Makanan tanpa zat ...

by - Jumaat, Jun 18, 2010

Sedapnyaaa .. kalau dapat kat MAT GEBU habis dia kerjakan ... macam macam aneka lauk dia hidang atas meja nanti ...

Biasa kita makan makanan ni tak kira dh ada zat ,khasiat atau tidak.. asal nampak sedap jeee , balunn.. makan sampai tersandar ... selagi tak kenyang selagi tu makan .. Kalaulah kita boleh nampak setiap khasiat dan zat pada makanan tu , pasti kita memilih kita nak makan apa kan ? Sekarang ni kita tau pun sekadar apa yang diberitahu dek pakar pemakanan ..

Begitulah dengan solat .. solat tanpa keikhlasan dan keimanan , pasti tidak seindah sebenarnya solat kan ... Sekadar 'buat' je ibarat memenatkan diri namun itu tak bermakna tak payah buat.. Kena buat gak ! Dosa tak menunaikan solat lain.. Dosa menunaikan solat ala kadar pun lain .. haaa..kena tau tu..

Walaupun tak nampak sekarang ini 'hikmah bersolat namun Allah menjanjikan rahmat-NYA di sana nanti . Ibarat makanan , walaupun tak nampak khasiatnya sewaktu kita makan namun kita telah membesar dengan sempurna hasil pemakanan yang seimbang . Alhamdulillah ..

BA: Jom ....

You May Also Like

4 comments

  1. Betul sungguh apa kata tuan hamba....tiba2 teringin nak makan asparagus...celur dan makan dengan "budu" pun sedap tuu...

    BalasPadam