Kampung terbakar nampak asap ... Hati terbakar ?

by - Isnin, Jun 21, 2010

Perpindahan ke taman perumahan yang baru ini , aku menginginkan kehidupan yang lebih harmoni dan penuh semangat kejiranan .. Hurm.. mmg benar hati manusia tidak boleh di ramal ... Nampak putih isinya belum pasti suci .. begitulah sebaliknya ..

Nak tak nak , aku kena terus menginap di sini kerana di sini aku mampu mencari sumber pendapatan sampingan ( insyaAllah halal ) kerana aku tidak perlu bersusah payah mengerah keringat kecuali idea idea yang bernas ..

Takkan aku perlu mengalah kerana seorang dua yang tidak sebulu dengan aku ? Apa yang mampu aku katakan cumalah doa.. doa agar diberikan kelembutan hati agar menerima kehidupan ini dengan lebih aman dan damai .. Sungguhpun mempunyai pendapat masing masing , namun dalam soal berjiran dan bersahabat , tak perlulah bersusah payah bertekak menegakkan segalanya..

BA : Selamat malam ....

You May Also Like

3 comments

  1. Tak semua org setuju dgn apa yg kita buat ataupun pendapat kita begitu juga dengan kita...Itulah warna warni kehidupan!

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam