Nape la lembab sangat ni ?

Salam.. selamat pagi ..

Aku pasti ramai yang tengok perlawanan semalam diantara Jepun menentang Paraguay .. Seperti yang aku duga perlawanan akan berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti kerana aku pasti Jepun akan bermain bermati matian dan juga bertahan sehabisan cuma mereka tidak bernasib baik .. Kedua dua pasukan ini bagi aku jika layak sekali pun pasti akan terkandas ke suku akhir .. Sekadar ramalan aku saja ..



Perlawanan diantara Sepanyol dan Portugal dijangka menarik namun jika dilihat pada jumlah jaringan , pasti tidak berbaloi untuk berjaga malam .. Nasib baik aku tidur... hehehe..

Dengan menonton perlawanan Piala Dunia semalam bererti aku tidur dirumah orang tua aku .. Bermakna aku akan pergi kerja hanya menggunakan LRT saja...

Awal aku keluar tadi.. dalam pukul 7 pagi.. Biasanya dalam pukul 7 pagi tu , aku berada di stsn ERL Putrajaya.. Aku dah menjimatkan hampir setengah jam dan sejumlah $$ ..hehee..

Di stsn LRT tadi , ermmm.. cukuplah membuatkan aku tensen sejenak .. sejenak yer , bukan SEDENAK ( hehe) ..Mana tidaknya , bila LRT sampai , punyaaaaa laaaa lembab nak bergerak masuk ke dalam LRT tu.. bercatwalk la pulakkkk ... dah tau ramai ada kat belakang..pantas la sedikit.. kalau aku tolak , kata tak gentleman..

Kesudahannya , tali beg aku tersangkut kat pintu automatik LRT tu.. arghhh... dah terpaksa berdiri disamping pintu.. Geram betul aku kat anak anak dara tu.. Lembab giler... ARghh.... Dah la..malas nak bebel pagi ni.. Huh...

BA : Pagi bermakna slow n steadykah ?




4 ulasan:

  1. man ade..
    pagi semua kena pantas..
    anak2 dara tu semua mlm tadi berjaga.
    tak pdn dgn nama ank dara..
    mcmanalah nka jadi ibu2 tu esok.
    kean selalu cargas!!
    24 hours...
    nka2 mcm aku,naik motor gi keje.
    ape da..

    BalasPadam
  2. patut pun lembab..berjalan kucing rupanye..sabo je der..lain org lain kerenahnye..

    cun tak anak dara tu..keh keh

    BalasPadam
  3. ptg tgk org lambat gini...

    BalasPadam
  4. x breakfast lg tu kot.. tu yg lembab semacam jer..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.