Cara nak tackle awek - 2

by - Rabu, September 01, 2010

Ok..tadi aku dah bagi tips yg pertama iaitu di pejabat .. Aku pasti ramai hero kita mahir bab ni .. kira dah jeling jeling pandang pandang .. tapikan , aku tak minat langsung nak tackle awek satu opis mahupun satu bangunan .. tengok ok je kot.. nak dingorat tu , kureng skit .. sbbnya , nanti hari hari jumpa .. boring siut .. mula mula ok la.. tengah hangat la katakan .. hehe...

Ok.. skang tips untuk menackle awek di hentian bas , erl , lrt dan sewaktu dengannya termasuklah di airport dan juga lapangan helikopter ..

Cara ni paling mudah ... mudah giler la... kalau korang ternampak satu awek ni.. kira kalau tengah berdiri dok tunggu lrt /erl / kapal terbang / nak sampai , anda tengookkkk je dia .. sampai dia perasan ..

Kalau dia tak perasan , anda sila buat bagi dia perasan .. Buat buat la kena sawan kat situ... atau nak lagi kejam , suruh la kawan anda menyeluk saku dia kemudian anda jadilah hero ... haa... Kalau nak lagi kejam , jalan depan dia pastu buat buat tersungkur .. Pasti dia akan membantu anda .. Kalau dia tak bantu , batalkan saja niat anda sebab dia tu tak berperikemanusiaan !

Sekiranya dia membantu , teruskan langkah selanjutnya iaitu minta maaf , senyum kemudian tanya nama ... Kemudian , berdirilah sebelah dia .. borak borak ... haaa.. kan dah jadi geng ...

Ok.. tu untuk dapatkan perhatian dia .. Jika dari awal lagi dia dah perasan tentang kehadiran anda yang macho tu , part ni paling mudah sekali .. anda tengokkkkkk jeeee dia .. sampai dia rasa pelik.. pastu senyum je kat dia .. kemudian , buat dek .. hahaha.. serius ...buat tak tau jer pastu ..Mesti dia lagi pelik..tadi beria tengok pastu wat dek .. Bila dia dah wat dek , anda ulangi langkah mengusha tu .. hahaa.. mesti dia akan buat 'muka' pelik kat situ .. senyum jer lagi .. Kemudian , bangun dan beredar dari situ .. cari port lain .. perhatikan dia dari jauh .. jangan bagi dia perasan .. Perhatikan adakah dia tercari cari anda ?? Jika tidak , sila usha awek lain ... Jika ya... anda berjaya menarik perhatiannya .. hehehe ..

Jika berjaya , sila kembali ke tempat anda tadi tu .. buat buat bz skit .. sambil sambil tu jeling kat dia .. perhatikan dia.. jika dia nak ke tandas atau ke mana mana.. anda ikut .. hehe... saja saja la buat bertembung .. bila bertembung tu , senyum sekali lagi .. hahaha.. pastikan jangan tersengih .. senyum yer .. kasi senyuman paling manis anda .. tips ni jika kat airport la.. kalau kat lrt tu , anda g je berdiri dekan dia ... wat muka selamba .. Pastu jika lrt datang , tanya dia , Lrt ni singgah kat johor bahru ke tak ? Kalau dia tampar anda , sila beredar .. Jika dia tergelak ... sila ajak dating ... Mudah bukan ??


You May Also Like

8 comments

  1. hehehe suka lak baca tips dari ben..mcm comel je..huhuhu~ =p

    BalasPadam
  2. ahaha..macam macam!kemungkinan utk tips ni berkesan brapa pratus ek??hehe..

    BalasPadam
  3. Salam,
    Patutpun x de sape berani takel saya ya...masa orang dok tengok2 tu saya dah pi dekat dia dan tanya "Saya belum bayar apa2 hutang lagi tak kat awak?" hu hu hu pas tu dia blah dengan muka merah padam ....awatnya sdr Ben baru bagi tau tips ni...kalau bagi tau awal2 leh la saya wat2 miang skit tergeliat sana sini sampai jatuh landasan lrt...hu hu hu

    BalasPadam
  4. haha cool,bleh buat cube jaye cmni.tq ben

    BalasPadam
  5. Nak usha mamat kat fesbuk plak cmne ben?
    Haha..
    Nak tambah lg, mamat tu plak mcm gay..
    Kwn dia ckp mmg dia gay..
    Adoiiiiiiii..

    BalasPadam