Ketika menerima jemputan SOSTRETCH untuk mencuba fisioterapi mereka , aku terus ke page mereka di Facebook. Yelah , nak tau gak camana mereka buat dan apa kelebihan mereka. Bila terlihatkan yang SOSTRETCH turut berkoloberasi dengan phisiotherapist Jepun , terus aku berminat.
Jauh pun jauh la.. Hahaha.. Jauh tu sebab aku tinggal di Sepang dan SOSTRETCH terletak di ibu kota.
Untuk ke sini , aku hanya perlu naik monorel dan turun di Bukit Nenas. Terletak di sebelah Hotel Concorde dan Hard Rock Kuala Lumpur , lokasinya sangat mudah di temui. SOSTRETCH di tingkat 14 , Menara IMC. Kalau rajin nak memandu , boleh je parking dalam bangunan ni. Nak bayar parking pun guna mesin jer. Mudah.
Sebelum naik tu , sila daftar sebagai VISITOR terlebih dahulu kemudian naik terus ke tingkat 14.
Apa yang menariknya SOSTRECH ni ? Humm... Bayangkan aku yang hari hari bersenam di gym tapi sebelum angkat besi tu , panaskan badan tak cukup dan betul sangat. Fuh.... pastinya otot otot badan akan terasa sakit dan sengal. Semua ni akan menyebabkan badan terasa mudah penat dan hilang mood.
SOSTRETCH akan maintain dan improve pengerakkan sendi sendi. Secara tidak langsung akan perbaiki kitaran perjalanan darah , sakit sendi , sakit di bahagian bawah badan , kaki , bahu dan sebagainya.
Dan paling penting , mereka yang hidupnya dalam keadaan tertekan senantiasa terutamanya yang hari hari stress dengan kerja, akan terasa rileks sekejap.. er , cam aku.. terlena terus dibuatnya. Bukan urut tau ! Haa..
Mereka yang bersukan akan tau kelemahan mereka terutama bila nak stretching atau panaskan badan.
Kerjasama dengan fiosioterapi dari Jepun pastinya memberikan satu kelebihan ketika membuat stretching di SOSTRETCH. Ahli fisioterapi SOSTRETCH adalah terdiri dari mereka yang terlatih. Tidak gugup sama sekali dan melakukan kerja dengan baik sekali. Senantiasa minta izin sebelum melakukan sesuatu pengerakkan. Tiba tiba rasa cam kat Jepun lak. Huhuh...
Dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang , pada hari bekerja saja iaitu Isnin hingga Jumaat. Sabtu , Ahad dan cuti umum , tutup ! Heee...
Harga rawatan :
CG Balance Stretch
Upper Body - 30 minit ( RM80 )
Lower Body - 30 minit ( RM80 )
Whole Body - 60 minit ( RM160 ) , 90 minit ( RM240 )
Pelvic Adjustment - 60 minit ( RM160 )
Pelvic Adjustment + Upper or Lower Body - 90 minit ( RM240 )
Improving Sport Perfomance - 60 minit ( RM200 )
Physiotherapy
Physioterapy - 30 minit ( RM80 ) , 60 minit ( RM150 ) , 90 minit ( RM220 )
Physio + Stretch - 60 minit ( RM 160 )
Bila dah lega, di gym memang sedap la workout. Huhu... Untuk keterangan lebih lanjut , hubungi :
Facebook : SO Stretch
Instagram : SO Stretch
Web : www.sostretch.com
Tel : 03 - 2022 4818