Kecurangan suami & isteri ada alasan tersendiri

by - Khamis, September 16, 2010

 

Dipetik majalah Wanita (bil 1400 / 2010 ) ..

6 Alasan Mengapa Suami Curang :

  1. Nafsu Seks 
    • Menurut MW ( Majalah Wanita ) , suami berasa isterinya sudah tidak lagi memiliki ghairah yg sama seperti dulu .. Pasangan dianggap sudah tidak mempunyai daya tarikan seks selain bosan dengan hubungan jangka panjang yang tiada pembaharuan.. atau lelaki / suami mencari wanita lain kerana inginkan kelainan dalam seks (sesuatu yang ekstrem ) namun tidak mahu merosakkan imej perempuan baik yang disandang oleh isteri mereka . Jadi mereka menyerahkan tugas tersebut pada kekasih gelapnya ..
    • Pendapat  BA ( Ben Ashaari ) , suami / lelaki dah boring dah dok makan menda yang sama ari ari .. disbbkan mengikut sangat bisikan syaitan maka yang haram tu lebih lazat dari yang halal !
  2. Balas dendam
    • MW-Kadang kadang alasannya kerana si isteri yang melakukannya lebih dulu. Suami melakukan mencari kekasih lain kerana pasangannya telah berpaling pada lelaki lain selain dirinya. Untuk memaafkan tidak mudah kerana desakan ego maka hubungan sulit dibalas dengan hubungan sulit. Ringkasnya membalas dendam
    • BA - Saling berbalas dendam .. baik cerai je kan ! Sbb dah takde kepercayaan dalam perhubungan.. Buang masa dan buang pahala jer ..
  3. Memang kaki perempuan
    • MW - Ada lelaki yang tidak mampu melupakan nikmat memburu , mengejar dan menakluki wanita yang mungkin sudah biasa dilakukan ketika bujang dahulu . Sikap yang sudah terbiasa dilakukan tak mungkin terhapus terus dari diri .Mereka mahu membuktikan bahawa biar sudah makin berusia namun pesona diri masih ada . Tambah lagi bila pasangan iaitu isteri asyik mencabarnya
    • BA- Yang ni aku setuju.. kalau dah kaki betina tu , takkan leh cukur dah bulu kaki tu.. dia dah naik kerinting bulu kaki tu.. satu cara je.. bakar je bulu kaki tu.. baru ada akai ! Satu lagi , si isteri jgn mencabar suami.. bahaya .. Lelaki ni pantang dicabar .. Korang bagi alasan besar untuk lelaki melakukan kecurangan !
  4. Sudah tabiat
  5. Keegoan
  6. Digoda

Haa.. ni semua aku tak perlu taip semula ..aku rasa korang mesti paham punya .. Kalau tak faham gak , g kedai buku jer.. kasi beli Majalah Wanita bulan ni.. Yang ada gambar Akak CT tu.. hehe .. Auww.. mata coklat gitu .. hehehe..

Kalau Punca Isteri Curang lak camana ?? Ok.. aku bagi point je la eh ..

  1. Kurang perhatian
  2. Terlalu banyak perbezaan
  3. Berubah sikap dan penampilan
  4. Perhatian dari lelaki lain
  5. Balas rasa sakit hati
  6. Tarikan material

Tu diaaaaaaaaaa... dasat dasat ... Dasyat 13..  Jangan cari pasal isteri isteri.. nak masuk neraka kah ? Kejar dunia lagi dari kejar akhirat ? Biarkan si suami tu dengan agenda dia.. pandai pandai dia jawab nanti kat akhirat .. Takkan nak join sama kot ??

You May Also Like

0 comments