Umpama Ikan Puyu ...

by - Ahad, Jun 27, 2010


Bapak mertua abang ipar aku memberi aku 4 ekor ikan puyu untuk aku belanya ... Aku mmg suka tengok ikan di dalam kolam mahupun aquarium .. Rasa tenang jer ..

Diletakkan ikan tu dalam bekas balang yang agak besar .. Malam tadi sesampainya di rumah aku , aku letakkan bekas ikan bersama ikan tersebut berhampiran sinki dan dibuka sedikit penutup bekas itu ..

Berdasarkan pengamatan aku sebagai budak bandar semasa di rumah abang ipar aku tu , aku perasan ikan puyu ni gemar lompat lompat ...

Pagi tadi , tanpa aku sedari , seekor dari ikan ikan tu dah ghaib !! Rupa rupanya , dia dah mati akibat lompat dari bekas dia tu .. ermm .. sian.. Lalu aku terus pindahkan semua ikan ikan tu ke bekas yang jauh lebih besar .. Aku senang tengok diorng berenang renang dalam tu ..

Kalau dah tabiat gitu , bagi la besar mana pun , tetap akan dibuat jugak ! Ikan ikan tu melompat keluar dari bekas tu .. Nasib baik wife aku perasan .. kalau tak ? Jadi ikan kering je laa jawabnya..

Tapi dari situ aku dapat pengajaran ... Kita sebagai manusia yang berakal ni , bagi la apa pun ... Buat la apa pun .. namun tak pernah rasa puas dan jauh sekali nak rasa bersyukur.. Kalau ada pun sekadar lahir di mulut saja... Di hati ? Allah Maha Mengetahui ...

BA : Dapat 100 nak 1000... dapat 1000 , 100 tak dipandang dah ..

You May Also Like

7 comments

  1. Saya setuju dengan cik ben..
    saya akui..
    saya pun bersikap sedemikian..

    orang cakap
    bersyukurlah dan hargailah apa yang ada..
    jangan dikejar x dapat
    di kendong berciciran :)

    BalasPadam
  2. klu nak bela ikan puyu kena tutup akuarium tapi kena ada ruang oksigen gak.

    walau ikan puyu suka lompat-lompat tapi pekasam ikan puyu sedap juga...

    BalasPadam
  3. beryukurlah dgn apa yang ada..

    **pnh dgr org kate umah yg ada ikan puyu ..klu dpukau..pukau x menjdi..cm xrelate jek.

    BalasPadam
  4. memang betul perangai manusia, apa yang penting kalau untuk tujuan baik apa salahnya kan

    Berapa earnings terbanyak nuffnang?

    BalasPadam
  5. Betul2..saya pun kadang2 mulut saja kata "cukup" tapi hati nak lagi..malas nak hipokrit, baik ngaku jee...tapi masih tidak ada perasaan tamak dan iri hati yeaa...

    BalasPadam
  6. ikan puyu ni ben elok letak dalam rumah. senang nak jaga...nagi makan nasi je ok...
    aku bela 2 ekor kat rumah ni...

    BalasPadam