Tanpa ayam jantan ,ayam betina tidak akan bertelur

by - Jumaat, Jun 11, 2010


Pada suatu hari beberapa orang kampung telah berpakat untuk mempermainkan Juha . Maka mereka telah membawa sebiji telur ayam setiap seorang , mereka pun menyimpannya di dalam poket seluar .

Kemudian mereka pun memanggil Juha lalu mengajaknya pergi mandi di laut yang berdekatan. Sebelum itu salah seorang dari mereka telah berkata :

" baiklah , setiap orang mesti dapatkan sebiji telur dari dalam laut. Kalau tak dapat telur , dia tidak boleh naik ke pantai sampai matahari tenggelam ! . "

Semua orang bersetuju dan di kala itu fahamlah Juha bahawa mereka telah berpakat untuk mengenakannya .

Maka setelah agak lama mereka mandi berenang dan menyelam tak lama kemudian seorang demi seorang dari mereka naik ke pantai sambil membawa sebiji telur di tangan mereka . Mereka kena angkat telur tersebut menunjukkan kepada semua orang dan barulah dia boleh naik ke pantai.

Dan akhirnya tinggallah Juha seorang diri di dalam air , semua yang lain dah naik ke pantai kerana berjaya memperolehi sebijk telur . Juha pun mendapat satu jalan, sebelum itu dia menyelam buat kali terahir dan bila timbul dia terus berjalan naik ke pantai dengan muka penuh senyuman.

Sebelum dia sampai ke pantai , semua orang bertanya:

" Juha , kamu tidak boleh naik ke pantai selagimana kamu tidak menunjukkan kepada kami sebiji telur yang telah kamu perolehi ."

Juha tidak menghiraukan kata mereka. Lalu dengan tenang dia pun berkata :

" Eh , kamu semua ini tak tahu ke , sepatutnya kamu semua harus bersyukur kepada Allah s.w.t sebab kamu telah selamat bertelur. Jadi , kalaulah bukan dikeranakan aku seekor ayam jantan , maka sudah tentulah kamu si ayam betina, semua tidak akan dapat bertelur ! "

Terus dia naik ke pantai lalu memakai pakaian sambungnya lagi :

" Betul tak cakap aku , ayam betina tidak akan dapat bertelur tanpa ayam jantan . "

- dari buku Kisah kisah Lucu Abu nawas

You May Also Like

3 comments

  1. pandai si Juha

    yang lain tu ayam betina rupanya

    BalasPadam
  2. picture ayam tunjuk gagah tu x boleh tahan da,....hehehe

    BalasPadam
  3. dulu2 ada teka-teki, yang mana wujud dulu, ayam atau telurnya?

    BalasPadam