Kenapa Aku Tak Nak Tengok Lagenda Budak Setan

by - Khamis, Jun 03, 2010


Aku adalah salah seorang peminat novel Ahadiat .. Mmg zaman remaja aku membesar dengan membaca novel novel dia ... Bukan tak sangka , cuma tertunggu je bila novelnya akan dijadikan filem ...

Akhirnya apa yang peminat peminat novel nantikan telah berada di depan mata ... Dan bakal ditayangkan di panggung seluruh Malaysia ... Tapi kenapakah aku tak nak tengok lak ?? Dari previewnya , mmg best cerita tu ... Dari dulu , aku cukup tak gemar muka yang sama je kuar kat panggung.. bukan aku jeles atau tak puashati tapi bayangkan ... baru je ari tu satu filem tu membabitkan ke dua dua pelakon tu kuar .. Ni keluar lagi ? Aisey ... Cam Shah Rukh Khan ngan Kajol .. bila asik kedua dua tu jee kuar , orang jadi muak ... Patutnya penerbit lebih peka pemilihan pelakon ...

Kedua dua pelakon tu mmg bagus.. aku tak nafikan .. cam g kenduri kawin laa ... kat sana hidang nasi beriani ngan air sirap.. pastu g satu rumah lagi , sama je hidangannya .walaupun rasanya lain tapi tengok pun dah 'kenyang'... Apa pun ni cuma pandangan aku jer ... aku yang tak nak g .. Aku tak pengaruh sapa sapa pun .. Kalau korang nak g , aku galakkan sangat la .. hidupkan perfileman malaysia .. Cuma aku je 'letih' skit nak g ... tapi tak tau la kan ... ni pendapat aku skang ... kelak akan datang tak tau la kan .. mana tau aku berubah hati ke ... kan kan ...

Aku bukan anti filem melayu @ malaysia yer .. cuma tak mo tengok muka muka tu je kat panggung ... Mmg rezeki masing masing .. aku nak g tengok pun guna duit aku .. bukan dapat tiket free .. hehe... kalau dapat tiket free , tak tau la.. tu lain tajuk lak ...

Apa pun , semoga berjaya pada filem berkenaan ... Dari novel ke preview , mmg best ... tip top .. harap harap , filemnya setanding dengan novel tersebut ...InsyaAllah...

You May Also Like

11 comments

  1. hehe..i pun terfikir jugak kenapa asyik2 hero & heroin yg sama je ek muncul kat panggung wayang?
    once diorg meletop, next2 film mesti muke diorg gak smpai keluar muke baru..
    btw, i akan pegi tengok sebab i memang peminat A.A..so nak tengok ape jadi kat movie LBS nie.. :)

    BalasPadam
  2. ben...sungguh ker info nie..

    ayu nak pi tgk gak lah..
    tq sharing info ttg filem dari novelis AA...

    BalasPadam
  3. boleh tarik ramai penonton kot...
    sebab tu diorang lagi jadi pelakon...tapi kalau dah selalu sangat susah jugak...Industri Malaysia memang macam tu...sekarang ni turn mereka...kena la tunggu sampai next star arise...bru bertukar pelakon lain plak...=)

    BalasPadam
  4. kajol&SRK laen bro, dernag mmg dah ade chemistry dah..
    lgipun kenduri kawen sya nnti laen kot, minum air sirap bandung..

    BalasPadam
  5. emm...
    mungkin rmai ag yg akan g...=p

    BalasPadam
  6. Yea.. Tapi Ape Kata Pengarah Pilih Saya Pula Sebagai hero.. maybe ben akan pergi tgk.. hehehe
    Anyway.. mungkin rezeki diorg skrg nie kan?
    lagipun berminat jugak nak tgkk~

    BalasPadam
  7. @Hariz

    mmg skang rezeki diorng .. belasah selagi laku.. kan ...

    BalasPadam
  8. huhuhu mmg pon tu antara sebab kenapa malas nak g tgk..xsuka hero dia, bosan bosannnnnnnnn..

    BalasPadam
  9. mgkn lakonan dorg bagus... apa2pun itu rezeki mereka..

    BalasPadam
  10. macam mana punya best pun tak dapat nak jejakkan lagi ke panggung wayang....walaupun dulu memang peminat Ahadiat Akashah....camner citer LGBS skang pun dah tak ingat....hahahaha

    BalasPadam