Korang caya tak ?? Aku tak percaya woo

by - Selasa, September 21, 2010

 

Salam Sejahtera.
Apa khabar?


Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Farah dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email  ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.


Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.


Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.


Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.


Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah US$2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga US$7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.


Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar,

Nama dia ... rahsia.. hehe.. kang kena saman lak aku ..

 

BA : haih... makin banyak TONTO skang ni eh .. kot nak kaya pon , buat la blog ... ni dok membohong orang wat pe.. kan kan ? Alamat email yang aku terima tu .. aku check.. ler... web india.. kata kerja kat London.. camana tu ???

You May Also Like

12 comments

  1. HAHA..nasihat tu penting..kot nak kaya pon buat la blog..ni menipu orang..huhu

    BalasPadam
  2. ada jugak dapat email mcm ni tapi buat tak tahu je...mana la tahu orang nak tipu kan...hehe

    BalasPadam
  3. salam en ben..

    saya selalu dpt emel gini..masuk spam...

    pelik manusia cenggini...

    BalasPadam
  4. kita pun kerap emel dr dia ni....delete...dodok tong sampah sana...hehehe

    BalasPadam
  5. taktik menipu macam astro dah..macam2 adaaa

    -Nur Areefah

    BalasPadam
  6. memang menipulah...sngup lkukan apa sje..

    BalasPadam
  7. teknik menipu zaman skrg..
    nenek slalu dpt email kononnye IP nenek ni bertuah, dpt beribu USD, menang loteri la.. ntah pape...

    BalasPadam
  8. banyak betul penipu sekarang,,yang kita tak penah join pun tetiba dapat message or email menang juta-juta. Takutnya,,

    BalasPadam