Hero baru SPIDER-MAN

by - Rabu, September 22, 2010

 

Namanya : Andrew Russell Garfield

Amacam ? Hensem ? Kenal tak dia ???

image

image

Dilahirkan pada 20hb Ogos 1983 .. Muda lagi ni.. Berdarah American - British ..

Antara filem filem lakonan dia ialah

Sumber : wikipedia

 

LOS ANGELES 21 Sept. - Andrew Garfield yang baru-baru ini dipilih untuk memegang watak utama dalam filem francais terbaru Spider-Man 4 berkata, komen-komen di dalam talian terhadapnya masih lagi kasar.

Pelakon Britain berusia 27 tahun ini memutuskan untuk mencari komen-komen di dalam talian berkenaan dirinya melalui Google selepas pengumuman pemilihannya itu.

"Terdapat juga ramai orang yang baik dan memberi komen-komen yang elok tetapi saya mendapati ada seorang yang menyatakan bahawa kening saya kelihatan besar serta perlu dicukur.

"Dia juga menyatakan bahawa saya kelihatan seperti orang Belanda yang pelik. Namun saya tidak akan mencukur kening saya," katanya kepada akhbar USA Today.

Garfield turut mendedahkan dia sangat merindui makanan Britain setelah lama meninggalkan tanah airnya itu.

Dia bagaimanapun telah menemui satu bar burger menarik di Los Angeles bagi mengubat kerinduannya itu.

Garfield dipilih menggantikan Tobey Maguire untuk memegang watak Spider-Man selepas bintang Hollywood itu memutuskan tidak mahu memegang watak itu lagi. - Agensi

Sumber : Utusan

You May Also Like

14 comments

  1. hensem la peter parker kali nih!

    BalasPadam
  2. kalau hensem macam ni,,,konfirm panggung diserbu oleh kaum2 hawa..hehe..

    BalasPadam
  3. garfield??? hehehe.. tetiba kucing tukar jd spider!! hhehe

    BalasPadam
  4. muka punya jambu daa... xde ke yg berkarisman sket.. mamat ni klu berlakon baywatch boleh la...

    BalasPadam
  5. Hmm xtengok cara dia berlakon lagi, so tak tahu la
    TUnggu heroin nyer pulak =P
    cun2 tau.hehehe

    BalasPadam
  6. hemsem gak tapi Ben lagi hemsem....betul tak?

    BalasPadam
  7. @wanie
    auuww.. hahaha.. dia hensem lagi woo.. ben 10 ok la gak .. hehe...ben ashaari ?? adeh..

    BalasPadam
  8. wahh .. mesti best tgk die berlakon nanti

    BalasPadam
  9. hero lame tu dah penat kot nak panjat2, lompat2 jd spiderman..bagi can plak kat org baru.. :)

    BalasPadam
  10. aisehh..mane aci..tobey maguire best la jadi peter parker..

    BalasPadam
  11. harap2lh dpt memegang watak yg lebih baik dan byak aksi...ahakz!

    BalasPadam
  12. ben boleh gak jadi hero.. jadi hulk warna ijau. haha!!

    BalasPadam
  13. alaaa mama prefer tobey maquire laaa...

    BalasPadam