking pon murah ! Untuk sarapan pagi , 10 Binjai Restaurant dibuka pada jam 6.30 pagi hingga 11 pagi manakala seterus di buka untuk makan tengahari atau malam , hingga 11 malam. Nak selamat , pastikan buat tempahan terlebih dahulu sebelum nak datang. Jangan main serbu takut takda tempat lak ! 

Untuk maklumat lanjut mengenai hidangan atau menu ni , korang boleh ke laman web mereka iaitu di www.pnbperdanaonthepark.com atau boleh call aku   di  03 7490 3333.

Satu lagi.. yang ni istimewa skit.. kalau nak sambut aniversari atau birthday , cam aku nanti... kat THE 39 Restaurant memang best ! Dengan view yang cantik serta makanan yang cukup menyelerakan , pastinya malam korang tu antara malam malam yang menjadi kenangan. 

Yang bestnya kaannnn... ada HALAL ! Berapa banyak restoran di hotel ada HALAL ? Ada pengunjung yang utamakan part HALAL ni... maka The 39 Restaurant yang hidangkan makanan barat dan juga tempatan ni , pastinya boleh dimakan tanpa was was sama sekali. 



Permandangan waktu malam yang cukup cantik dan tenang. Makan malam , dari air tangan chef yang berpengalaman pastinya mengujakan . Aku, malam tu makan Wagyu Marble 9 , Udang Sumbat Percik , dan pencuci mulut , Sago Gula Melaka.





Kali pertama makan Wagyu. Apa itu Wagyu ? Sedikit info mengenai Wagyu ni yer. Wagyu ni lembu yang berasal dari Kobe, Jepun. 'Wa' bermaksud Jepun , 'gyu' bererti lembu. Lembu Wagyu digunakna pada zaman dahulu untuk membantu dalam penanaman padi. Daging lembu Wagyu turut diternak di beberapa negara lain seperti New Zealand , Australia dan Amerika Syarikat. Lembu lembu ni diberi makan jagung , bijirin , herba alfaalfa , barli dan jerami gandum. Daging lembu wagyu mengandungi tinggi asid fatty , Omega 3 dan Omega 6. Lembu Wagyu disembelih apabila mencapai usia 30 hingga 35 bulan. Harga daging ni boleh mencecah AS$500 untuk 150 gram. 

Mahal woiii !! Daging wagyu bukan murah yer.. tapi di The 39 Restaurant , PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni , harganya memang gempak ! Harga promosi gitu !! 


Ok... selain wagyu , ada beberapa jenis lagi menu yang menarik seperti Udang Sumbat Percik , Chicken Fajitas , Sizzling Angus Steak , Ayam Bakar Solo. Aku sempat merasa Udang Sumbat Percik. Memang terbaik laaa rasanya ! 

Pastu pekena Sago Gula Melaka sebagai pencuci mulut. Perfecto malam aku ! 



Ada banyak pilihan dan yang pastinya , sedap sedap belaka... Sambil makan , boleh menikmati keindahan malam... 


Apa lagi ? Sila booking sekarang. Hahahahaa... Bila lagi nak belanja yang tersayang kan ? Atau boleh je bawak ibu bapa kita.. sesekali belanja mereka. Nanti dah takda , merindu pula... Huhuh.. Ok , untuk maklumat lanjut atau nak buat tempahan ,  macam aku kata tadi.. korang boleh ke laman web mereka iaitu di PERDANA ON THE PARK KUALA LUMPUR atau boleh call  di  03 7490 3333 .

PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK KUALA LUMPUR
10 , Jalan Binjai , 50450. Kuala Lumpur. 
No Tel : 03 7490 3333
Fax : 03 7490 3838 
Email : reservations@pnbperdanaonthepark.com 
Web : www.pnbperdanaonthepark.com


16 ulasan:

  1. Menyelerakan.... Semua nmpk sedap

    BalasPadam
  2. Menariknya..tgk gmbar2 makanan terus terpikat..

    BalasPadam
  3. wow..bestnya..teringin nak makan Daging wagyu..tapi masih tak mampu..huuuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah je sini.. sekali seumur hidup rasa.. heee.. apa salahnya.

      Padam
  4. Aduyai... Jatuh cinta kat Wagyu!
    Psstttt... Udang tuu pun bikin terliur. Eeeeewwwww... Jahat gambar!

    BalasPadam
  5. Pergh. Bes sambut anniversary ctu

    BalasPadam
  6. Fuhhh semuanya menyelerakan, harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  7. Ngences tgk semua menu... bolwh try nnt.

    BalasPadam
  8. Semua yang ado tu kan nampak sedap bebenooo.. nak2 udang sumbat percik tuu menggoda tekak kita betul laaaa..

    BalasPadam
  9. Nak tanya boleh hehehe.. byk plak tanyaaaa nya.. tu yang perdana crab kuey teow tu udang dia berapa ekor kat pinggan dengan harga rm25 tu.. hehehe.. tanya tanya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat kira.. telan dah.. hahaa..

      Padam
  10. harga tu mmg mampu milik. Hotel pula tu

    BalasPadam
  11. Laksaaa... udang tu.. aduhhh.. lapar perut tgk gamba Aben ni

    BalasPadam
  12. Cam berbaloi gak ek..igt mahal sgt sebab hotel tu ha nampak gah bebenau

    BalasPadam
  13. Gulp! Menangis tgk entry aben , telan ailioo. Ohh Laksa

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009