Dirawat Doktor Berlainan Jenis

by - Selasa, Jun 15, 2010


Soalan :

Seorang wanita mengandung telah pergi mendapatkan rawatan seorang doktor lelaki . Doktor itu memegang perutnya dan juga melihat rahimnya . Apakah hukumnya di sisi agama Islam ?

Jawapan :

Pemeriksaan seorang doktor lelaki terhadap pesakit wanita dibolehkan dengan syarat- syarat berikut :

i ) Pemeriksaan ( lihat dan pegang ) pada bahagian yang perlu sahaja walaupun pada alat kelamin.

ii ) ditemani oleh muhrim wanita itu.

iii) bukan doktor daripada orang kafir , selagi ada doktor yang muslim .

iv) aman dari fitnah .

v) Tidak terdapat doktor wanita.

Di dalam kitab Hasyiah al-Bajuri juzuk kedua muka surat 99 disebutkan :

" Dengan syarat bahawa adalah doktor itu bersifat amanah , maka tidak dipalingkan kepada yang lain selama adanya amanah itu. Dan aman daripada fitnah. Dan tidak perlu dibukanya melainkan sekadar yang diperlukan jika dia tidak memejamkan matanya dan jika ia memejamkan bolehlah membuka anggota itu walaupun lebih daripada kadar yang diperlukan .

DR FAUZI DERAMAN
- dari buku KEMUSYKILAN IBADAH ( 300 soal jawab )

You May Also Like

3 comments

  1. hurm.. tu la.. kalau boleh tamau la nak jumpa doktor laki.. rse janggal kalau lelaki yg pegang2 parts sensitif..

    nak yg perempuan kadang2 susah nak dpt..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,sebab dr dulu lagi,kalau jumpa doktor lelaki..if perlu pegang,msti mintak nurse yg check kan n inform kat doktor keadaan laili.. mcm tu juga masa preggy n bersalin dulu..
    so,kpd kawan2 pmpuan yg mengalami situasi ni..cuba slow talk dgn doktor tu k. doktor tu msti faham.. melainkan dah darurat.. :)

    BalasPadam