Misteri: Nombor telefon maut

by - Jumaat, Jun 25, 2010

APA kaitan nombor telefon dan ajal? Mungkin tidak bagi kita, tetapi inilah yang berlaku di Bulgaria apabila nombor telefon bimbit 0888-888-888 dilabelkan sebagai nombor maut sehingga memaksa sebuah syarikat telekomunikasi membatalkan pendaftarannya nombor berkenaan.

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003. Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888 yang dianggap membawa malang.

Mayat Konstantin Dimitrov, yang ditembak mati di Amsterdam pada 2003.
Beliau adalah pemilik kedua nombor telefon 0888 888 888 yang dianggap membawa malang.



Kisah benar yang turut dimuatkan dalam laporan akhbar antarabangsa itu, mengaitkan tiga kematian individu yang juga pemilik nombor itu dalam masa 10 tahun. Pemilik pertama nombor itu, Vladimir Grashnov, yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telefon bimbit Bulgaria yang mengeluarkan nombor berkenaan, Mobitel, meninggal dunia pada tahun 2001 akibat barah pada usia 48 tahun.

Ada khabar angin lain yang menyatakan barah dihidapi Grashnov adalah disebabkan keracunan radioaktif. Namun, kematian dua pemilik lain nombor berkenaan mencetuskan misteri yang agak menggerunkan.

Selepas kematian Grashnov, nombor itu digunakan pula ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov. Ibarat satu sumpahan atau mungkin secara kebetulan, Dimitrov pula ditembak mati pada 2003 oleh penembak upahan di Amsterdam, Belanda. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan memeriksa empayar penyeludupan dadah yang bernilai kira-kira £500 juta (RM2.3 bilion).

Dimitrov, yang baru berusia 31 tahun ketika itu, turut membawa bersama telefon bimbit berkenaan apabila ditembak ketika keluar makan dengan seorang model. Pembunuhan itu dikatakan didalangi bom mafia Russia yang cemburukan operasi penyeludupan dadah Dimitrov.
Tidak lama kemudian, nombor 0888-888-888 diberikan kepada ahli perniagaan yang juga samseng, Konstantin Dishliev. Malangnya, beliau juga ditembak mati di luar sebuah restoran India di Sofia, selepas menggunakan talian yang dianggap membawa malang itu.


selanjutnya >> BHARIAN

You May Also Like

5 comments

  1. pernah juga terdengar yang orang tak nak beli no plat CCC dari pahang kerana maksudnya mati (saya tak pasti)

    apapun ajal maut tu di tangan Allah SWT. tiada yang kebetulan, hanya ketentuan

    wallahualam

    salam ziarah ^_^

    BalasPadam
  2. kebetulan ja tu...ajal xkira sbb apa pun...

    BalasPadam
  3. @[noriza]

    biasa la... kalau takde pegangan..semua jadi karut marut..huhu

    BalasPadam
  4. mungkin secara kebetulan saja rasanya...

    BalasPadam
  5. as salam..
    huhu..karut sungguh depa nih. mana ada no. malang. dah depa tu samseng, mafia. yang penyakit tu, dah memang penyakit. apa nya misteri..kebetulan pun bukan.. itu ketetapan-Nya..

    hanya Islam dapat merungkaikan misteri dengan mempercayai-Nya je

    =)

    BalasPadam