600 ribu ?? Mak aih..

by - Jumaat, September 03, 2010

Oh tidak .. bagaimana aku nak berjalan jalan di sana nanti ? Nampak gayanya aku pasti beraya dalam kawasan DUN je la .. huhu.. Baru plan nak turun KB .. Cam tak jadi je ni... Nak ke Wakaf Che Yeh , lagi laa.. Kena buat perancangan teliti ni.. kalau tak , ada gak menghabiskan hari dalam kereta .. Ops.. nak tau ke apa kes ??

Lebih 600,000 kenderaan akan berada di Kelantan semasa raya

JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan utama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim, berkata anggaran itu berdasarkan jumlah kemasukan kenderaan luar serta jumlah kenderaan yang didaftarkan di Kelantan.

"JPJ merekodkan 600,000 kenderaan didaftarkan di negeri ini. Kita menjangkakan penambahan 30 peratus hingga ke 40 peratus kenderaan dari luar. Ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di negeri ini terutama apabila hampir musim raya ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, pihaknya menempatkan 150 anggota penguatkuasa untuk mengawal dan meronda kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.

Katanya, gerakan itu dijalankan serentak dengan Ops Sikap ke-22 yang bermula hari ini hingga 19 September.

Beliau berkata, antara kawasan tumpuan gerakan ialah di 13 lokasi yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan serta dikenali "jalan sakratulmaut".

"Kami akan meletakkan anggota penguatkuasa berkawal dan membuat rondaan 24 jam di sepanjang jalan terbabit pada musim perayaan ini," katanya. - BERNAMA

BA : erm... raya kat luar negara best tak ??

You May Also Like

12 comments

  1. itu bukti anak kelantan kaya2 sokmo.

    BalasPadam
  2. Alamak .. camna nih?? Saya pn nk balik Tok Bali raya ke 3 nih.

    Masak la aku dlm keta. Aduh .. fenin2 ..

    BalasPadam
  3. mmg kalau raya..jalanraya kat Kelantan akan jammed..
    siap boleh makan nasi tepi jalan tau...

    BalasPadam
  4. waduhhh...byknya kereta..patutla ramai org kelantan cakap kalau balik sana time nak raya mesti jd berbelas2 jam baru sampai..rsnya kalau ke utara pon mesti sesak juga nih..ish ish..

    BalasPadam
  5. pergh!!! biar benor... tak derak mano la aku nanti..

    BalasPadam
  6. Mmg selalu sgt dgr member cakap yg kalau raye..kelantan kalau tak jem..tak sah..tension juge aku bile balik dari penang ke ganu..ade 1 tmpt tu..tiap2 tahun..mesti jem..

    BalasPadam
  7. ok, kelantan dgn teluk intan jauh.. x pe... :)

    BalasPadam
  8. setuju dgn azila .. jem atau tidak .. raya tetap kena balik. Hehe ..

    BalasPadam
  9. mmg tobat nak beraya di kelantan.
    jalan jem gila hari raya ke berapa ntah.
    sesak2..
    huhu~

    BalasPadam
  10. Isnin ni dah nak balik Kelantan...happy sgt wpun rumah mak mentua..yg penting meriah dan x sabar nak gi cari lompat tikam ni..puas dah cri kat PARAM Jitra N Perlis...x kesampaian...

    BalasPadam
  11. ahah,nasib baik klate ngan ganu jauh..huhu,selamat berjuang mengharungi jem tu ea..hehe.selamat hari raya!:)

    BalasPadam